Sudah... peninglah kepala Syed Mukhtar al-Bukhary lepas ni.

Saya mengajak tuan2 berfikir... masa dibentangkan rancangan South Johor
(Iskandar) hari tu,
Pak Lah dgn bangganya mengatakan bahawa "satu pusat hiburan yang lebih hebat
/ canggih daripada Genting akan dibina di sini". Beliau mengatakan  "pusat
hiburan"  bukannya " pusat judi".

Tapi tuan2 boleh fikirlah apa jenis pusat hiburan tu, kalau ianya
dibandingkan dgn Genting...

yg herannya takde siapapun membantah / mempertikai kenyataan tsb, malah
semua org seronok krn "pusat hiburan" itu akan menjadi salah satu mercu
tanda Iskandar.

Apakah cadangan pembinaan pusat hiburan itu ada kaitan dgn banjir?

hanya ALlah yg Maha Mengetahui...

WaLlahua'lam.


On 1/12/07, BPPNS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

  Demikianlah yang diceritakan oleh seorang tokoh ulama
N.Sembilan menurut sahabat saya dalam satu siri kuliah
beliau. Ini semua adalah urusan Allah, rujuklah kepada
alim ulama bagaimana untuk menyelamatkan Johor. Tokoh
ulama N.Sembilan tersebut bukan ahli politik hanyalah
seorang ulama yang mengajarkan ilmu menurut Al Quran
dan Hadith dan disegani oleh semua orang di N.Sembilan

Hari ini diberitakan 5 daerah di Johor banjir semula
dan hujan semakin lebat. Laporan Bernama di bawah
menyatakan pantai Johor semakin terhakis.

**********************************************
Laluan Kapal Ke PTP Punca Hakisan Pantai Tanjung Piai

JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Laluan kapal dari
Selat Melaka ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di
Selat Tebrau telah menyebabkan hakisan pantai yang
teruk sehingga boleh menyebabkan terhapusnya Tanjung
Piai, terkenal sebagai penghujung tanah benua Asia
yang bermula dari negeri China.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari Rabu
berkata hakisan pantai selebar 100 meter telah dikesan
di sepanjang bahagian timur Tanjung Piai dan ini
melibatkan kawasan pantai sepanjang 6 kilometer.

"Tanjung Piai semakin terhakis dan kami mengesan
hakisan itu berlaku di sebelah timur manakala di
sebelah barat yang menghala Selat Melaka kesan-kesan
hakisan tidak wujud," katanya kepada pemberita di
sini.

Abdul Ghani berkata di antara penjelasan yang
diberikan adalah hakisan itu berlaku disebabkan laluan
kapal ke PTP yang terlalu dekat ke muara Sungai Pulai
serta juga terdapat kerja-kerja mendalamkan lagi muara
sungai itu.

Manakala di sebelah barat Tanjung Piai, walaupun Selat
Melaka merupakan antara laluan kapal yang terpenting
di dunia tetapi disebabkan jarak laluan utama kapal
yang agak jauh maka kesan hakisan hampir tidak wujud.

Beberapa usaha telah dilakukan seperti membina tembok
penghalang ombak, menanam pokok-pokok paya bakau serta
usaha menggalakkan pertumbuhan hutan paya bakau telah
dilakukan tetapi tidak menampakkan kesan menyeluruh.

"Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
sendiri telah mengarahkan agar usaha pemeliharaan
dijalankan supaya penghujung tanah ini tidak terhakis
dan terhapus dari permukaan bumi," kata Abdul Ghani.

Satu perbincangan lanjut akan diadakan di antara
Perbadanan Taman Negara Johor dengan kepakaran alam
sekitar tempatan untuk memastikan cara terbaik
menghalang hakisan itu daripada terus berlaku,
katanya.

Keseluruhan Tanjung Piai adalah seluas 6,000 hektar
dan telah dikategorikan sebagai kawasan perlindungan
Ramsar, biro perlindungan alam sekitar berpangkalan di
Switzerland.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=240599

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui
Bank Islam No Akaun 50120100 27521. "Bank in slip" bolehlah dihantar kepada
:
Bendahari
Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban
K.Pilah, Ampangan,
70400 Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com


Kirim email ke