Mungkinkah ini berlaku hanya di Kuching atau mungkin
di seluruh Malaysia ? Apakah Tahun Melawat Malaysia
2007 akan terjejas akibat banjir dan sekarang geng
pukau ?

*********************************************
Utusan Malaysia 12 Jan 2007
Bimbang geng pukau pelanggan hotel masih berleluasa

SAYA merupakan seorang kakitangan kerajaan di Seremban
yang baru-baru ini berkunjung ke Kuching, Sarawak atas
tugasan rasmi.

Pada 21 Disember 2006, kira-kira pukul 5.30 petang
ketika hendak pulang ke hotel penginapan saya di Crown
Plaza, Kuching, saya didatangi seorang lelaki Melayu
mendakwa beliau adalah kakitangan di hotel tersebut
dan mengenali saya. 

Beliau telah menawarkan saya untuk melihat
tempat-tempat menarik dan tempat menjual barang-barang
cendera mata untuk dibeli dengan harga murah. 

Seterusnya beliau membawa saya ke belakang hotel
tersebut di Taman Seri Sarawak dan di sana telah
menunggu seorang lelaki (kawan beliau) dikenali
sebagai “wak” dengan loghat Indonesia. Kemudian datang
dua lelaki lagi dan mereka mengelilingi saya. 

Salah seorang daripada mereka mula mengeluarkan daun
terup dan mengajak saya bermain. Seperti dipukau, saya
turut serta. 

Pada mulanya, saya menang sekali membuatkan saya leka,
kemudian saya mula kalah. Semua duit saya dan telefon
bimbit saya juga telah diambil.

Saya kemudian disuruh pergi ke mesin ATM untuk
mengambil wang dengan diiringi dua orang daripada
mereka.

Saya seperti dipukau tidak mengetahui yang saya telah
masuk perangkap mereka. Saya mengeluarkan wang RM1,000
dan kemudian kembali ke tempat mereka tadi.

Mereka bertindak merampas wang tersebut dan seorang
lagi menunggu di kereta jenis Proton Saga berwarna
putih. 

Walaupun ketika itu saya bergelut dan menjerit meminta
tolong tetapi tiada seorang pun mempedulikan saya
walaupun tempat tersebut ada orang. 

Seterusnya mereka melarikan diri menaiki kereta
tersebut. Saya kemudiannya membuat laporan polis di
Balai Polis Padungan dengan nilai kerugian saya
berjumlah hampir RM2,000. 

Selepas itu, saya diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Simpang Tiga untuk bertemu dengan pegawai
penyiasat kes.

Di IPD Simpang Tiga, pegawai penyiasat berkenaan
memberitahu saya ini bukan kali pertama kejadian
tersebut berlaku malah sudah berpuluh-puluh orang
sudah menjadi mangsa geng tersebut. Geng atau modus
operasi ini dikenali sebagai “Potong Babi” oleh
polis-polis di situ. 

Geng Potong Babi ini kerap beroperasi di sekitar
kawasan hotel-hotel seperti Crown Plaza, Harbour View
dan Hilton dan memilih pelancong dari Semenanjung dan
juga dari luar seperti Singapura, Brunei dan Indonesia
yang menginap di hotel-hotel tersebut.

Bersalaman

Mangsa biasanya didatangi lelaki yang mengaku kenalan
lama mereka dan dipukau dengan cara bersalaman. 

Saya juga dimaklumkan oleh kakitangan hotel tersebut
bahawa terdapat banyak geng ‘Potong Babi’ di Kuching
dan mereka kononnya dilindungi oleh sekumpulan anggota
pasukan penguat kuasa di kawasan tersebut (Pandungan).

Persoalan saya ialah apakah tindakan yang telah
diambil untuk mengatasi masalah ini kerana statistik
menunjukkan kes-kes seperti ini tidak pernah didakwa
di mahkamah dan jika didakwa pun, kes akan gugur
begitu seterusnya menyebabkan kes seperti ini
meningkat.

Malah jarang tangkapan dibuat bagi kes seperti ini
seolah-olah mereka ini memang dilindungi pihak-pihak
tertentu.

Kenapa kes seperti ini dibiar berterusan tanpa diambil
tindakan malah pegawai penyiasat tersebut mengatakan
kes seperti ini sudah biasa berlaku, seolah-olah tiada
apa tindakan yang boleh dilakukan.

Saya ingin mencadangkan agar pegawai-pegawai polis
dari Bukit Aman datang memantau perkara ini dengan
cara menyamar sebagai pelancong asing dan menginap di
sekitar Crown Plaza, Holiday Inn, Harbour View, Hilton
dan kawasan-kawasan sekitar.

Mereka beserta pihak BPR Kuching juga hendaklah
memantau pergerakan anggota-anggota pasukan penguat
kuasa daerah tersebut sama ada mereka ada berhubung
dengan geng-geng “Potong Babi” ini dan mengambil
tindakan ke atas mereka jika terbukti mereka terlibat.


Perkara paling penting sekali ialah kedatangan mereka
ke Sarawak harus dirahsiakan daripada pihak di
Sarawak.

Malah jika perlu, anggota penguat kuasa peringkat
daerah perlu kerap ditukarkan bagi menangani masalah
seumpama itu. 

Dengan pengisytiharan 2007 sebagai Tahun Melawat
Malaysia, saya bimbang jika ia tidak dibendung akan
meningkatkan lagi kes-kes jenayah seperti ini.

Saya sendiri secara peribadi menjadi fobia dan takut
untuk berkunjung lagi ke Kuching, walaupun saya
sukakan bandar raya itu.

– MOHAMMAD FAUZI RASIB,
Seremban, Negeri Sembilan.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke