AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
( Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi 
Hal Ehwal Agama Islam

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim 
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan 
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera 
bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat 
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan 
dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah 
dengan ajaran Islam yang sebenar

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam Malaysia Kali Ke-48 

Tarikh Keputusan : 3 April 2000 

Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

 

 

Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-
Haqqani :-

 

1)- Kekuatan wali.

 

Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah

"Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan 
Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 
berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di 
Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di 
situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut. 

Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain 
membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah 
menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia 
lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun 
menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat 
Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang. 

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan 
juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa 
kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. 
Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya 
Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa 
pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat 
berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu 
tempat di mana Allah sentiasa melihatnya. 

Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan 
kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka 
terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai 
akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah 
pergi sebagai seorang shaheeda. 

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah"

 

2- Kuasa Mutlak Khalifah

 

"Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk 
melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh 
masyaikh rantaian keemasan...Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah 
seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah 
tentukan..."

Sheikh Muhammad Sheikh Nazim 

 

3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb 

Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-
rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul 
ri'adah, lillahita'ala hilaluyul azim Ati'ullah, wa ati'u rasul, wa 
ulul amri minkum 

Allah perintah kita ta'at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa 
yang ta'at kepada Rasul (saw), dia ta'at kepada Allah. Setiap 
keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah 
sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi 
apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka 
mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu 
adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang 
lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang. 

Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – 
waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita 
mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu 
sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. 
Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan 
malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada 
haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang. 

Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, 
masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang 
itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun 
bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping 
roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka 
sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah 
berkerja keras. 

Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. 
Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan 
berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa 
mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu 
memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu 
bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada 
di "waktu sekarang." Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi 
dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai "rumah" kita. 

Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi 
kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini 
kita akan jumpa "rumah" kita. Di dalam qalb manusia 
terletaknya "rumah" Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam 
diri kita. Ia terdapat dalam diri kita. 

Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), 
kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya 
boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak 
mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka 
dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah 
di dalam segala bentuk keadaan. 

Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang 
yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut. 

Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi 
dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita 
sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam 
hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian 
seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di 
dalam lautan 

Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana 
Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-
nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya. 

Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. 
Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-
benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, 
ianya suci dan bersih. 

Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala 
kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah 
mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada 
malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang. 

Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan 
dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan 
Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim 
(qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah

 

4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, 
menghiaskan kubur )

 


Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. 
Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha'uddin Shah Naqshband, Sheikh 
Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.

 

5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita 
seorang `wali' Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan 
bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w.,  malaikat 
Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan 
dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! 
( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)

" Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan 
yang terkenal.  Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan 
merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan.  
Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.  
Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah.  Tidak ada seorang pun 
yang mampu menangkap lelaki tersebut.  Disebabkan kekejamannya, Nabi 
S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki 
tersebut: "orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan 
menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang 
Muslim".

 

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia.  Dia 
mempunyai seorang anak perempuan.  Malangnya, anak perempuannya 
tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah 
ayahnya.  Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- 
tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikann







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Protect your PC from spy ware with award winning anti spy technology. It's free.
http://us.click.yahoo.com/97bhrC/LGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke