Alahan bawa maut

Individu yang ada alahan anafilaksis perlu waspada kerana tindak balas badan 
berlaku dengan cepat

ADA orang menganggap alahan bukan perkara yang sangat membimbangkan, tetapi 
mereka tidak tahu perkara ini sebenarnya boleh membahayakan nyawa jika 
dipandang remeh.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kaedah terkini melalui makanan semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan 
pengawet, tanpa kesan sampingan, selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan 
umur. Terbukti kepada pengidap resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat 
lanjut ?

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Apabila seseorang mengalami alahan, perkara yang sering ditanya ialah ‘makan 
apa semalam?’ Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak 
benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada 
logam, nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.

Kes Azlina Saian, 34, yang meninggal dunia selepas digigit serangga, adalah 
contoh yang menunjukkan alahan tidak boleh dianggap masalah ringan kerana ia 
boleh membawa maut jika lewat mendapat rawatan.

Ada pendapat mengatakan, sebenarnya hampir semua orang alah terhadap bahan 
tertentu tetapi tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi alahan yang 
sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar kepada individu berkenaan.

Alahan yang sedikit boleh diatasi dengan menghindari faktor penyebab atau 
alergen, tetapi individu yang mengalami alahan melampau (akut atau dipanggil 
anafilaksis) perlu lebih berwaspada.

Tindak balas badan individu yang mengalami alahan melampau berlaku dengan 
cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan 
kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan.

Bagaimanapun, bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka menghasilkan 
terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan 
(lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema.

Sementara kanak-kanak pula sering mengalami sembelit, cirit-birit, muntah dan 
kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang 
lambat.

Ketika sambutan Hari Alergi Malaysia, Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi 
Malaysia (MSAI), Dr Ranbir Kaulsay, berkata masalah anafilaksis tidak boleh 
dianggap ringan kerana seseorang itu boleh menemui maut dalam masa singkat jika 
tidak diberikan rawatan segera.

Kejadian alahan melampau tidak banyak dilaporkan, sama ada di Malaysia atau 
negara Barat. Malah, di negara maju seperti Amerika Syarikat hanya 30 kes 
dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk, tetapi dipercayai jumlah kejadian 
sebenar jauh lebih tinggi.

Malah, risiko alahan meningkat bagi pesakit asma atau individu yang mengalami 
alahan rinitis serta ekzema (alahan yang menyebabkan kulit gatal dan kadangkala 
berubah menjadi seperti kudis).

Alahan boleh berlaku kepada sesiapa saja pada bila-bila masa. Sehingga kini 
tiada siapa tahu bagaimana seseorang itu boleh alah kepada sesuatu benda secara 
tiba-tiba.

Kajian mendapati, ramai di kalangan orang dewasa alah terhadap makanan, 
ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Manakala kebanyakan kanak-kanak pula 
mengalami alahan terhadap makanan. Jenis makanan yang boleh mendatangkan alahan 
juga pelbagai, tetapi secara umumnya ia makanan kaya protein seperti makanan 
laut, telur dan kekacang.

Reaksi badan terhadap alahan berlaku sangat pantas iaitu hanya beberapa minit. 
Jika tidak diberikan rawatan segera, individu yang diserang alahan melampau 
boleh meninggal dunia kerana histamin bertindak menyekat aliran udara atau 
menyebabkan tekanan darah turun mendadak.

Justeru, jika berasakan anda seorang daripada kumpulan yang ada masalah ini, 
anda disaran menjalani ujian alahan di mana-mana hospital besar. Ujian alahan 
yang ada sekarang mempunyai ketepatan sehingga 95 hingga 99 peratus.

Ujian ini membolehkan anda tahu jenis alergen yang perlu dihindari supaya tidak 
timbul masalah kemudian hari. Selain itu, cari maklumat mengenai cara 
mengendalikan alahan dan rawatan yang ditawarkan di hospital berdekatan rumah 
anda.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Assalammualaikum,

Saya telah bertahun-tahun mengalami masalah resdung / alahan. Bermacam-macam 
ubat, vitamin, food suplement saya cuba tetapi tidak bersesuaian dengan badan 
dan darah saya. Malah ia akan menjadi lebih teruk atau mendapat penyakit lain 
pula.

Tetapi sejak saya mengamalkan "__________", saya telah banyak merasai perubahan 
dan berkurang dengan ketara. Saya telah boleh memakan makanan laut yang dulu 
tidak boleh dimakan langsung. Hingga kini saya masih menggunakan "__________".

Sekian.

Puan R_____ A_____ R______
Section 14 Petaling Jaya
Selangor

Sila baca TESTIMONI melalui :
http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kaedah terkini melalui makanan semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan 
pengawet, tanpa kesan sampingan, selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan 
umur. Terbukti kepada pengidap resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat 
lanjut ?

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke