KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Ayer Keroh,
Melaka, yang menyertai PLKN 1 Januari lalu meninggal
dunia selepas sesak nafas di kem itu dua hari lalu.

Ili Ameera Azlan, 17, bekas pelajar Sekolah Menengah
Teknik Tunku Jaafar, Seremban, dilaporkan sesak nafas
sejurus dikejutkan daripada tidur oleh rakan
sebiliknya kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurut laporan akhbar semalam, Ili Ameera dihantar ke
Hospital Melaka (HM) jam 6 pagi sebelum disahkan
meninggal dunia jam 6.30 pagi.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) merakamkan
rasa simpati dan akan menziarahi keluarga Allahyarham
Ili Ameera di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar hari
ini," kata Timbalan ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan,
Mohd Taufek Abdul Ghani kepada Harakah pagi tadi.

Beliau sendiri terkejut dengan laporan itu dan mahu
pihak berkuasa membuat siasatan penuh dengan
mengemukakan laporan kejadian di Kem Ayer Keroh itu.

"Kita menyatakan rasa simpati ke atas keluarga
Allahyarham dan mahu pihak berkuasa dan pihak terbabit
membuat siasatan terperinci punca kematian," katanya.

Dalam laporan semalam, Ketua Polis Melaka, Dato' Ayub
Yaakub dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan
menyiasat dari semua aspek.

"Kita sudah mendapatkan keterangan rakannya. Daripada
siasatan awal forensik, kita tidak menemui apa-apa
atau tiada unsur jenayah.

"Malah, Allahyarham juga dikatakan seorang yang ceria.
Tiada kegiatan berat dilakukan pihak PLKN semalam
(kelmarin) berikutan hujan dan kelas malam juga habis
pada jam 10.30 malam," katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, berkata siasatan rapi akan dilakukan
untuk mengetahui punca sebenar kematian.

"Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian sekarang.
Kita tunggu laporan sedikit masa lagi," katanya sambil
melahirkan rasa simpati dan sedih atas kematian
pelatih itu. - lanh



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke