Nampaknya kunjungan Tun Dr Mahathir ke pekan Johol
Sabtu 2 September 2 petang ini dibayangi dengan
kehebatan separuh akhir bolesepak Piala Malaysia. MB
N.Sembilan kata masuk percuma ke stadium Sabtu ini.
Sudah pasti penyokong NS akan bersesak di stadium
sejak pagi lagi untuk masuk percuma. Tidak pernah
berlaku dalam sejarah perlawanan yang begitu penting
diberi masuk percuma. Walauapapun yang untung
penyokong NS , dapek masuk free, asalkan jangan
tinggalkan solat. 

***************************************
Berita Harian 1 Septermber
Masuk percuma NS temu TM di Stadium Paroi
Oleh Hussain Said

LAGAK ‘orang kaya’ Persatuan Bola Sepak Negeri
Sembilan (PBNS) harus menjadi bahan cemburu persatuan
negeri yang lain apabila membuat kejutan besar
membenarkan penonton masuk percuma ke gelanggang
menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala
Malaysia di antara pasukan negeri itu menentang
Telekom Melaka FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, esok.

Sukar untuk ditelan hakikat seperti ini ketika
perlawanan separuh akhir Piala Malaysia harus menjadi
medan terbaik kepada mana-mana persatuan bola sepak
negeri untuk mengisi kantung mereka, tetapi berlainan
pula dengan ragam PBNS.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
(gambar) membuat pengumuman yang harus menceriakan
peminat Negeri Sembilan dan juga peminat pasukan
pelawat untuk menjimatkan bajet membeli tiket.

Beliau ketika mengumumkan perkara itu berkata,
keputusan itu sebagai penghargaan dan terima kasih
kerajaan negeri kepada rakyat yang memberi sokongan
padu terhadap pelbagai program yang dianjurkan
sepanjang bulan ini.

“Saya amat berterima kasih kepada rakyat yang memberi
sokongan padu kepada kerajaan negeri terutama dalam
minggu ini ketika lawatan kerja sehari Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa
lalu.

“Dalam semua program yang dianjurkan sempena lawatan
itu, sama ada di Seremban dan Port Dickson, ramai yang
datang hingga Perdana Menteri terkejut dan sukacita
dengan sambutan yang diberi.

“Begitu juga dengan majlis sambutan hari kemerdekaan
negara yang diadakan malam tadi (malam kelmarin) dan
pagi ini (semalam) apabila ramai yang datang
memeriahkan sambutan.

“Jadi, sebagai tanda terima kasih dan bagi merangsang
semangat pasukan bola sepak kita, saya selaku Presiden
PBNS memutuskan perlawanan bola sepak Sabtu ini (esok)
tidak dikenakan bayaran tiket,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian selepas majlis sambutan
Hari Kemerdekaan Negara Ke-49 peringkat Negeri
Sembilan di depan bangunan Majlis Perbandaran Seremban
(MPS), semalam.

Keputusan itu jelas satu kejutan dan menghadirkan
tugas berat kepada skuad lawan kendalian Irfan Bakti
kerana bukan saja berdepan pasukan tuan rumah tetapi
kira-kira 50,000 penyokong mereka yang dijangka
membanjiri stadium.

Menteri Besar menambah bahawa kemungkinan juga
pengurusan PBNS akan meletakkan skrin besar di luar
stadium bagi membolehkan mereka yang tidak dapat masuk
ke stadium menonton perlawanan penting itu.


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke