Kalau penyokong kuat Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini tidak puas hati dengan kenaikan cukai pintu, apatah lagi rakyat biasa.
Utusan Malaysia 22 Disember 2005 PBT naikkan cukai pintu sesuka hati Saudara Pengarang, SAYA merujuk keluhan Penduduk Tercungap, Nilai, yang disiarkan pada 15 Disember 2005. Kami turut menerima nasib lebih malang di mana cukai pintu yang baru (bermula Januari 2006) meningkat sebanyak 95 peratus daripada RM201.60 kepada RM394.80. Lebih buruk lagi, kenaikan terakhir (RM201.60) adalah berkuat kuasa dari 1 Julai 2005, hanya enam bulan sebelum pihak berkuasa tempatan (PBT) sesuka hati menaikkan lagi cukai pintu. Saya tidak terkejut sekiranya kami akan menerima notis kenaikan yang baru pada Jun 2006. Nampaknya duduk di Negeri Sembilan lebih tinggi kosnya jika dibandingkan tinggal di sempadan Selangor (Bandar Tasik Kesuma atau Beranang). Walaupun rumah saya terletak di Sungai Gadut (bandar Seremban selatan), iaitu selepas Senawang (menuju ke arah Rantau, kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan), tetapi ia termasuk di dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Jika kawasan Nilai boleh dikatakan membangun dengan wujudnya Bandar Baru Nilai, Nilai 3 serta kedudukannya yang terletak di sebelah lebuh raya PLUS, kawasan perumahan saya pula terletak jauh dari kawasan bandar dan terpinggir. Kami sangat tidak puas hati dengan tindakan PBT yang langsung tidak mempedulikan golongan bawahan. Saya sangat berharap Pejabat Menteri Besar dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap isu ini. Segala yang melibatkan golongan rakyat seharusnya mendapat perhatian yang berhormat Menteri Besar. - PENYOKONG KUAT BN, Sungai Gadut, Negeri Sembilan. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/