Asalamualaikum wrt,

Boleh pakcik tulis versi pakcik pasal merompak tak.? Gurau senda pagi 
Khamis. Versi ni versi halus sikit so pakcik gantikan merompak kepada 
mencuri.

Mencuri

Ada orang nampak mencuri ni hanya satu jenis.
Mencuri Hasanah hanya pada pandangan mata(bahasa). Setelah diselidik 
rupanya bukan mencuri namanya.
Ali melihat sahabatnya Adi mencuri kasut Along.
Ali menegur Adi kenapa engkau mencuri, tidak kah itu perbuatan terkutuk.
Adi membalas kenyataan Ali, aku bukannya mencuri tetapi mengambil 
kembali kasut aku yang telah dipinjamkan kepada Along.
Telah puas aku meminta Along pulangkan kembali kasut aku namun Along 
buat tak tau. Maka aku mengambilnya kembali.
Baru la paham akan Ali yang Adi bukannya mencuri.

Versi Robin Hood lak.

Orang kaya senang lenang memeras ugut, merampas, menindas harta orang 
miskin.
Orang kaya menggunakan harta tersebut untuk kepentingan dirinya sahaja
Orang miskin andai menentang akan dihukum termasuk dibunuh.
Datang Robin Hood mengambil kembali hak orang miskin dan diberikan 
kembali kepada orang miskin

Hehe. Lawak jenaka jer.

Moralnya pakcik nak bagitau, pakcik agak setuju la dengan Tuan 
Albaniasghar. (cuma dalam versi yang berlainan :)). Adapun imam nawawi 
(kalau tak silap pakcik la.- kalau silap maaf bebanyak). Ayat setiap 
bidaah itu sesat adalah ayat umum. Biler ayat umum maka perlu kepada 
dalil dalil lain menyokong ayat ini. Dalil dalil lain yang diperlukan 
adalah dalil dalil tentang apa itu sunnah, dan apa itu bidaah. Dalil2 
tentang pengertian sunnah pun sudah ada perbezaan pendapat. Disitu pun 
sudah ada khilaf. Kerana itu ada perkara perkara yang dianggap bidaah 
check check rupanya bukan bidaah yang nak diterangkan dlm ayat 'setiap 
bidaah itu sesat'

Ampun maaf. pakcik banyak lupa dari ingat. Rehat dulu kot. Hal bidaah ni 
tak akan selesai. Kona sana kona sini tetap ada khilafnya.

Akhir kata, mudahan mudahan kita dapat meninggalkan kelakuan binatang 
jinak (peliharaan), binatang buas , dan kelakuan saitan dalam diri kita.
Binatang jinak = suka tidur, suka dibelai (dipuji bagi manusia), malas. 
tau makan tidur jer
Binatang Buas = panas baran, bertindak melulu, tiada adab sopan
Syaitan = riak,Ujub, hasad, dengki, dendam.
Apabila berjaya meninggalkan/mengurangkan kelakuan kelakuan ini 
insyaallah nafsu berjaya ditundukkan. Insyaallah jadi la kita 
orang-orang yang tenang. Ketahuilah di syurga akhirat itu tenang orgnya 
disana. Maka syurga dunia juga adalah ketenangan.(bukannya byk duit, 
rasa hebat dll - itu syurga nafsu namanya)

Wallahualam, jgn percaya cakap pakcik. Pi belajar dengan guru guru yang 
menggunakan dunia untuk akhirat. Guru guru yang tak bersubahat dgn 
hal-hal dunia (tak subahat dgn riba, tak subahat dgn riak, dgn hal hal 
haram dan lain-lain) Kalau subahat pun tak digalakkan kita cari inikan 
pula yang terlibat didalamnya. Ampun maaf patik.

------------------------------------------------------------------------

albaniasghar wrote:

>Merompak
>
>ada yang kata merompak ada dua jenis: 
>rompakan hasanah (rompakan yg baik) dan rompakan sayyi'ah (rompakan yg
>buruk).
>rompakan yang hasanah ialah apa yang dilakukan oleh Robin Hood di
>hutan Nottingham, merompak dari orang kaya dan diberi kepada orang miskin.
>rompakan yang sayyi'ah ialah apa yg sering kita dengan mengenai
>rompakan di bank atau kedai emas.
>
>Berbohong.
>
>ada orang kata bohong ada bohong yg sunat (bohong hasanah) dan ada
>bohong yg sayyi'ah.
>cth: bohong yg sunat ialah bohong demi mendamaikan dua golonganyg
>bermusuhan.
>
>Bid'ah.
>
>ada yang kata ada bid'ah yang baik (hasanah) dan ada bid'ah yang sayyi'ah.
>
>Cth bid'ah hasanah ialah spt membukukan kitab-kitab hadith, membukukan
>al-Qur:an menjadi musyhaf standard, bubuh baris kepada alQur:an dan
>Hadith, memasang karpet kepada mesjid, memasang mikrofon dan pembesar
>suara di mesjid..
>
>Orang melayu sangat suka dengan istilah bid'ah hasanah. Tapi maksud
>sebenar bid'ah hasanah itu hanyalah pada maksud bahasa sahaja spt kata
>sunatnya merompak dan sunatnya menipu orang. Itu cuma bahasa kiasan.
>Bid'ah hasanah dalam bahasa standard Islam ialah kemudahan dan
>prasarana. 'Bid'ah hasanah' ni tidak berlaku dalam ibadah. luar ibadah
>yes.
>
>sekian
>
>aa
>
>
>
>
>
>
>
>///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
>//////////////////////////////////
>
>Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
>Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
>
>Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
>http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
>
>Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
>            [EMAIL PROTECTED]
>Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
>            [EMAIL PROTECTED] 
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
> 
>
>
>
>
>  
>


-- 



[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Home is just a click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/DHchtC/3FxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to