Perkembangan mutakhir yang amat membimbangkan di
Palestin dimana tindakan biadap secara tidak langsung
Israel untuk menghancurkan masjid ke 3 suci umat Islam
iaitu Masjid Al Aqsa maka semua umat Islam di Malaysia
diseru untuk menyertai :

DEMO Mempertahankan Masjid Al Aqsa
Selepas Solat JUMAAT 9 Februari 2007
Di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat

Anjuran semua umat Islam di Malaysia.

******************************** 
Guna saluran diplomatik -- Jordan desak henti kerja
penggalian Al-Aqsa

Utusan Malaysia 7.2.07 AMMAN 6 Feb. – Jordan semalam
menyuarakan kebimbangan berhubung kerja penggalian di
sekitar Masjid Al-Aqsa dan mendesak semua saluran
diplomatik digunakan untuk menghentikan tindakan
tersebut.

Agensi berita rasmi Petra melaporkan, Perdana Menteri
Marouf Al-Bakhit berkata, penggalian berterusan di
tempat suci itu “amat membimbangkan raja dan seluruh
rakyat Jordan.”

Menurut Petra, Marouf menggesa semua pihak mengambil
tindakan segera berhubung isu itu dan menggunakan
segala saluran diplomatik bagi mengelak sebarang
ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan
identiti Masjid Al-Aqsa. 

Dewan Rendah Parlimen turut mengutuk kerja penggalian
di kawasan Haram Al-Sharif itu dengan mendakwa “Israel
mahu mengubah status Baitulmaqdis dan melenyapkan
segala ciri Arab dan Islam di kota suci itu.”

Haram Al-Sharif yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan
Masjid Kubah Batu ialah tempat di mana Nabi Muhammad
s.a.w. diriwayat memulakan perjalanan ke langit dalam
peristiwa Israk dan Mikraj.

Ia sebahagian Baitulmaqdis Timur yang diperintah oleh
Jordan sebelum Israel menawan kawasan itu bersama
Tebing Barat dalam Perang Asia Barat 1967.

Bapa raja Jordan sekarang, Raja Hussein pada tahun
1988 telah melepaskan tuntutan negaranya terhadap
Tebing Barat tetapi mengekalkan kuasa Jordan untuk
menjaga Haram Al-Sharif – peranan yang diakui oleh
Israel.

Israel menyatakan, penggalian oleh ahli-ahli arkeologi
itu melibatkan peletakan beberapa guni pasir lembap
dan tanah di belakang tembok bertujuan menyediakan
tapak bagi laluan baru pejalan kaki ke pekarangan
masjid tersebut.

Kerja penggalian Israel itu kini menjadi isu yang
dibangkitkan bagi menyatupadukan rakyat Palestin dalam
menentang rejim Yahudi ketika puak-puak Palestin
dilanda perbalahan sesama sendiri.

Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal kelmarin memberi amaran
kepada Israel supaya “jangan bermain api” dengan
meneruskan kegiatan penggalian di sekitar Al-Aqsa itu.

Sekalipun bertelagah dengan Hamas, Fatah dan hampir
semua puak Palestin lain turut menyokong pendirian
Khaled. 

Jihad Islam yang melancarkan puluhan serangan berani
mati ke atas Israel memberi amaran, mereka akan
‘menggegarkan bumi’ tempat Zionis berpijak. 

– Agensi


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
  Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.





 
____________________________________________________________________________________
The fish are biting. 
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
http://searchmarketing.yahoo.com/arp/sponsoredsearch_v2.php


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke