12 tentera Amerika maut nahas helikopter

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 22 tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam operasi 
ketenteraan di Iraq sejak kelmarin, hari paling banyak menyaksikan tentera 
penakluk itu terkorban sejak dua tahun lalu.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
 
Antara terbunuh ialah 12 anggota terbabit dalam nahas helikopter dan lima orang 
lagi yang mati diserang militan di Karbala, kata pegawai tentera.

Jumlah kematian kelmarin juga adalah ketiga paling tinggi dalam sehari sejak 
tentera Amerika menakluk Iraq pada Mac 2003, di atasi hanya oleh kematian 37 
anggota pada 26 Januari 2005 dan 28 pada hari ketiga penaklukan Amerika.

Jumlah kematian tinggi itu juga berlaku ketika bantahan Kongres memuncak 
terhadap keputusan Presiden George W Bush menghantar 21,500 askar tambahan ke 
Iraq untuk membendung persengketaan kaum.

Pihak tentera tidak banyak memberi maklumat mengenai kejadian helikopter Black 
Hawk yang terhempas dalam cuaca baik di wilayah Diyala, Timur Laut Baghdad. 
Tentera Amerika dan Iraq sejak beberapa bulan lalu bertempur dengan pejuang 
Sunnah dan militan Syiah di wilayah itu, berhampiran Baqouba.

Jurucakap tentera Amerika, Lt Kol Josslyn Aberle, berkata punca nahas belum 
diketahui. 

Kapten Navy Frank Pascual, anggota hubungan media tentera Amerika di Emiriah 
Arab Bersatu memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya helikopter itu dipercayai 
mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.

Selain itu, lima anggota tentera dibunuh malam kelmarin apabila militan 
menyerang ibu pejabat wilayah di Karbala.

Kenyataan tentera Amerika berkata, kumpulan militan itu menyerang bangunan 
berkenaan dengan bom tangan, senjata ringan, mortar dan roket.

Di samping yang mati, beberapa lagi anggota mengalami kecederaan.

“Ketika serangan satu mesyuarat sedang berlangsung dalam bangunan itu yang 
membincangkan soal keselamatan pada sambutan Asyura,” kata Brig Jen Vincent K 
Brooks, Timbalan Panglima Divisyen Pelbagai Negara-Baghdad dalam kenyataan itu.

Karbala terletak 80 kilometer di selatan Baghdad dan beribu-ribu penduduk Syiah 
sedang berhimpun di bandar itu untuk menyambut Asyura selama 10 hari dan juga 
memperingati Imam Hussein.

Dalam dua kejadian berasingan kelmarin, letupan bom di tepi jalan membunuh 
seorang tentera Amerika di Baghdad dan seorang lagi di wilayah Nineveh, utara 
ibu negara itu.– AP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke