Askm wbth.

Gabungan Anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) mengucapkan
jutaan terima kasih kepada para penyumbang tajaan
Berbuka Puasa untuk anak-anak Yatim, miskin dan
saudara baru.


Kini ANAS mempelawa kepada muslimin muslimat yang
dermawan untuk membantu 12 keluarga di Sabak Bernam,
Tanjung Karang dan Sepang yang miskin dan amat
memerlukan sumbangan dari kita semua untuk persediaan
AidilFitri.

Antaranya kisah seorang ibu di Sabak bernam yang
kematian suami, beliau tiada pekerjaan tetap dan perlu
menyara 8 orang anak-anaknya yang masih kecil dan
bersekolah. Dengan pendapatan sekitar RM300-400
sebulan, beliau tetap tabah dan sabar meraikan
anak-anaknya membuat persiapan Aidilfitri. Salah
seorang anaknya kini tinggal di asrama Haluan
Penyayang dan dibiayai pendidikan persekolahannya
untuk meringankan tanggungan si ibu.

Kisah kedua, juga di Sabak Bernam, sepasang suami
isteri yang serba kekurangan tinggal di rumah kotak
yang kecil namun bagi mereka rumah yang ada ini ibarat
istana yang indah. Si suami tidak boleh lagi bekerja
kerana mengidap penyakit lemah paru-paru dan mudah
lelah. Si ibu sekadar mengambil upah menjual ikan di
tepi jalan. Akibat kesempitan kewangan, 2 orang
anaknya diserahkan kepada saudara mara untuk
dipelihara dan disekolahkan dgn sempurna.

Kisah ke tiga di Sepang, melihat telatah 8 orang adik
beradik yang masih kecil namun sangat tipis berpeluang
memiliki baju raya kelak. Tinggal dengan ibu di sebuah
rumah pusaka yang usang....

Ini yang kami temui di saat kami mengadakan program
menziarahi mereka. Mungkin ada di luar sana yang
berada dalam suasana kesempitam, semoga Allah
melindungi mereka dan menambahkan kesabaran di hati
mereka.

Maha Suci Allah....sebak rasanya apabila Allah swt
memberi peluang kepada Kami di ANAS bertemu dengan
keluarga-keluarga tersebut, lantas memberi petunjuk
kepada kami bahawa hidup tidak bererti jika sekadar
mengumpulkan harta untuk diri sendiri dan mengeyangkan
perut masing-masing sedangkan ada saudara seIslam 
yang wajar kita bantu. Walaupun RM1.00 yang anda
sumbangkan bukanlah menjadi hak kita untuk menilai
besar mana pula ganjaran pahalanya, kerana kita
membantu bukan untuk di nilai oleh manusia, tetapi
kita memberi sumbangan untuk di nilai oleh Pemilik
Harta dan wang kita....Allah swt.

Keterangan lanjut, hubungi Sekretariat ANAS - Sdr.
Ghazali Maarof ( 019 333 8484)untuk menyalurkan
sumbangan anda. 

Wassalam.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke