Kenyataan Media Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMKNS )
Isu 10 Pelatih Wanita Keracunan Makanan Di Rembau

Rabu 28 Mac 2007

Belum sampai sebulan sesi baru 2007 program PLKN
bermula telah pun ada kes keracunan makanan. Kali ini
berlaku di Kem PLKN di Titian Bintangor, Rembau,
Negeri Sembilan yang melibatkan 10 orang pelatih
wanita.

Apa yang sangat mengecewakan pihak kami ialah
kenyataan yang disiarkan oleh Bernama yang dibuat oleh
Anggota Lembaga Naziran, Majlis Latihan Khidmat Negara
(MLKN) Negeri Sembilan Datuk Lee Yuen Fong yang juga
wakil rakyat Barisan Nasional ADUN Temiang yang
menyatakan kemungkinan kes keracunan makanan tersebut
adalah berpunca daripada makanan yang dibekalkan oleh
ibu bapa yang datang melawat ketika hujung minggu.

AMKNS menyatakan rasa kesal yang amat sangat diatas
kenyataan tersebut memandangkan laporan rasmi ,
laporan doktor serta kertas siasatan berkenaan kes
tersebut belum lagi siap dan masih lagi dalam
siasatan. Ini menggambarkan sikap tidak professional
seorang wakil rakyat yang dilantik untuk menjadi nazir
dalam Majlis Latihan Khidmat Negara untuk memantau
keselamatan para pelatih.

Sebagai nazir beliau sepatutnya menggesa supaya
siasatan segera dijalankan untuk mengenal pasti punca
sebenar kes keracunan makanan tersebut serta
langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil agar
perkara yang sama tidak akan berulang.

Beliau mengambil kesimpulan sendiri bahawa kes
keracunan makanan hanya membabitkan 10 orang pelatih
sahaja. Sedangkan kebanyakkan kes keracunan makanan
tidak melibatkan 100% mereka yang terdedah, meminum
atau memakan bahan yang tercemar.

Sehubungan dengan itu AMKNS mendesak supaya
nazir-nazir yang dilantik untuk memantau keselamatan
para pelatih hendaklah terdiri dari mereka yang
professional terutamanya dalam bidang kesihatan dan
keselamatan. Wakil-wakil NGO, serta wakil-wakil ibu
bapa serta penjaga hendaklah diambil kira sebagai
nazir-nazir untuk memantau keselamatan para pelatih.

AMKNS juga mendesak supaya pengambilan pelatih-pelatih
wanita untuk program PLKN dihentikan dengan serta
merta memandangkan kes-kes kematian, kemalangan,
kecacatan, keracunan makanan terlalu ramai yang
melibatkan pelatih-pelatih wanita.

Pemberhentian pengambilan pelatih wanita untuk program
PLKN hendaklah dilakukan sehingga satu modul yang
sesuai dapat diketengahkan terutamanya pendedahan para
pelatih wanita dalam bidang pelajaran, kejururawatan,
kerja sosial yang lebih sesuai untuk pembangunan
wanita.

Ariffin @ Rebin B. Berham
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
Tel : 016-2862481



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
  Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.





 
____________________________________________________________________________________
Get your own web address.  
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.
http://smallbusiness.yahoo.com/domains/?p=BESTDEAL


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke