PROGRAM CUTI SEKOLAH
KEM REMAJA P.E.R.K.A.S.A.
Kem Remaja P.E.R.K.A.S.A.... Apa tu?
Ia
merupakan satu program khas untuk untuk memperkasakan pelajar-pelajar
supaya berkebolehan dalam pelbagai aspek menerusi aktiviti-aktiviti
yang 'mengancam', menghiburkan, dan sarat dengan maklumat.
P.E.R.K.A.S.A. tidak bermaksud perkasa fizikal semata-semata, bahkan
yang paling penting, memperkasakan kefahaman kehidupan di dalam diri
setiap peserta.
Anjuran siapa kem P.E.R.K.A.S.A ni?
Program
ini merupakan program kerjasama BAHTERA CONSULTANT Sdn Bhd dan Quality
Expert Sdn Bhd. Dua syarikat ini merupakan syarikat yang berpengalaman
dalam mengendalikan program-program pembangunan manusia dan latihan.
Ooo... Kem ni untuk siapa?
Program ini terbuka untuk para pelajar tahun 6 hingga tingkatan 5
Mmm... Bila program ni?
Ada 4 pilihan tarikh untuk peserta. Tarikh adalah seperti berikut:
Menengah Bawah (Tahun 6 - Tingkatan 3)
Kem 1 : 23-26 November 2006
Kem 3 : 7-10 Disember 2006
Menengah Atas (Tingkatan 4 - Lepasan SPM)
Kem 2 : 29Nov - 2 Disember 2006
Kem 4 : 14-17 Disember 2006
Buat kat mana?
Lokasi program ini ialah di Kompleks Rakan Muda & Perpat Resort, Sementa, Klang
Apa yang menarik pada kem ni?
Untuk
mencapai objektif memperkasakan para peserta, modul program ini telah
disusun dalam bentuk yang menarik dengan aktiviti-aktiviti seperti River Crossing, Saham PERKASA, Berkhemah, Mempelajari kemahiran komputer, night walk, pizza PERKASA dan banyak lagi.
Selain
dari aktiviti yang menarik, pengendali program ini juga bukanlah
penceramah dan pengendali program remaja yang asing lagi di tanah air.
Dalam kem ini, peserta akan bersama dengan Ustaz Muhaimin dan Abang Fazrul Ismail.
Ustaz Muhaimin adalah ustaz yang cool dan
sering memberi ceramah di masjid sekitar Selangor dan luar negara.
Abang Fazrul Ismail pula adalah pengendali program remaja yang amat
berpengalaman dengan aktiviti menarik. Beliau adalah penulis buku di
bawah PTS Publications.
Fuiyoo.. menarik tu.... kena bayar berapa?
Untuk pembayaran awal, pelaburan anda cuma
RM 220
Untuk pembayaran lewat (selepas tarikh tutup pendaftaran), pelaburan anda adalah RM 250
Tarikh tutup pendaftaran adalah SEMINGGU sebelum setiap program bermula
Ok, macam mana saya nak join?
Untuk menyertai, sila hubungi
bahagian urusetia :
Cik Rafidah Bt Abu Bakar
No Tel : 03-5549 2028
No Faks : 03-5542 0425
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___