Ekzema penyakit yang semakin biasa (Bhgn 1/4)
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ATOPIC dermatitis atau dermatitis atopik (AD) merupakan sejenis
penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal yang boleh menyebabkan
rasa sakit, lara dan resah pada penghidapnya.

http://www.maynetwork.net/biovco/

Dermatitis bermakna, inflamasi atau keradangan kulit manakala atopik
adalah satu bentuk alergi atau alahan.

Juga dikenali sebagai ekzema atopik, AD berpunca daripada
ketidaknormalan atau ketidaksempurnaan pada sistem imun yang membawa
kepada kerosakan kulit.

Pakar Runding Dermatologi, Dr. Steven KW Chow berkata, ia sejenis
penyakit kronik dan sering kali menjadi bertambah buruk dalam tempoh
beberapa tahun ataupun sepanjang hayat penghidapnya.

``Ciri utama AD termasuk kulit kering dan gatal yang lama-kelamaan
bertukar menjadi tebal kerana kesan digaru.

``Pada bayi, keadaan luka ini boleh dilihat pada pipi, kulit kepala
dan kaki manakala pada kanak-kanak dan orang dewasa, permukaan
berlipat seperti siku dan bawah lutut lebih senang dijangkiti,''
katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai pengurusan
terkini AD serta pelancaran Protopic sempena Kongres Dermatologi
Asia Ketujuh di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, luka ini akan menjadi merah dan sangat sakit selain
hodoh untuk dilihat.

Dalam kebanyakan kes, AD lebih membebankan individu yang mempunyai
sejarah gangguan kesihatan atopik di kalangan ahli keluarga atau
diri sendiri seperti asma, demam alergi atau AD.

Peningkatan penyakit yang semakin biasa

``Daripada kira-kira 70 peratus kes kanak-kanak dan orang dewasa
yang menghidapi AD, ia bermula seawal tempoh lima tahun pertama
kehidupan mereka.

``Dalam tempoh 30 tahun ini, lazimnya AD meningkat dua hingga tiga
kali ganda,'' kata Dr. Chow sambil menambah, dianggarkan lima hingga
20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia dijangkiti penyakit ini dan
dianggap sebagai masalah kesihatan umum utama,'' kata Dr. Chow.

Berita baiknya, ramai kanak-kanak sembuh apabila mereka meningkat
dewasa tetapi lebih separuh lagi terus berkembang dan penyakit ini
menjadikan mereka lebih sensitif.


Impak pada kualiti hidup

Dr. Chow menjelaskan, sekalipun AD tidak mengancam nyawa, keadaan
penyakit yang merimaskan, rasa sakit serta keadaan luaran yang
kurang disenangi, boleh menjejaskan mutu kehidupan pesakit dan
keluarga mereka.

Bersambung dibahagian 2

http://www.maynetwork.net/biovco/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni pengguna : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

Assalamualaikum,

Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini
anak saya mengalami ruam di bahagian punggungnya. Pada mulanya saya
sangka kan mungkin sesetengah pampers tidak sesuai untuknya. Saya
pun menukar ke pelbagai jenama dari murah hingga le yg mahal. Malah
ruamnya bertambah teruk (merah) dan merebak di celah kelangkangnya.
Pedih saya melihatnya.

Telah beberapa kali saya ke klinik pakar kanak-kanak bagi menangani
masalah ini, hinggalah ke satu tahap bukan lagi ruam tapi kulat atau
fungus telah dijangkiti. Doktor menasihati saya agar di rumah
membiarkan anak saya memakai seluar shj tanpa pampers ataupun
memakai napkin yg di tukar setiap kali basah agar pengeluaran udara
boleh berfungsi dengan baik dan jika di jangkitan ruam ini, doktor
menasihati agar tidak menggunakan bedak "powder" atau tepung ubi di
sapu di bahagian tersebut.

Kulat akan lebih mudah merebak.Penggunaan cream yg di berikan oleh
klinik juga tidak berapa berkesan. Sekejap hilang sekejap muncul
balik ruam tersebut. Hinggalah satu ketika saya mendapat email dari
saudara Mohd Johari berkenaan produk Biovco 4 bulan lepas.

Saya terus mencubanya dimana setiap kali saya menukar pampers anak
saya, akan saya sapukan minyak Biovco ini di bahagian ruam nya itu.
Alhamdullilah keberkesanannya dapat di lihat dalam masa 1 minggu
shj. Ruam dan kesan bintik-bintik kemerahan hilang sedikit demi
sedikit tanpa meninggalkan parut. Malah hingga kini setelah
mengenali produk Biocvo dan dengan keizinan Allah juga, anak saya
tidak lagi di jangkiti ruam, walaupun saya hanya menggunakan produk
Biovco selama 2 minggu sahaja.

Terima kasih,

Puan Suhaiza Shahrani
Prai, Pulau Pinang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk membuat pembelian online :
http://www.maynetwork.net/biovco/pembelian.html

atau hantar email ke [EMAIL PROTECTED] untuk maklumat pembelian
produk & pembayaran.

atau dapatkan melalui pengedar berhampiran :
http://www.maynetwork.net/biovco/pengedar.html

atau perolehi diskaun ISTIMEWA dengan menjadi ahli biovco groups.
Daftar online : http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

atau melalui email : [EMAIL PROTECTED]

atau hubungi : 06-6780544 / 013-3014262 - Mohd Johari  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke