Cobra King RM30 juta : hadiah kepada Pak Lah
Oleh Zulkifli Mohamed

Selepas dikaitkan dengan skandal rasuah anak menantu,
dan foto mesranya bersama bekas heroin James Bond,
Michelle Yeoh, imej Pengerusi Persidangan Negara Islam
(OIC) Abdullah Ahmad Badawi semakin tercalar.

Kini, dilaporkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip
Erdogan, kesal dengan tindakan Abdullah menerima
‘hadiah’ Cobra King daripada tokoh perniagaan ke-6
terkaya di Asia, Ananda Krishnan yang turut terbabit
dalam bidang perjudian.

Menurut sumber tertinggi Keadilan, Ananda telah
menghadiahkan kapal mewah bernilai RM30 juta tersebut
kepada Abdullah. 

Jelas sumber tersebut, pengesahan itu dibuat oleh
Erdogan kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka
baru-baru ini.

Selaku Pengerusi OIC, Abdullah, kata Erdogan tidak
sepatutnya menerima ‘hadiah’ daripada Ananda. 

“Tindakan Abdullah itu mencemarkan imej beliau sebagai
Pengerusi OIC,” jelasnya dalam pertemuan dengan
Malaysia Today.

Tambahnya laporan muka depan akhbar Turki, Hurriyet
yang mendedahkan kapal tersebut milik Abdullah memang
tepat dan berasas.

Menurut beliau, Abdullah memang telah melawat kapal
yang sedang dibina itu bersama-sama Ananda di Bodrum,
Turki.

Abdullah sebelum ini dilaporkan menafikan kapal
tersebut miliknya dan juga menafikan melawat kapal
berkenaan.

Beliau juga dikatakan akan meminta Hurriyet menarik
balik laporan tersebut yang disifatkannya berbohong.

Bagaimanapun, sehingga kini akhbar berkenaan tidak
membuat sebarang pembetulan atau menarik balik berita
berkenaan.

Sebelum ini, Malaysia Today memetik laporan laman web
penyokong Abdullah, yang menuduh Dr Mahathir sebagai
pemilik sebenar Cobra King.

Bagaimanapun kemudiannya, bekas Perdana Menteri itu,
melalui jurucakapnya telah menafikan berita berkenaan.


Anwar pernah membangkitkan persoalan, kalau Cobra King
bukan milik Abdullah, siapa pemilik sebenarnya?

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1919



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
Finding fabulous fares is fun.  
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel 
bargains.
http://farechase.yahoo.com/promo-generic-14795097


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke