HARIAN METRO 5 Jan 06 - Edisi Nasional: Ayam haram

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan
kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd
berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya
meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu
sesetengah ayam disembelih dua kali selepas
penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam
sudah mati sebelum disembelih. 

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu
disiarkan dalam laman web Jakim melalui
www.halaljakim.gov.my, bertarikh 3 Januari lalu.

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal
Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi
Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd
ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan
Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi
Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai
tindakan Jakim itu.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal
bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan
syarat ditetapkan Jakim.

“Dalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik
semula sijil halal syarikat itu dapat memberi
pengajaran kepada industri besar supaya tidak
menganggap isu halal sebagai remeh.

“Isu ini tidak harus dipandang ‘main-main’ kerana
kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini,”
katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu
dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik
atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila
didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara
atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum
syarak.

“Bagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya
pihak pengurusan syarikat itu membuat rayuan.
Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan
kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung
perkara yang menjadi isu. 

“Rayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel
Pengesahan Halal Jakim dan penilaian akan dibuat
secara teliti bagi memastikan kesalahan itu
diperbetulkan,” katanya.

Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan
mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat dan
peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai
penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat
kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan
mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu
di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan,
Perak, Rabu lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa
kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang
meragukan.

Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam
disembelih dua kali disebabkan penyembelihan pertama
tidak sempurna.

“Ini sekali gus membuktikan ayam terbabit haram
dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas
itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada
urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang
diwajibkan mengikut syarak,” katanya.

Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal
siasat bergilir-gilir terhadap ‘tukang sembelih’ ayam
yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan
penjelasan terperinci.

Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada
menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa
berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

“Malah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada
ayam yang disembelih tidak putus urat leher
sepenuhnya. 

“Selain itu, proses melayikan ayam menggunakan air
panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini
secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan
untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh
individu beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak
keraguan yang munasabah berikutan penemuan berpuluh
ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna
iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam.

“Jakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik
sijil pengesahan halal diberi walaupun ia sepatutnya
luput pada 14 Disember tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi
pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama
seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat
permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar
surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal
terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan
segera.

Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam
dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.

“Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong
perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran
syarikat terbabit,” katanya. 

Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan siasatan
terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di
ibu kota, semalam.

Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang
menjual produk berasaskan ayam keluaran syarikat
terbabit.

Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan
diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi
melalui laman web Jakim pagi semalam.

Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah
menghentikan penjualan ayam dari kilang ayam itu di
Perak, namun produk siap diproses seperti ayam
bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal
Jakim masih dijual. 

“Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman
sedia ada terlalu ringan,” katanya yang meminta sudah
tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan
penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20060105081523/Article/indexm_html


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________________ 
Yahoo! DSL – Something to write home about. 
Just $16.99/mo. or less. 
dsl.yahoo.com 



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke