Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa melepas tangan dari ketaatan (dari Khalifah) akan bertemu Allah pada hari kiamat dengan tidak punya hujjah. Dan barangsiapa mati sedang tidak ada baiat pada lehernya maka ia mati seperti matinya orang jahiliyah. [HR. Muslim dari Abdullah bin Umar, Sahih Muslim dalam Kitabul Imarah: II/136] Pengenalan Kepada Hizbut Tahrir Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Menangani permasalahan politik merupakan kegiatan utamanya, dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat, dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai topik perbahasan utamanya, serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem Khilafah dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan. Sebagai sebuah parti politik, Hizbut tahrir bukan organisasi pengganas (terroris), bukan gerakan kerohanian (seperti tareqat), bukan lembaga ilmiah (seperti lembaga pengajian agama atau badan penelitian), bukan lembaga pendidikan (akademik), dan bukan pula lembaga sosial (yang bergerak di bidang sosial kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti, dan sekaligus mengaktifkan gerakan kelompoknya. Latar Belakang Berdirinya Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya [TMQS Ali-Imran [3]: 104) Tujuan Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat diterapkan kembali. Hizbut Tahrir bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'. Pandangan hidup yang akan menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se­orang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kita­bullah dan Sunnah Rasul-Nya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad. Di samping itu Hizbut Tahrir bertujuan membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui pola pemikiran yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk me­ngembalikan posisi umat seper ti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini. Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ­yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir bertujuan pula untuk me­nyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam bisa menyelimuti bumi. WSL
engsian <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Sudah lama geng HT ni manapak di alFikrah, tapi kita lihat balik- balik mereka ulang tayang perkara yang sama, khilafah, baiat, khilafah, baiat, khilafah, baiat. Kita pun tak tau apa hala tuju mereka. --- In [EMAIL PROTECTED], Ridhuan Hakim <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > SALAM~ > > "Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam." [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah] > > Khilafah Islam ialah kepimpinan umum umat Islam sedunia untuk melaksanakan syariat Islam secara kaffah (total) dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia. Sistem Pemerintahan Islam ini secara ringkasnya mempunyai 4 prinsip utama:- > > 1. Kedaulatan dari Allah iaitu Syariat Islam; TIDAK melalui mandat suara majoriti (demokrasi) atau kediktatoran (autokrasi/teokrasi) > 2. Kekuasaan untuk melantik Khalifah ditangan umat; YAKNI melalui pemilihan calon DAN bai'at, BUKAN melalui sistem monarki atau komunis atau pemilihan wakil rakyat tanpa bai'at > 3. Melantik khalifah adalah satu kewajipan setiap muslim; Bai'at BUKAN option (pilihan) via 'ijtihad' untuk keluar mengundi atau buat undi rosak seperti dalam waqi' demokrasi > 4. Khalifah mempunyai kuasa eksklusif untuk melakukan tabbani hukum syariah; HANYA hukum syariah > > Adapun Khilafah memelihara maslahat umat sebagai penyelesai masalah kehidupan dengan : > > 1. Menerap aqidah dan syariat Islam melalui perlaksanaan sistem- sistemnya > 2. Mempertahankan kesucian Islam dan martabat umatnya melalui perlaksanaan hukuman 'uqubat (Hudud, Qisas, Takzir, Mukhallafah) > 3. Mengembangkan Islam melalui jalan dakwah dan jihad > > Khilafah BUKAN milik segolongan umat TAPI SEMUA ! > Khilafah adalah wajib untuk mengembalikan kehidupan Islam, ia BUKAN KHILAF lagi > Khilafah adalah institusi politik umat Islam keseluruhan > Berpolitiklah untuk Khilafah, siapa pun wahai umat Muhammad > Politik Islam BUKAN untuk demokrasi ! > > WSL > > abuamir_qalantani <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > khilafah ala minhaj mana syeikh..HT punya ke? > kalau yg tu,ana tawaqquf dahulu.. > kalau "khilafah ala minhaj".... IKHWAN..setuju benar... > > --- In [EMAIL PROTECTED], "salafi2sunnah" <salafi2sunnah@> > wrote: > > > > --- In [EMAIL PROTECTED], "abuamir_qalantani" <qush76@> > wrote: > > > > > > Anta dah baca buku Dr Yusof AlQardhawi bertajuk :Membangun Ummat > > > Antara realiti dan angan angan" > > > > > > Ada disebut 3 cara untuk kesatuan ummat: > > > 1.Kesatuan Negara Islam > > > 2.Kesatuan Hukum > > > 3.Kesatuan sistem pemerintahan tertinggi > > > > > > Ada di sebut bab daulah dan khilafah.Bukan HT sahaja yang > > > menginginkan khilafah dan daulah. > > > > > > wassalam. > > > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~reply > > > > sapa pulak tolak khilafah? HT ni pulak siang malam nak khilafah ala > > minhaj aje..sampai tak fikir benda lain. Q minat ke idea khilafah > ala > > minhaj ni? > > > > > > > > > > SPONSORED LINKS > Sahih muslim > > --------------------------------- > YAHOO! GROUPS LINKS > > > Visit your group "alFikrah" on the web. > > To unsubscribe from this group, send an email to: > [EMAIL PROTECTED] > > Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. > > > --------------------------------- > > > > > > --------------------------------- > New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big. > > [Non-text portions of this message have been removed] > --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "alFikrah" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/