Berapa ramai lagi anak Melayu kita yang terpaksa berhenti belajar atau tidak dapat melanjutkan pelajaran seperti mereka ini ?
Utusan Malaysia 22 Dis 2005 Hairan Yayasan Terengganu tiada wang Saudara Pengarang, ANAK saya telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara Semenanjung dan telah memohon bantuan wang pendahuluan daripada Yayasan Terengganu. Tetapi malangnya telah dimaklumkan bahawa buat masa kini Yayasan tidak mempunyai wang. Hal yang sama juga telah berlaku kepada anak jiran saya di mana setelah hampir tiga bulan mengikuti program kemahiran MLVK menerusi pembiayaan pinjaman Yayasan Terengganu tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima wang saku. Apabila diajukan pertanyaan kepada bahagian penajaan Yayasan Terengganu, jawapan yang diberi ialah Yayasan tidak mempunyai wang dan akhirnya pelajar tersebut terpaksa berhenti kerana bapanya tidak lagi mampu untuk menyaranya. Pada pendapat saya, jawapan yang diberikan oleh pihak Yayasan Terengganu adalah tidak masuk akal kerana setelah Barisan Nasional menerajui Terengganu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaannya untuk pendidikan. Tetapi persoalannya sekarang ke manakah perginya wang peruntukan tersebut? - ORANG MISKIN, Kuala Terengganu. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/