--------- Forwarded message ---------- From: Keris Silau <[EMAIL PROTECTED]> Date: Jun 20, 2006 11:44 AM Subject: [JIM-PP] Trend Masakini To: jim pp <[EMAIL PROTECTED]>
Trend Masakini Trend yang kurang sihat bertambah-tambah Tak kira di KL Penang Kelantan dan juga Sabah Ini yang buat aku dan rakan-rakan menggelabah Kadang-kadang rasa nak pengsan rebah Walaupun amalkan minum madu lebah Tapi aku kuatkan juga hati supaya tabah Untuk menulis walaupun bukan senang nak gubah Trend pertama ialah mengenai jenayah Tak caya baca suratkhabar kecuali Harakah The Star Utusan dan NST, paper Kali Mullah Tak kiralah kes bunuh atau kes pecah rumah Rompak kedai emas hatta kedai jual murah Kes ragut melibatkan golongan lemah Geng samseng pukul orang sampai berdarah Sekali sekala artis kena tangkap hisap dadah Rogol dan bunuh diculik dari kompleks belibelah Setiap hari indeks jenayah semakin bertambah Yang karutnya mereka ni berlakun baik di mahkamah Masuk mahkamah pakai kopiah Habis orang cakap Islam ajar umat jadi penjenayah Belum ada lagi pakai purdah kecuali mahkamah syariah Disini nampak artis pakai tudung tapi kain terbelah Apalagi kalau kes cerai walaupun baru menikah Dan yang hangat ialah kes kena tangkap basah Itu tak termasuk kes artis yang sumpah menyumpah Manakala Malaysia masih berada di tangga bawah Apa lagi kalau bukan kejadian makan rasuah Daripada mata-mata sehingga pemerintah Daripada kesalahan trafik hingga projek mewah Malu saja kat Singapura jiran sebelah Yang mempunyai indeks rasuah paling rendah Di Malaysia gejala rasuah kronik macam barah Ianya sudah jadi sebati dalam darah Kita pun hairan apa jadi kes Eric Chia dan Kasitah Dan cerita AP yang menghangatkan Rafidah Ini tak termasuk lagi kes suruh tutup mata sebelah Trend yang membimbangkan ialah gejala dadah Banyak melibatkan Melayu walaupun masih mentah Artis tempatan berapa ramai dah masuk mahkamah Kena tangkap tengah stone dalam satu rumah Kalau dah ketagih tu memang susah nak cegah Sanggup bunuh isteri ibu dan ayah Semata-mata mahu duit naik beli dadah Sanggup jadi pembunuh dan penjenayah Trend yang popular pula ialah gejala Mak Nyah Rahman dah tukar jadi Ramonah Farid dah pula tukar jadi Farah Shaari pula dah tukar jadi Shery atau Sarah Setengah mereka pula sanggup di bedah Tukar jantina di negara jiran sebelah Pakai makeup orang pompuan pun kalah Kata Wan NTV7 �apa ke jadah� Trend ini menjadi-jadi sebab depalah Watak Sam dalam 2+1 ramai menyampah Namun menyeronokkan bagi sesetengah Ramai yang ikut hatta dikampus atau sekolah menengah Semua asyik jalan lembut walaupun betis besar gajah! Keris Silau 20 June 2006 [EMAIL PROTECTED] Sudilah melawat blog saya: www.kerissilau.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/