Isu ini nampaknya mudah akan tetapi ianya mendedahkan
segala kelemahan yang ada di Malaysia ini.
Masing-masing ada perjuangan, agenda dan perancangan
yang tersendiri namun yang pasti nyata seolah-olah ada
kuasa lain yang mempunyai agenda yang lebih besar.
Teresa Kok dengan perjuangannya untuk membela mereka
yang tiada tempat lagi hendak mengadu, Dato Noh Omar
dengan perjuangannya untuk membela anggota polis yang
menurut arahan pegawai atasan, Dato Azmo Khalid dengan
perjuangannya untuk memperbetulkan persepsi negara
Cina mengenai layanannya terhadap pelancong mereka,
Dato Musa Hassan dengan perjuangannya untuk
mempastikan tahanan tidak mendatangkan bahaya kepada
anggota polis dan tahanan lain semasa dalam lokap, dan
Pak Lah sendiri dengan perjuangannya untuk menjaga
nama baik negara.

Semua mereka ada perancangan, namun yang sudah pasti
perancangan Allah yang Maha Berkuasa yang sebaik-baik
Perancang. Apa hikmah disebalik peristiwa ini ?
Sama-samalah semua pihak yang terlibat tidak lagi
menuding jari, masing-masing harus melihat kelemahan
diri masing-masing.

Apakah mungkin seorang wanita yang disyakki memilikki
dadah mempunyai perasaan malu, lalu dia berdoa kepada
Allah agar mereka yang membuatnya malu diberi balasan
yang setimpal ? Apatah lagi tahanan-tahanan lain yang
mungkin dimalukan dengan sedemikian rupa akan
dimakbulkan Allah doa mereka ? Hanya Allah yang Maha
Mengetahui. Orang yang seumur hidupnya jahat tidak
akan selamanya jahat. Jika dia bertaubat dan Allah
terima taubatnya maka itu adalah merupakan kejayaan
hakiki. 

*******************************************************
Petikan pengakuan wanita berkenaan dalam Harian Metro

SUHAIMI: Ketika kamu melakukan ketuk ketampi ada kamu
dengar suara lain dari anggota polis itu?

WANITA: Ya ada suara orang mengaji.
……….

AHLI PANEL: Ketika itu apa perasaan kamu?

WANITA: Malu, marah pun ada, sedih...tapi ketika itu
saya hanya patuhi arahan. Ketika saya cuba menutup
bahagian atas tubuh saya dengan tangan, dia beritahu
ia adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh
tahanan wanita dalam pemeriksaan.
………….

SUHAIMI: Ketika pemeriksaan kamu mendengar suara orang
mengaji, ketika di lokap kamu ada dengar suara lain?

WANITA: Ada, saya dengar azan Subuh.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20051214082226/Article/indexm_html

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke