Assalamualaikum warahmatullah,

Suka cita diumumkan terbitan beberapa buku baru.
Semuanya adalah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Buku-buku ini mungkin akan ada di pasaran Lembah Klang
seawal-awalnya esok (Jumaat) atau jika tidak minggu
depan. Pertanyaan tentang edaran dan jualan, hubungi
penerbit di 07-2351602.

Buku-buku tersebut adalah:

Pertama:

Judul: 
Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?
Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari
Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya.

Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz: 8.5 x 5.5, 307 mukasurat.

Harga: RM18.00

Ulasan:

Akhir-akhir ini timbul fenomena di mana setiap
individu atau aliran mendakwa diri mereka adalah Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Dalam membuat dakwaan ini,
sebahagian individu ada yang sanggup melakukan dusta,
menyeleweng perkataan ulama dan memutar belitkan
terjemahan teks Arab. Antara individu yang terkenal
dengan manhaj seperti ini ialah Zamihan Mat Zin
al-Ghari. 

Ini bukanlah dakwaan kosong semata-mata. Pendustaan,
penyelewengan dan putaran beliau telah dibuktikan oleh
Ustaz Dr. Azwira dalam bukunya di atas. Sebelum ini,
pendustaan, penyelewengan dan putaran Zamihan sudah
dibuktikan oleh dua pengarang yang lain, iaitu:

[1] Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah
Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian
Zamihan Mat Zin Al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah,
terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2003.

[2] Membela Sunnah Nabawiyah: Menjawab Syubhat Buku
Bid’ahkah Kenduri Arwah Dan Talqin oleh Abdul Wahab
Bustami, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.

Buku terkini oleh Ustaz Azwira menjawab kertas kerja
Zamihan yang sekarang ini sedang beliau bentangkan di
pelbagai tempat sekitar Semenanjung Malaysia (Road
Show?).  

Berikut intisari kandungan buku Ustaz Azwira.
Perhatikan bahawa ia menjawab hampir semua fitnah yang
dilontarkan kepada dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
sebenar, sama ada oleh Zamihan atau kuncu-kuncunya:

·Tohmahan Pertama:                                      
Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim Pencetus 
Fahaman Tajsim Dan Tashbih.

·Tohmahan Kedua:                                        
Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil

·Tohmahan Ketiga:                                       
Para Pendukung Sunnah Di Malaysia 
Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah 
Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar.

·Tohmahan Keempat:                                      
Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal 
Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya 
Tanduk Syaitan.

·Tohmahan Kelima:                                       
Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Mendakwa 
Nabi Adam Melakukan Syirik.

·Tohmahan Keenam:                                       
Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Mentafsir-
kan Kalimah Syahadah Dengan Tafsiran 
Yang Menyalahi Ijma’.

·Tohmahan Ketujuh:                                      
Para Pendukung Sunnah Malaysia Penyemai Bibit 
Perpecahan, Fahaman Radikal Dan Anti Kerajaan.

·Tohmahan Kelapan:                                      
Al-Albani Banyak Membuat Kesilapan Dan 
Percanggahan Dalam Penilaian Darjat Hadis.

·Tohmahan Kesembilan:                                   
Pendukung Sunnah Di Malaysia Tidak 
Faham Konsep Bid’ah.

·Tohmahan Kesepuluh:                                    
Para Pendukung Sunnah Malaysia Sebenarnya 
Adalah Penentang Sunnah Lagi Jahil Tentang 
Kaedah-Kaedah Fiqh Dan Usul Fiqh.

·Tohmahan Kesebelas:                                    
Para Pendukung Sunnah Malaysia Menolak 
Ijma’ Dan Merupakan Pembuat Bid’ah Yang 
Sebenar.


=====================

Kedua:

Judul: 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang 

Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz: 8.5 x 5.5, 188 mukasurat.

Harga: RM10.00

Ulasan ringkas:

Umat Islam masa kini memiliki banyak cabaran dan ramai
di antara kita tewas kepada cabaran-cabaran tersebut.
Seterusnya dalam menghadapi suasana ini, kita asyik
mengkritik dan menyalahkan sumber cabaran itu sahaja.
Padahal jika kita merenungi hal ini, akan dikenal
pasti bahawa punca ketewasan tersebut adalah kelemahan
jati diri umat Islam itu sendiri.

Buku ini menyenaraikan 15 asas yang patut dimiliki
oleh umat Islam untuk menguatkan jati diri mereka.
Dengan jati diri yang teguh, kita akan berjaya
menghadapi apa jua cabaran, tak kira sebanyak mana
sekalipun.


======================

Ketiga:

Judul: 7 Sebab Utama Ulama’ Berbeza Pendapat.

Judul Asal: al-Khilaf Baina al-Ulama’: Asbabuhu wa
Mauqifna Minhu

Pengarang: Syaikh Muhmmad bin Soleh al-Uthaymin.

Penterjemah: Fathurrahman Dawoed (Singapura)

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz: 5 x 5, 119 mukasurat.

Harga: RM6.00

Ulasan ringkas:

Sebagaimana judulnya, buku bersaiz poket ini
menerangkan 7 sebab utama timbulnya perbezaan pendapat
di antara para ulama dan sikap kita terhadap perbezaan
tersebut.


====================

Keempat:

Judul: Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh
Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 1)

Judul Asal: Da’awa al-Munawi’in li dakwah al-Syaikh
Muhammad bin Abd al-Wahhab.

Pengarang: Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali
al-Abd. al-Lathif.

Penterjemah: Mohammad Amin Yaacob (Shah Alam)

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz: 8.5 x 5.5, 258 mukasurat.

Harga: RM12.00

Ulasan ringkas:

Ramai orang yang memberi komen negatif tentang dakwah
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahabi) tanpa mereka
sendiri mengenali apa dan bagaimana dakwah tersebut
pada hakikatnya. Buku ini memberi pengenalan kepada
kita, siapakah Syaikh tersebut dan cabaran-cabaran
yang beliau hadapi dalam dakwahnya. Diikuti dengan
penjelasan ke atas beberapa fitnah yang dilontarkan ke
atas dakwah beliau.


=========================

Kelima:

Judul: Mencari Rahmat Allah di Sebalik Perbezaan
Pendapat.

Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah 

Saiz: 5 x 5, 87 mukasurat.

Harga: RM5.00

Ulasan ringkas:

Buku bersaiz poket ini menerangkan adab-adab yang
sepatutnya dilalui oleh seseorang apabila berhadapan
dengan perbezaan pendapat [Fiqh al-Ikhtilaf ].


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke