Assalamualaikum waRahmatullah,

Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan beberapa
buku baru:

Judul: Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap
Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia

Pengarang: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 8.5 x 6, 151 mukasurat

Harga: RM12.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Berikut adalah sinopsis buku sebagaimana di kulit
belakangnya:

“Fahaman Wahhabi Menular”, demikianlah tajuk utama
akhbar Mingguan Malaysia pada 27 November 2005. Dalam
laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah
fahaman agama yang berbeza dengan “sunah umat Islam
negara ini sejak turun temurun” yang sedang merebak di
kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan
tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh
agama tempatan telah dikemukakan.

Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan
tersebut?

Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga
beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan
Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek
Wahhabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam,
para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah
sebenarnya “Fahaman Wahhabi” dan lebih penting, adakah
ia selari atau bertentangan dengan al-Qur’an,
al-Sunnah dan Mazhab al-Syafi’e.

Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat
juga memahami kenapa fahaman “Wahhabi” mula mendapat
tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang
oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka
yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan
di sisi nama mereka.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke