Asalamualaikum!

Ada beberapa persoalan yang saya rasa perlu diberikan
penjelasan oleh saudara Ridhuan.

Pertamanya artikel ini mengakui yang banyak
hadis-hadis ahad yang menyatakan Nabi saw melakukan
solat jamak tanpa hajah. Bolehkah hadis-hadis ahad
tersebut dinaikkan tarafnya menjadi mutawatir ma'nawi
sehingga boleh dijadikan pengeculian terhadap hukum
umum nas-nas mutawatir yang lain berkenaan penetapan
waktu solat?

Keduanya adakah sudah ijmak di sisi ulamak ushul yang
hadis ahad tidak boleh mengecualikan hukum umum nas
mutawatir seperti al_quran dsb?

Sekian terimakasih

Tokbatin

--- Ridhuan Hakim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>   Hukum Meninggalkan Solat
>    
>   Islam telah memberikan ketentuan yang sangat tegas
> bagi seorang muslim yang meninggalkan solat. Dalam
> sebuah hadis sahih dituturkan, bahawasanya
> Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
>    
>   “Perbezaan antara seorang muslim dan kafir adalah
> meninggalkan solat.” [HR. Ahmad dan Muslim, dari
> Jabir, al-Targhîb, juz I, hal. 342]
>    
>   “Urusan yang membezakan antara kita (kaum muslim)
> dengan mereka (orang-orang kafir) ialah, solat.
> Barangsiapa meninggalkannya, sungguh ia telah
> menjadi kafir.” [HR. Ahmad dan Abu Daud, dari
> Buraidah].
>    
>   Imam an-Nawawi menyatakan, “Orang yang
> meninggalkan solat dengan jalan mengingkari
> kewajibannya dipandang telah terjatuh kepada
> kekafiran, dan keluar dari millah Islam. Ketentuan
> seperti ini telah menjadi ijmaÂ’ (konsensus) para
> ulama; kecuali bagi mereka yang baru masuk Islam dan
> belum mengetahui hukum kewajiban solat. Adapun jika
> ia meninggalkan solat dengan kemalasan, serta masih
> menyakini kewajiban solat itu atas dirinya, maka
> Imam Malik dan asy-SyafiÂ’i menetapkan, bahawa; Orang
> tersebut tidak dikafirkan, hanya dipandang sebagai
> orang fasiq, dan disuruh bertaubat. Jika ia tidak
> mahu bertaubat, nescaya dibunuh sebagai hukuman yang
> mesti dijalankan.” Sebahagian ‘ulama Salaf
> diantaranya Imam Ahmad dan Ishhaq menetapkan, bahawa
> orang seperti ini dikafirkan dan dibunuh selaku
> orang kafir.
>    
>   Imam Abu Hanifah dan al-Muzani mengatakan, “Orang
> yang meninggalkan solat, tidak dianggap kafir dan
> tidak dihukum bunuh. Orang seperti ini hanya dikenai
> hukuman penjara dan hukuman taÂ’zir, hingga kembali
> mengerjakan solat.”
>    
>   Adapun hujjah ulama yang menetapkan hukuman bunuh
> bagi orang yang tidak mahu mengerjakan solat setelah
> disuruh bertaubat, adalah hadis yang diriwayatkan
> oleh Imam Bukhari dan Muslim:
>    
>   “Aku (Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam)
> diperintah memerangi manusia hingga mereka
> mengucapkan La ilaha Illa al-Allah, mendirikan solat
> dan mengeluarkan zakat. Jika mereka mengerjakan yang
> demikian itu, nescaya mereka terpelihara darah dan
> harta benda mereka dariku.” [HR. Bukhari dan
> Muslim].
>    
>   Adapun dalil yang diketengahkan oleh ulama yang
> tidak menetapkan hukuman bunuh bagi orang yang
> meninggalkan solat, adalah hadis yang diriwayatkan
> oleh Imam Bukhari dan Muslim:
>    
>   “Tiada halal darah seseorang Muslim yang mengaku,
> bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah,
> dan bahawasanya aku adalah utusan Allah, melainkan
> kerana salah satu dari tiga perkara: pertama,
> mengerjakan zina; kedua, membunuh orang, dan ketiga,
> meninggalkan agama dan menentang Jama’ah.” [HR.
> Bukhari dan Muslim].
>    
>   Hukum MenjamaÂ’ Kerana Ada Keperluan
>    
>   Sesungguhnya, menjamaÂ’ dua solat baik diakhirkan
> mahupun diawalkan waktunya, telah ditetapkan
> keabsahannya dalam Islam. Namun demikian, menjamaÂ’
> solat diperkenankan ketika ada sebab-sebab yang
> membolehkannya. Adapun sebab-sebab yang membolehkan
> seseorang menjama' solatnya adalah; hari ‘Arafah di
> ‘Arafah, dan malam Muzalifah di Muzalifah; safar,
> dan hujan. Selain tiga sebab ini, seorang muslim
> tidak diperkenankan sama sekali melakukan jamaÂ’
> solat (penggabungan dua solat).
>    
>   JamaÂ’ Kerana Safar. Bolehnya jamaÂ’ dalam safar
> telah ditetapkan berdasarkan dalil-dalil yang jelas.
>    
>   Imam Ahmad dan Imam SyafiÂ’i dalam Musnadnya
> menuturkan sebuah riwayat dari Ibnu 'Abbas ra,
> bahawasanya ia berkata:
>    
>   “Apakah tidak lebih baik saya khabarkan kepadamu
> tentang solat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa
> sallam dalam safar?” Kami menjawab, “Baik sekali.”
> Ibnu ‘Abbas berkata, “Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi
> wa sallam apabila telah tergelincir matahari sedang
> beliau Sallallahu 'alaihi wa sallam masih di rumah
> (di tempat beliau singgah) beliau kumpulkan antara
> Zohor dan ‘Asar sebelum beliau berangkat, dan
> apabila matahari telah tergelincir, waktu beliau
> masih di rumah, beliaupun terus berangkat hingga
> apabila telah datang waktu ‘Asar, beliaupun
> berhenti, menjama'kan antara Zohor dan ‘Asar. Dan
> apabila datang waktu Maghrib, sedang beliau belum
> berangkat, beliau mengumpulkan antara Maghrib dan
> ‘Isya’. Apabila belum datang waktu Maghrib beliaupun
> terus berangkat dan pada waktu ‘Isya’ beliau
> berhenti lalu beliau mengumpulkan antara keduanya.”
> [HR. Imam Ahmad].
>    
>   Imam Malik meriwayatkan dari MuÂ’adz, bahawasanya
> Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam mentaakhirkan
> solat Zohor dan ‘Asar (menggabungkan solat Zohor dan
> ‘Asar di waktu ‘Asar), kemudian beliau masuk,
> kemudian beliau keluar lagi dan mengerjakan solat
> Maghrib dan ‘Isya’ bersama-sama. Imam Syafi’i
> mengatakan, “yang dimaksud 'beliau masuk dan keluar
> lagi' adalah, pada saat itu beliau sedang berada
> dalam pemberhentian.”
>    
>   Imam Muslim juga mengetengahkan sebuah riwayat
> yang menuturkan, bahawasanya Rasulullah Sallallahu
> 'alaihi wa sallam mengerjakan solat Zohor dan ‘Asar
> beriringan; Maghrib dan ‘Isya; beriringan. [HR.
> Muslim].
>    
>   Hadis-hadis ini menunjukkan dengan jelas, bahawa
> safar merupakan keadaan yang membolehkan jamaÂ’.
>    
>   JamaÂ’ Kerana Hujan. Pada dasarnya, hujan merupakan
> salah satu sebab dibolehkannya seseorang menjamaÂ’
> solat. Dalam Sunannya, al-Atsram meriwayatkan sebuah
> hadis dari Abu Salamah bin Abdurrahman, bahawasanya
> ia berkata, “Termasuk sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi
> wa sallam adalah menjamaÂ’ solat Maghrib dengan
> ‘Isya’, apabila hari hujan lebat.”
>    
>   Imam Bukhari juga menuturkan sebuah riwayat:
>    
>   “Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam menjama’ solat
> Maghrib dan ‘Isya’ di satu malam pada saat hujan
> lebat.” [HR. Bukhari].
>    
>   Para ulama telah menyepakati diperbolehkannya
> menjamaÂ’ solat ketika turun hujan lebat. Namun
> demikian, mereka berbeza pendapat dalam merinci
> masalah ini.
>    
>   Mazhab SyafiÂ’i membolehkan seorang mukmin menjamaÂ’
> solat Zohor dengan ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’ secara
> taqdim sahaja (jamaÂ’ taqdim); dengan syarat hujan
> turun tatkala ia sedang membaca takbiratul ihram
> dalam solat yang pertama sampai selesai, dan hujan
> masih turun ketika ia membaca takbiratul ihram dalam
> solat yang kedua.
>    
>   Mazhab Malikiy berpendapat, bahawa seorang mukmin
> boleh menjama’ taqdim solat Magrib dan ‘Isya’ di
> dalam masjid, disebabkan kerana hujan telah atau
> akan turun. Menjama’ solat Maghrib dan ‘Isya’ juga
> boleh dilakukan jika jalanan banyak lumpur dan malam
> sangatlah gelap hingga menyukarkan pandangan
> seseorang. Sedangkan, menjama’ solat Zohor dan ‘Asar
> dalam keadaan seperti ini hukumnya makruh.
>    
>   Mazhab Hanbali berpendapat, bahawa solat Maghrib
> dan ‘Isya’ saja yang boleh dijama’, baik dengan
> jamaÂ’ taqdim mahupun taÂ’khir, disebabkan kerana
> hujan, salji, lumpur, udara yang sangat dingin.
> Menurut Mazhab Hambali, keringanan ini hanya berlaku
> bagi mereka yang sedang berjamaÂ’ah di masjid, dan
> datang dari tempat yang jauh, hingga dengan hujan
> tersebut perjalanannya terhalang. Bagi orang yang
> rumahnya dekat dengan masjid atau yang solat
> berjamaÂ’ah di rumah saja, atau ia dapat pergi ke
> masjid dengan melindungi tubuhnya, maka ia tidak
> boleh menjamaÂ’.
>    
>   Jama’ Kerana Berada Di ‘Arafah dan Muzalifah. Para
> ulama telah bersepakat bahawa menjamaÂ’ solat Zohor
> dan ‘Asar di ‘Arafah dengan jama’ taqdim di waktu
> Zohor; dan antara Maghrib dan ‘Isya’, dengan jama’
> taÂ’khir di Muzalifah adalah sunnah. Sebab,
> Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam melakukan
> telah melakukan hal ini (Prof. ‘Ali Raghib, Ahkâm
> al-Shalâh, Daar al-Nahdlah al-Islaamiyyah, ed. I,
> 1991; hal 90).
>    
>   JamaÂ’ Kerana Hajah (Keperluan)
>    
>   Memang, terdapat sebahagian 'ulama yang
> membolehkan jamaÂ’ kerana hajah (keperluan, misalnya
> bekerja, walimah, dan lain sebagainya). Mereka
> menyatakan, bahawa sunnah telah menetapkan bolehnya
> seorang muslim menjama' solat bukan kerana hujan,
> safar, mahupun berada di ‘Arafah dan Muzalifah; akan
> tetapi kerana ada keperluan (hajat). Namun, pendapat
> ini lemah, dan tidak boleh diikuti.
>    
>   Riwayat-riwayat yang menyatakan Nabi Sallallahu
> 'alaihi wa sallam pernah menjamaÂ’ solat kerana hajah
> bersumber dari sahabat Ibnu ‘Abbas ra dan Ibnu
> Mas'ud ra. Dalam sebuah riwayat dari Ibnu ‘Abbas
> dituturkan, bahawasanya Nabi Sallallahu 'alaihi wa
> sallam menjama’ solat Zohor dan ‘Asar, dan antara
> Maghrib 
=== message truncated ===



                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke