Bagi sahabat-sahabat yang bercita-cita untuk membina rumahtangga 
bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t 
renungkanlah tips berikut : - 

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan 
Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah 
kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri 
setiap manusia yang normal. 

Surah Al-Furqan ayat 74 :- 

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan 
keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam 
bagi orang yang bertaqwa." 

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang 
dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin 
yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau 
bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan 
kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan 
anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-
bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan 
qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda 
dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. 

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :- 

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada 
yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia 
mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap 
sesuatu." 

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang 
perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara 
tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah 
zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik 
terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati 
suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara 
diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan 
rumahtangga. 

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an 
dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. 
Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar 
untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana 
mencari keredhaan Allah s. w. t. 

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah 
meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. 

Firman Allah yang bermaksud :- 

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-
isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, 
perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat 
tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan 
RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah 
mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada 
orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24] 

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. 
Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas 
ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua 
kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami 
adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah 
ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda 
seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan 
hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya. 

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa 
yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga 
demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, 
janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap 
bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri. 

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan 
suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan 
bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri 
daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan 
anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda 
untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara 
yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda 
sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada 
menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna. 

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah 
antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja 
menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan 
lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya 
berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai 
saudara seiman dan seagama. 

Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. 
Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik 
pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil 
berdoa dengan 

maksud:- 

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa 
yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari 
kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya." 

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada 
Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. 

Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:- 

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan 
daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada 
kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa 
terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi 
tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. 
Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, 
giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi 
cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang 
baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan 
bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan 
mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat 
yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling 
mengerti antara satu sama lain 
akan menambahserikan rumah tangga. 

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang 
diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak 
mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar 
mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga ...

Assalammualaikum.. kepada mereka-mereka yang ingin mendirikan rumah 
tangga tetapi kekurangan duit. Silalah ke 

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=aku_kanchan

Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin 
tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak 
urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari 
duit tambahan. 

Memang berbaloi lah kalo baca... kepada awek-awek yang pakwenya 
asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada 
mereka.. 








///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke