Mengenai training ESQ ini, ini pertama kali diadakan
di Malaysia, hasil usaha alumni2 dari Malaysia yang
sudah menghadiri training ini di Indonesia.  Di
Indonesia, training ini sangat popular, 150000 peserta
telah melalui training ESQ. Di bawah adalah testimoni
alumni2 dari Malaysia yang pernah mengikuti kursus
tersebut. 
 
Saya sendiri pernah menghadiri preview yang diadakan
di Damansara baru-baru ini.  Saya rasa rakan-rakan
lain patut hadir juga dan rasai kelainannya.  Memang
rasa "teruja' untuk mengikuti full training. 
 
Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya
untuk maklumat lanjut eg. borang pendaftaran, etc.
Untuk pengetahuan semua, bagi kumpulan yang mempunyai
6 orang, setiap peserta hanya perlu membayar
RM1,1212.50 berbanding kalau pergi secara solo, kena
bayar RM1455.00 per person.  

Layari website mereka www.esqway165.com


1. Marhaini Yusoff
ESQ Eksekutif 37
Pengurus Khidmat Pelanggan
PUSPAKOM
 
Saya pernah merasa sangat penat untuk melalui hidup
dik perjalanan kerja yang menyesak dada, harapan yang
runtuh, persepsi berbeza sehingga menimbul konflik dan
pelbagai cabaran yang melingkari kehidupan.  Saya
tercari-cari ubat pada jiwa yang semakin kering,
kecewa dan merana ini dengan membaca dan menyambung
pelajaran di dalam Bimbingan dan Kaunseling.  Sedikit
sebanyak ia membantu namun seolah ada sesuatu yang
belum cukup di situ sehingga saya masih lagi ingin
mencari.
 
Mendengar cerita rakan yang baru kembali dari training
ESQ di Jakarta menarik minat yang dalam untuk saya
menyertainya.  Perjalanan spiritual yang saya alami di
ESQ adalah satu “turning point” penting dalam
kehidupan saya.   Ia membawa saya menelusuri ke dalam
diri untuk mengenal diri dengan lebih dekat. 
Rupa-rupanya selama ini terlalu banyak berhala di hati
saya.  Saya belajar untuk merobohkannya satu persatu. 
Dan di perjalanan ini telah saya temukan “support
group” yang begitu luarbiasa dengan ikatan hati yang
sangat rapat.
 
Banyak keajaiban berlaku apabila kita mengalihkan
kecintaan kita kepada Sang Pemilik Cinta. 
Subhanallah…. rupanya apabila cukup Allah bagi kita,
segala urusan yang lain sangat dimudahkan.  Dan
apabila cukup Allah bagi kita, jiwa ini seolah
berganti baru dan mengalir semangat untuk melaksanakan
“Total Action”.  Apabila cukup Allah bagi kita, kita
tidak akan keliru lagi; sebaliknya timbul kekuatan dan
keberanian untuk menghadapi apa jua yang mendatang –
dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi.  Cukuplah
Allah bagi saya – harta termahal yang Allah
anugerahkan kepada saya usai training ESQ.
 
 
2. Sofiyah Rasin
ESQ Eksekutif 30
Penulis bebas /kolumnis majalah NUR/ perunding
motivasi
 
Training ESQ memberikan turning point paling bermakna
bagi saya terutama gagasan Psikologi Asmaul Husnanya.
Kaedah penyampaiannya memberikan ‘pengalaman
spiritual’ sehingga  dapat menghayati sifat-sifat
Allah  yang tersebut di dalam Asmaul Husna. 
 
Ia juga memberikan satu panduan dalam decision making
dengan nilai-nilai universal (universal values) yang
terkandung dalam Asmaul Husna sebagai pegangan dan
prinsip. Ia memberikan keberanian untuk mengambil
risiko dari setiap keputusan yang diambil dengan
keyakinan bahawa Allah yang Maha Kuasa dan Maha
melindungi serta Maha Penyayang pasti akan memimpin
dalam pelaksanaan setiap keputusan. I feel so secure
in HIS care
 
Dengan penghayatan nilai Asmaul Husna, komunikasi
dengan Yang Maha Esa  melalui solat terasa lebih
indah, seterusnya menjadi teras untuk mengukuhkan
komunikasi sesama makhluk (manusia & alam sekitar).
 
Secara menyeluruh training ini memberikan paradigma
hidup yang cukup bermakna…apabila hidup ini
berfokuskan ketuhanan maka apa jua yang ditakdirkan
berlaku dalam hidup, ia terasa indah, tenang dan
damai.
 
3. Robi Nurhadi
Pelajar PhD UKM Malaysia/Pensyarah Universitas
Nasional, Jakarta
 
Sepanjang sejarah training yang pernah saya ikuti di
Indonesia maupun di Malaysia, ESQ memiliki metodologi
tersendiri yang membedakannya dengan training yang
lain. Dan yang lebih penting dari itu, saya merasa
terlahirkan kembali.. dalam kondisi spiritual yang
lebih baik. Insya Allah.
 
4. Pesakit PSY, Hospital Klang
    03 Mac  06
 
Saya telah menghidap sejenis penyakit mental bernama
Paranoia Delusion sejak berusia 9 tahun.  Dan sehingga
20 tahun ini, baru saya mengetahui saya menghidap
penyakit ini, itupun setelah dimasukan ke wad, akibat
mengelar pergelangan tangan sendiri (antara simptom
penyakit).  Walaupun rasa kecewa dan sedih kerana saya
tidak seperti insan lain yang ceria dan sihat
mentalnya, tetapi apa nak buat…
 
Sejak berusia 9 tahun itu, ibu bapa sayalah insan yang
paling `penat’ menjaga saya, berbanding adik-beradik
saya yang lain, yang sihat mentalnya.  Semakin hari,
simptom saya semakin kritikal, hingga kalau saya
`terbunuh’ orang sekalipun, saya tidak akan didakwa
kerana adanya rekod perubatan saya.
 
Kerana khuatir mencederakan orang lain, saya sentiasa
merasa takut untuk bergaul dengan orang.  Ini
membuatkan saya hilang keyakinan diri ke tahap 0
(zero).   Saya lebih suka bersendirian.  Namun, bila
sendirian, saya lebih cenderung untuk mencederakan
diri sendiri pula.  Begitu sekali penderitaan saya. 
Malah, dari hari ke hari, saya menjadi semakin keliru,
kerana sukar membezakan antara perkara yang benar
berlaku (realiti), atau hanya delusi semata.  Memang
layaklah saya digelar `mental’.
 
Walaupun telah banyak kali menemui doktor psikiatri,
saya masih tidak dapat disembuhkan.  Malah, doktor
mengarahkan saya mengambil ubat `for the rest of my
life’…  Siksa rasanya.  Kena makan ubat, tapi tak juga
sembuh.  Malah, simptom itu menjadi dua kali ganda
teruknya apabila saya berhenti makan ubat.  Kini,
doktor hanya menunggu laporan atau aduan dari sesiapa,
jika saya masih mencederakan diri sendiri, bercakap
seorang diri di`public’ ataupun saya berhenti makan
ubat tanpa keizinan doktor.  Sekiranya ada yang
mengadu, maka saya akan ditahan dalam wad psikiatri. 
Maka, terus-terusanlah saya berlagak `normal’
semata-mata untuk tidak ditarik ke hospital mental. 
Dan berterusan jugalah orang membenci saya (kerana
tidak tahu dan faham penyakit saya ini).
 
Tetapi, apakan daya, kalau dah sakit, sakit juga… 
Kadang-kadang saya akan bercakap sendirian (delusion)
dan amat memalukan apabila ia terjadi di khalayak
ramai.  Dan itulah sebab mengapa saya lebih suka
bersendirian.  Agar dapat mengawal diri dan menutup
kelemahan diri sendiri.
 
Namun, setelah pulang dari ESQ, saya merasakan, sakit
saya itu sebagai satu nikmat dan hikmah yang saya dan
Allah sahaja mengetahuinya.  Kerana apa saya berkata
begitu?  Kerana selama ini saya mampu berkomunikasi
dengan `halimunan’ (hahaha) secara delusi. 
Sebenarnya, Allah beri penyakit itu, agar saya belajar
berkomunikasi dengan Allah sahaja.  Betullah kata
alim, tiada apa yang dijadikan Allah sia-sia. 
Walaupun saya masih mengambil ubat (kadang-kadang
ambil, kadang tak ambil), jiwa saya tidak seteruk
dulu.  Dan lebih tenang dan `normal’ apabila saya
`guna’kan penyakit itu sebagai mangkin untuk saya
`berbual’ dengan Allah…  Maha Suci Allah yang
menjadikan sesuatu tidak sia-sia.  
 
Saya gembira sekarang, walaupun saya masih dicap
`mental’, tetapi Tuhan sahaja tahu bagaimana `mental’
itulah yang membawa saya `berbual’ denganNya.  Itulah
kelebihan ESQ.  Satu perantara untuk saya kenal diri
saya, dan mengenali Tuhan pencipta saya dan pencipta
penyakit saya itu.  Kalau dulu saya selalu salahkan
Tuhan kerana menjadikan saya `tidak normal’…tetapi
sekarang saya semakin nampak jelas, akan tujuan Dia
lakukan itu semua pada saya…  Sesugguhnya saya baru
sedar bahawa betapa baiknya Allah itu, betapa
pembantunya Dia, betapa Dia memelihara saya…
 
Dan sekarang, setelah genap 7 bulan meninggalkan ESQ,
saya telah berjaya mengawal diri dari bergantung hidup
pada ubat.  Sebaliknya bergantung hidup pada Allah
semata.  Sejak pulang dari ESQ, saya seolah tahu jaga
diri sendiri.  Lebih lagi penyakit sendiri.  Semuanya
dengan bantuan Allah yang baru saya kenali di ESQ itu.
 Kalau dulu, dos ubat yang saya ambil adalah 3 biji
satu hari, sekarang  ini saya telah kurangkan kepada 1
biji sehari, itupun kadang-kala saya tak ambil
langsung (jangan beritahu doktor ye!).  Itulah
kekuasaan Allah, kasih sayang Allah…yang saya temui
setelah pulang dari ESQ.  Dan yang penting, saya tidak
lagi rasa `terhina’ dengan penyakit ini, malah rasa
lebih disayangi Allah….  Kerana ESQ telah membawa saya
mengenali setiap kejadian dan ciptaan Allah, semuanya
ada sebab tersendiri.  Terima kasih ESQ.
 
Betapa ESQ ini mampu merubah minda (mindset) seorang
pesakit mental…sesuatu yang amat sukar dan mustahil
dilakukan oleh doktor pakar psikiatri sendiri…!  
 
ESQ juga telah memperkenalkan saya pada `pakar’
psikiatrik sebenar…dan kini, `pakar’ itulah yang
menjadi rujukan saya…  Kepada pesakit-pesakit mental,
inilah satu-satunya laluan sebenar untuk anda sembuh. 
InsyaAllah…
 
5. Penagih Cinta- 
   03 Mac/ 06
Sebelum saya menyertai training ESQ ini, saya
merupakan seorang perindu dan penagih cinta.   Saya
rasakan, hidup ini kosong tanpa menyintai dan dicintai
manusia. Saya selalu merindui manusia bernama lelaki
(suami) dan menagih cinta mereka.  Sehingga saya tidak
dapat bezakan antara cinta Bahimiyah (kebinatangan)
dengan cinta Suci.  Waktu itu, seluruh jiwa dan hidup
saya, saya peruntukkan pada seorang manusia bernama
lelaki (suami).  Malah, dulu saya beranggapan, dengan
adanya cinta suami, saya akan bahagia.  Namun, tiba
satu detik apabila saya ditinggalkan oleh suami saya. 
Ia telah mengubah seluruh hidup saya.  Saya tidak
salahkan suami, kerana ia adalah ketentuan Allah. 
Walaupun dulu saya sedaya upaya memujuk hati dengan
cuba redha dengan ketentuan itu, tetapi jauh di sudut
hati, saya masih seolah mahu menyalahkan Tuhan
(nau’zubillah).
Saya menjadi murung dan telah banyak kali membuat
percubaan membunuh diri kerana merasakan `apalah
gunanya hidup jika tiada sesiapa cinta pada saya’… 
Malah, saya dicap sakit mental apabila terpaksa
berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan
dan terapi agar saya tidak terjebak ke dalam keputusan
mencabut nyawa sendiri.  
Saya sangka, saya sudah tidak ada erti dan fungsi
sebagai seorang wanita.  Malah, saya rasa terlalu
dihinakan oleh manusia.  Malah, pernah juga saya
merasakan Tuhan dengan sengaja mahu menghina saya! 
Tetapi saya silap.  Setelah mengikuti ESQ (dengan
bantuan Sharifah Noorul Huda), saya merasakan hidup
saya betul-betul seperti `hidup’.  Kerana, bukan
sahaja saya tenang, tetapi saya telah berjaya alihkan
perasaan cinta manusia yang saya tagih selama ini
kepada cinta Allah s.w.t.  
Dahulu, saya sering meminta agar Tuhan temukan saya
dengan cinta sejati, cinta hakiki dan cinta yang tidak
akan membuat saya sedih selamanya… Ajaibnya, Allah
menjawab permohonan saya itu, dan Dia menemukan cinta
yang selama ini saya cari.  Saya tak mampu nak
gambarkan di sini, betapa hebatnya kekuasaan Allah
dalam menentukan segalanya untuk saya, selaku
ciptaanNya.  
ESQ ini telah benar-benar membuka mata saya, untuk
nampak Cinta yang saya mahukan selama ini.  Itulah
Cinta yang selama ini saya tidak sedar akan
kewujudannya yang sangat dekat dengan saya.  Itulah
Cinta yang selama ini tidak pernah `membuang’ saya
walaupun berjuta kali saya berbuat salah terhadapnya. 
Malah cinta itulah Cinta yang tidak pernah membiarkan
saya keseorangan.  Cinta itulah yang telah membesarkan
saya, menjaga saya sejak dalam kandungan ibu lagi,
memelihara saya selama ini, memberi apa sahaja yang
saya inginkan, itulah Cinta yang amat luarbiasa
perasaannya.  Bukan manusia yang memelihara saya,
tetapi Cinta itu.  Malah, walaupun setelah banyak kali
saya cuba untuk membunuh diri, tetapi Cinta itulah
yang masih menyelamatkan dan menghidupkan saya.  Cinta
itulah yang telah memberi nafas pada saya, untuk terus
merasai nikmat Cinta sebenar itu.  Nikmat Cinta yang
saya tak pernah rasa selama bercinta dengan manusia.  
Dan yang paling ketara setelah mengikuti training ini,
ialah hilangnya rasa sunyi dalam hidup. Dulu, apabila
diceraikan suami, saya terlalu sunyi apabila hidup
seorang diri, sehingga membuatkan saya sering `lepak’
dengan kawan-kawan dan join macam-macam aktiviti malam
seperti merokok, minum arak, berfoya-foya dengan
harapan agar saya dapat mengubati kesunyian itu.  
Tetapi kesunyian itu tetap ada, malah semakin teruk
sehingga saya dibekalkan ubat-ubat oleh doktor
Psikiatri.  Macam-macam ubat diberikan pada saya untuk
membolehkan saya buang perasaan sunyi itu dan agar
bertindak `di luar kawalan’.  
Kini, setelah mengenali Cinta itu, saya sudah seperti
mahu termuntah apabila diminta melepak.  Saya lebih
suka duduk di rumah, kerana di rumah ini, saya dapat
selalu bertemu Cinta itu dengan lebih kerap.  Kerana,
bukankah selama ini, saya hanya memerlukan Cinta dalam
hidup…?  Nah, kini, saya sudah temui Cinta itu.  Untuk
apalah saya buang masa dan wang lagi untuk menagih
cinta lain.  
Inilah doa yang saya selalu ucapkan setelah pulang
dari ESQ….
 
“Oh God…please help me…
Please allow me to be in your arms
And don’t let me go again…
Allow me to feel your love…
Allow me to love you, O God…
Coz, You are the most loving…
The Most Caring…
The Most Forgiving…
Please hold me in Your arms, and don’t let me go….”
Dan kepada mereka yang masih sunyi dan mencari cinta,
mereka pasti akan bertemu Cinta itu di ESQ ini. 
Subhanallah… Walau segunung kesalahan yang dibuat
terhadap Cinta ini, Cinta itu tetap menerima kita,
tetap membelai kita, tetap  menyayangi kita, tetap
menjaga kebajikan kita, tetap memberi segalanya pada
kita, tetap sudi menerima kita….itulah dia cinta yang
paling indah… Rasakanlah sendiri…
 
 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke