Aslm wbt
 
Just to share among us, TQ.

---------- Forwarded message ----------
From: herlina halim <[EMAIL PROTECTED] >
Date: 20-Dec-2005 09:35
Subject: [kolejislam] PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
To: [EMAIL PROTECTED]

    Assalamualaikum wrt..  sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat..Proses ini akan dilalui oleh waris-wari sekiranya si mati tidak mempunyai dokumen wasiat yang sah dan si mati tidak mempunyai perancangan terhadap hartanya sebelum kematiannya.      PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA  [Proses di Amanah Raya Berhad]
  
  
    1. PERMOHONAN

  
  ARB menyediakan Borang Permohonan Mentadbir Harta Pusaka. Borang perlu dilengkapkan dan dokumen-dokumen penting disertakan. Dokumen penting yang diperlukan antaranya adalah adalah sijil kematian/bukti kematian, sijil nikah, salinan kad pengenalan / sijil kelahiran waris, dokumen yang menunjukkan hak simati atas sesuatu harta misalnya buku simpanan bank atau geran kereta atau geran tanah.
  
    2. PENGESAHAN

  
  Di dalam proses pengesahan kedudukan waris, harta dan liabiliti simati disahkan dengan menyiasat dan membuat pertanyaan dengan pihak yang berkenaan. Carian di Mahkamah Tinggi perlu dibuat bagi mengesahkan tiada pihak yang telah mentadbirkan harta pusaka simati bagi mengelakkan pertindihan tindakan. Carian rasmi di Pejabat Tanah dibuat bagi mengesahkan bahawa simati adalah tuanpunya berdaftar tanah yang disenaraikan sebagai hartanya dan laporan nilaian tanah juga diperolehi samada daripada Penilai Kerajaan atau Swasta.
  
    3. PENERIMAAN

  
  Setelah penyiasatan dan pengesahan selesai, pentadbiran harta pusaka tersebut boleh dibuat penerimaan untuk ditadbirkan.
  
    4. PENGELUARAN SURAT KUASA

  
  Proses pengeluaran Surat kuasa bergantung kepada seksyen pentadbiran bagi sesuatu harta pusaka tersebut. Jika melibatkan kuasa ARB dalam membuat pentadbiran secara terus, ARAHAN atau AKUAN akan dikeluarkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
  
  Jika melibatkan harta pusaka kecil petisyen akan difailkan di Pejabat Penyelesai Pusaka Kecil (PPPK) mengikut prosedur di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. PPPK akan menetapkan tarikh perbicaraan dan akan mengeluarkan perintah sama ada dalam bentuk Borang E iaitu Perintah Pembahagian atau Borang F iaitu melantik Pentadbir.
  
  Jika melibatkan harta pusaka yang jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi, Petisyen untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) atau Geran Probet akan difailkan. Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh perbicaraan dan perintah pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir akan dibuat. SKM akan dibuat cabutan bagi memberi ARB kuasa untuk bertindak sebagi Pentadbir atau wasi.
       5. PENGHASILAN
  
  Selepas Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan, aset harta pusaka akan dikumpulkan. Misalnya sekiranya wang simati ada dalam akaun simpanan di bank, ARB akan mengemukakan salinan Surat Kuasa Mentadbir kepada bank yang kemudiannya akan membuat cek bayaran atas nama simati. Wang yang diperhasilkan akan dimasukkan ke dalam akaun simati dengan ARB.
  
  Jika melibatkan tanah, proses alihnama daripada nama simati kepada ARB sebagai Pentadbir akan dibuat. Jika waris ingin menerima bahagian atas tanah, proses yang dibuat adalah untuk mendapatkan perintah Mahkamah untuk perintah pindahmilik kepada waris. Setelah perintah pindahmlik diperolehi, ARB akan melaksanakan pindahmilik melalui Borang 14A untuk pindahmilik tanah kepada waris. Jika waris hendak menjual tanah tersebut, perintah Mahkamah akan diperolehi dan ARB akan menjual tanah dengan memasuki perjanjian jualbeli dan hasil jualan yang diperolehi selepas ditolak kos serta perbelanjaan, bakinya akan dibahagikan kepada waris.
  
  Pada peringkat ini juga sekiranya sebahagian besar harta telah dapat diperhasilkan, bayaran interim boleh dipertimbangkan untuk dibayar kepada waris.
  
  Hutang dan liabiliti simati akan dibayar selepas ARB sebagai Pentadbir berpuashati bahawa hutang yang dituntut adalah merupakan hutang simati.
  
    6. PEMBAHAGIAN

  
  Setelah baki atau harta pusaka simati ditentukan, ianya telah sampai ke peringkat pembahagian. Pembahagian dibuat mengikut Faraid bagi harta pusaka orang Islam. Sekiranya waris bersetuju dan memberi surat pesetujuan atau membuat Suratikatan Pakatan keluarga, pembahagian akan dibuat sebagaimana dipersetujui.
  
  Jika simati meningalkan Wasiat, pembahagian pusaka akan dibuat mengikut Wasiat simati. Bagi harta pusaka orang bukan Islam, peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 akan dikuatkuasakan dalam membuat pembahagian.
  
    7. PENYEDIAAN AKAUN

  
  ARB sebagai Pentadbir bertanggungjawab untuk menyediakan akaun harta pusaka bagi menunjukkan kedudukan sebenar harta pusaka. Akaun yang disediakan menyenaraikan aset yang diperhasilkan, liabiliti yang dibayar dan baki yang ada. Perincian nama waris dan bahagian yang diterima serta jumlahnya adalah dibentangkan dalam Penyata Akaun Harta Pusaka berkenaan.
  
    8. PENUTUPAN

  
  Setelah cek diserahkan kepada waris kes pusaka akan didaftarkan sebagai pusaka yang telah diselesaikan dan ditutup.
  
  
  Regards,
  
  Hairin Herlina Abdul Halim ( KISAS 98-99 )
  Amanah Raya Berhad
  Jalan Ampang Kuala Lumpur
  03-20557372




RABBI...redhaMu Impianku...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]



Sila layari laman web rasmi ALKIS
http://www.alkis.org.my

Forum Alkis
http://www.alkis.org.my/forum

Pengumpulan Gambar Jubli Emas Kolej Islam
http://www.alkis.org.my/cpg133





 

YAHOO! GROUPS LINKS





--
Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant
****************************************************************
013-391 2691, 013-391 2692 & 016-371 9925
[EMAIL PROTECTED]
www.ikhlas2u.faithweb.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH
*********************************************************************************
MADANI AGENCY
(Representing)

TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)
28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1
Section 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8926 1034   Fax: 03-8926 1033
************************************************


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke