Setiap tahun sudah pasti banyak bil perlu dibayar
terutama awal tahun, bil cukai pintu Majlis
Perbandaran Seremban, bil pembentungan Indah Water
Konsortium, bil air Jabatan Bekalan Air Negeri
Sembilan, bil elektrik Tenaga Nasional, bil telefon
Telekom Malaysia. Ini semua adalah bil-bil asas
keperluan kita semua. Jika bil diterima maka kita pun
bayarlah. 

Masalahnya bila dah banyak bil, ada bil yang tidak
diterima kita pun tak perasan. Rupa-rupanya saya telah
tidak menerima bil cukai tanah dari Pejabat Daerah dan
Tanah Seremban sejak 3 tahun yang lalu, malah notis
lewat bayar pun tidak diterima. Malah beberapa jiran
saya juga mengadukan hal yang serupa. Sedangkan
sebelum ini sejak tahun 2000 hingga tahun 2004 saya
ada menerima bil cukai tanah.

Lalu di mana silapnya ? Lalu saya pun menaliponlah
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, setelah diberi
butiran no lot dan sebagainya, kerani pejabat
berkenaan memberitahu bahawa tiada alamat lengkap pada
komputer menyebabkan bil-bil 3 tahun sebelum ini
dikembalikan semula ke Pejabat Daerah dan Tanah
Seremban. Disemak bil telah tertunggak sebanyak
sekitar RM 240 termasuk RM 18 denda lewat bayar. Lalu
saya memintalah kerani berkenaan mengemaskini alamat
dan dapat dihantar bil agar pembayaran boleh dibuat di
mana-mana pejabat pos tanpa saya perlu pergi ke
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban yang terletak nun
jauh di Seremban 2.

Oleh itu saya nasihatkanlah kepada penduduk di
Seremban ini, cuba periksa kembali adakah telah
menerima bil cukai tanah tahun ini, tahun lepas dan
sebelumnya. Kalau belum sila talipon Pejabat Daerah
dan Tanah Seremban di talian 06-6032200.

Saya rasa masalah ini mungkin berlaku apabila Pejabat
Daerah dan Tanah Seremban berpindah dari Jalan Dato
Hamzah dekat Taman Tasik Seremban ke Komplek
Pentadbiran Daerah Seremban di Seremban 2.

Apabila kita menalipon Pejabat Daerah dan Tanah
Seremban jangan lupa resit bil cukai tanah yang lama
untuk menyatakan butiran lot tanah dan sebagainya.



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
Try the Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke