Kepada rakyat Malaysia yang tidak kisah atau tidak
terjejas dengan kenaikan harga minyak tidak perlu
melakukan PROTES SENYAP ini.

Kepada rakyat Malaysia yang merasakan mereka terjejas
akibat kenaikan harga minyak, kenaikan tarif air,
kenaikan cukai tanah, kenaikan tarif elektrik,
kenaikan tambang bas dan bermacam lagi kenaikan ini
bolehlah melakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan
bantahan serta sokongan terhadap rakyat yang terjejas
akibat kenaikan pelbagai kemudahan asas rakyat.
Bukannya sokongan kepada pembangkang.

Apakah dia PROTES SENYAP ?

Protes Senyap ialah dengan anda tidak menghadiri
sebarang acara, program, perhimpunan yang dianjurkan
serta dihadiri oleh Menteri-Menteri, Wakil Wakil
Rakyat, Wakil Wakil Parlimen. Dalam erti kata lain
anda memboikot sebarang majlis yang dihadiri oleh
mereka ini.

Ini adalah kerana setiap kali perhimpunan serta
program seperti ini diadakan akan membelanjakan banyak
wang untuk menganjurkan program tersebut, dari
promosinya dalam televisyen , dalam akhbar.
Perbelanjaan pengangkutan untuk mengangkut ribuan
hadirin serta makan minum mereka. Pentas, muzik,
bayaran artis dan banyak lagi.

Sekiranya mereka ingin membantu orang susah, tak perlu
susah-susah mereka buat program besar-besaran.
Bersusah payah orang susah nak datang, bersiap dengan
pakai baju cantik sedikit. Biar mereka ini Pak
Menteri, Wakil Rakyat turun ke padang tanpa perlu
escort dan pengiring (ini semua membazir wang
pengiring), jumpa terus dengan rakyat.

Inilah dia PROTES SENYAP. Kalau Menteri dan Wakil
Rakyat nak jumpa rakyat, mereka sendiri yang kena
turun jumpa rakyat. Bukannya kumpulkan budak-budak
sekolah , budak-budak universiti tengah matahari
terik.

Lakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan kesengsaraan
anda akibat kenaikan pelbagai harga minyal dan
lain-lain.

Semalam pun dah ada Pak Menteri cadangkan kepada
rakyat kongsi kereta. Kepimpinan melalui tauladan.
Kita nak tengok Pak Menteri pergi mana-mana program
lepas ni jangan lagi pakai pengiring polis, membazir
minyak. Kita nak tengok lepas ni PM, TPM, Samy Vellu
dan Ong Ka Ting pergi pejabat naik satu kereta, kongsi
kereta. Dan mereka ni mesti pakai kereta guna gas NGV
untuk jimat minyak. Dengan ini lebih banyak duit
subsidi boleh jimat dan boleh bina lebih banyak MRR2,
lebih banyak MARTRADE, lebih banyak Hospital Kulat,
lebih banyak Bumbung Makmal Komputer Mudah Roboh dan
sebagainya. Semua ini untuk kemudahan rakyat.

Tapi kalau anda rasa tak terjejas dan dikelilingi oleh
golongan mewah, tak perlu risau jiran tetangga yang
kelaparan tak perlulah lakukan PROTES SENYAP ini.
Teruskanlah bercita-cita untuk makan apa hari ini, nak
melancong mana minggu depan, nak tukar kereta apa
bulan depan, nak hantar anak belajar universiti mana
tahun depan.

Atau kalau nak pergi DEMONSTRASI AMAN, bolehlah pergi
ke KLCC Jumaat ini jam 2 ptg, diperkarangan KLCC untuk
membantah kenaikan harga minyak.


Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke