Info Kesihatan : Artritis berpunca keradangan sendi (Bhgn 1/3)
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

DALAM badan kita ada 206 tulang yang disambungkan 360 sendi dan
setiap satu mempunyai fungsi tersendiri. Tugas kita pula sebagai
pemilik sementara tulang dan sendi ialah menjaganya dengan baik,
sama ada melalui senaman atau pemakanan, supaya ia boleh berfungsi
dengan sempurna.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan kesan terhadap darah
tinggi, kencing manis, thyroid, gout& bisul ? Dapatkan jawapan di :
http://www.maynetwork.net/biovco/soaljawab.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tulang rangka berfungsi untuk menyokong tisu lembut, melindungi
organ dalaman dan memberi kestabilan kepada badan secara menyeluruh.
Untuk memastikan pergerakan harian berjalan lancar, sendi yang
bertugas memegang dua atau lebih tulang mestilah dalam keadaan
sihat. Tanpa sendi, kita tidak mungkin boleh menggerakkan tangan,
kaki, leher, membongkokkan badan atau membuka mulut untuk makan!

Secara umumnya sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu yang
boleh bergerak atau sendi sinovial (mewakili 90 peratus sendi di
badan), sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang
menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak
langsung seperti di tengkorak.

Penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang dan sendi haus
dengan peningkatan usia. Ini menyebabkan ada anggota badan, biasanya
lutut dan pergelangan kaki, menjadi sakit apabila digerakkan.
Bahkan, sendi juga akan berasa sakit jika berlaku keradangan yang
menyebabkan ia bengkak, merah, panas dan mengehadkan pergerakan.
Kesakitan pada sendi ini juga ada banyak jenisnya; ada yang
disebabkan reumatisma, iaitu membabitkan tisu lembut pada sendi,
sama ada di pergelangan tangan, siku, jari, lutut dan belakang badan.

Selain itu, keradangan sendi yang lebih serius dipanggil artritis.
Sendi akan jadi bengkak, merah kulit menjadi panas dan sangat sakit.
Artritis adalah satu perkataan umum untuk sakit sendi dan sehingga
kini ada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti.

Ia hanya dipanggil penyakit apabila bahagian sendi terbabit dapat
dikenal pasti. Antara masalah paling biasa ialah osteoartritis (OA),
gout dan reumatoid artritis (RA). Ketiga-tiganya memberikan simptom
yang lebih kurang sama, tetapi OA membabitkan bahagian kartilaj dan
biasanya berlaku pada orang tua, berlebihan berat badan dan individu
yang pernah mengalami kecederaan sendi.

Bersambung di Bahagian 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI PENGGUNA : SAKIT TULANG BELAKANG & SENDI LUTUT

Saya seorang surirumah, berumur 57 tahun. Saya mempunyai masalah
sakit-sakit dibahagian tulang belakang dan juga sakit dibahagian
lutut. Kebiasaannya kesakitan itu akan dirasai setelah saya membuat
kerja-kerja rumah dan membersihkan halaman rumah.

Saya juga tidak dapat untuk berdiri terlalu lama kerana kesakitan
dan sengal-sengal otot. Lebih-lebih lagi saya rasa tidak selesa dan
tidak dapat tidur lena diwaktu malam. Kadang-kala saya meminta anak-
anak saya mengurut bahagian belakang dan bahagian lutut.

Alhamdulillah setelah setahun saya mengalami kesakitan sendi,
akhirnya kini saya dapat bergerak cergas kembali kerana dengan
adanya minyak penyembuhan iaitu Minyak Kelapa Dara yang bukan sahaja
dirumus khas untuk makanan tambahan bagi kesihatan malah juga sesuai
dijadikan sebagai minyak urut.

Pn. Halifah Hj Murad (Surirumah)
57 Tahun
Jempol N. Sembilan

Lain-lain Testimoni :
http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--------------------

E-Mail sent using the Free Trial Version of WorldMerge, the fastest
and easiest way to send personalized e-mail messages. For more
information visit http://www.world-merge.com

227450




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
1.2 million kids a year are victims of human trafficking. Stop slavery.
http://us.click.yahoo.com/WpTY2A/izNLAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke