---------- Forwarded message ----------
From: Wan Mohamad Wan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 05-Jan-2007 09:31
Subject: Pelajar gantung diri kerana wang yuran; Kebodohan Kementerian
Pelajaran
To: [EMAIL PROTECTED], Islah-net@yahoogroups.com
Cc: [EMAIL PROTECTED]

Assalamualaikum wbt. wbt.


Saya amat terkejut dengan berita terkini dan lagi dipanggil sensasi "utusan
malaysia" memaparkan berita penggantungan diri seorang pelajar yang bukan
islam disebabkan oleh ketidak mampuan keluarga untuk membayar yuran.

Sebagai rakyat Malaysia alaf baru saya ras aterpanggil dan tersentap untuk
menyuarakan kepincangan kementerian pelajaran malaysia dalam pengurusan
pendidikan sehingga menyebabkan perkara sebegini berlaku ditengah kemewahan
rakyat Malaysia.

Saya rasa perkara ini berlaku disebabkan oleh 2 perkara:

1. Sememangnya anak ini memang keluarganya miskin dan tidak mampu untuk
membayar yuran anak atau cucunya TAPI rakyat malaysia lain sememangnya mampu
untuk membantu. Cuma jika ada saluran tertentu yang "secured" (maknanya
takder yang cari makan dengan curi duit tabung) yang dapat menyalurkan
kepada mereka yang tertentu.

2. Sememangnya ini patut dipersalahkan kepada "Kementerian Pelajaran
Malaysia" yang sememang nya tidak bijak dalam menangani masalah anak-anak
miskin yang bersekolah. Bagi yang disebut "mampu" sudah pun membeli buku
teks untuk anak anak mereka. So, jika ini sudah "imposed" pada kepada semua
rakyat Malaysia, maka YURAN SEKOLAH PATUT DIHAPUSKAN.

Sekolah nie bukan tempat business tapi tempat menyalurkan ilmu kepada
pelajar. Tapi keadaan ini telah berubah kat Malaysia.. dah jadi business.

Bagi kerajaan Malaysia, kalau dah perkenalkan bayar buku teks, tolong
hapuskan yuran. Jadi, bagi mereka yang tak mampu, mereka akan dapat buku
teks secara percuma sebab skim buku teks untuk pelajar tak mampu sudah ada.
Cuma jangan ada kaki tipu (mampu tapi buat tak mampu) yang boleh
menyebabakan orang yang layak menerima buku teks percuma .. tak dapat
menerimanya.

So, tolong forwardkan kepada rakan rakan agar YURAN sekolah dihapuskan demi
tiada NYAWA NYAWA budak akan melayang serbab buku teks.



Pelajar gantung diri kerana wang yuran

MIRI 4 Jan. – Seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pujut,
ditemui mati tergantung di rumah sewa keluarganya di Pujut, dekat sini,
dipercayai kerana kecewa tidak dapat membayar yuran sekolahnya.

Mangsa, Daniel Boniface, 12, ditemui kakaknya dalam keadaan sudah tidak
bernyawa kira-kira pukul pukul 5.30 petang ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri dengan bantuan jirannya.

Ibu mangsa, yang enggan namanya disiarkan memberitahu pemberita, anak bongsu
daripada lima adik-beradik itu dipercayai bertindak demikian mungkin kecewa
setelah gagal membayar yuran sekolahnya.

''Mangsa sudah berkali-kali meminta duit bagi membayar yuran sekolah, tetapi
saya kata kami tidak mempunyai duit.

''Mangsa mungkin kecewa kerana permintaannya untuk membayar yuran sekolah
tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Miri di
sini.

Beliau yang juga ibu tunggal berkata, dengan hanya bekerja sebagai tukang
cuci di sebuah kompleks membeli-belah di sini, beliau tidak mampu membayar
yuran sekolah anak kesayangannya itu.

''Pendapatan saya sebulan hanya RM300 dan RM200 untuk membayar sewa rumah
dan perbelanjaan makan minum kami enam beranak," katanya.

Katanya, mangsa sebelum ini pernah meminta duit daripada bapanya namun
permintaan ditolak dan mangsa turut dimarahi.

Katanya, mangsa kemudian meminta duit untuk membayar yuran sekolah daripada
datuknya namun juga tidak diendahkan.

''Malah mangsa memberitahu datuknya turut meminta dia berhenti belajar kalau
tidak ada duit.

''Mangsa mungkin amat kecewa kerana semua yang dia harapkan termasuk saya
sendiri tidak mampu memenuhi permintaannya yang sememangnya mempunyai
semangat tinggi untuk belajar.

''Oleh itu, apabila tidak mampu membayar yuran, dia sanggup membuat
keputusan nekad macam ini," katanya sambil menyatakan tidak pernah menduga
anaknya akan mengambil keputusan seperti itu.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pusat Miri yang ditemui mengesahkan
menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

**

**

Kirim email ke