Assalamu 'alaykum wr wb!

Pada pandangan saya isunya bukanlah memilih di antara "perubatan
alternatif" dan "perubatan moden". Perubatan adalah perubatan adalah
perubatan; asalkan ia berkesan bagi tujuan tersebut.

Yang terlebih penting ialah pendokumenan hujjah dan bukti (evidence-based
medicine); kalau tidak semua orang (termasuk yang mengaku "perubatan
moden") boleh mengaku dapat memberikan "dunia dan segala isinya" tanpa
perlu memberikan sandaran langsung. Telah menjadi tradisi Islam segalanya
berdasarkan hujjah dan dalil, bukannya kata sembang (hearsay).

Di sesetengah negara apa yang disebut sebagai "perubatan alternatif"
sebenarnya tergolong di dalam "perubatan arus perdana", contohnya di
negeri Cina dan Russia. Namun kaedah-kaedah tersebut diajar dengan cukup
bersistem dan tetap berdasarkan sainsnya yang tersendiri (yakni ada hujjah
dan dalil), bukan berdasarkan dongengan atau teka-tekaan. Hatta di United
Kingdom sendiri memang biasa pengamal Homeopati terdiri daripada
doktor-doktor "moden" yang lulus MBBS atau MBBCh atau MD.

Satu perkara yang saya perhatikan di negara ini ialah tiadanya kawalan
yang berkesan terhadap pengamalan apa yang disebut "perubatan alternatif"
berbanding dengan "perubatan moden". Kalau bagi "perubatan moden",
seseorang tidak boleh dipanggil "Doktor" dan menggunakan gelaran "Dr"
melainkan setelah tamat satu regim latihan yang cukup rapi selama lima
atau enam tahun, merangkumi seluruh bidang anatomi, biokimia, farmakologi
hinggalah yang lebih terperinci lagi, dan kemudiannya melalui fasa
klinikal pula, dan setelah itu menjalani "housemanship"nya di bawah
seliaan seorang Doktor Pakar.

Sebaliknya setakat ini di Malaysia, masih tiada Badan Statutori yang
mengawal-selia disiplin-dispilin "perubatan alternatif", daripada
homeopati, ke terapi ais ke terapi warna ke ayurveda dan entah apa lagi.
Bayangkan terkejutnya saya apabila seorang kerabat yang baru berusia dalam
dua puluh tahun, dikatakan menjalani latihan di sebuah "hospital
alternatif" di Melaka dalam keadaan "kerja sambil belajar" dan beberapa
bulan setelah itu dianggap mendapat "watikah" untuk beramal sebagai
"doktor" (ya, malah beliau telahpun dipanggil "doktor" oleh kaum
keluarganya!). Apakah mengarut ini? Bilakah masanya beliau mendalami
ilmu-ilmu sains asas seperti anatomi dan biokimia dsb yang diperlukan
sebagai seorang pengamal perubatan yang sahih? Jangan cakaplah mengenai
bidang-bidang yang lebih mendalam lagi.

Pada saya tamsilnya dengan aliran "perubatan moden" ialah, adakah wajar
kitanya kita menganggap seorang yang membaca mengenai perubatan daripada
buku dan ensiklopedia, sama dengan seorang yang mendalami kursus dua tiga
tahun sebagai "pembantu perubatan", dan sama pula dengan seorang yang
melalui lima enam tahun sebagai "doktor", seterusnya ditambah lima enam
tahun lagi sebelum menjadi "Pakar" dan "Pakar Perunding"? Seterusnya,
yakinkah kita meletakkan nyawa dan kesejahteraan diri kita di tangan
seseorang yang kita tidak pasti latihannya di dalam disiplin berkenaan?
(Ya, mungkin ada yang mengatakan Doktor Pakar pun ada yang tidak boleh
dipercayai, tetapi itu masalah peribadinya, bukan sistemnya.)

Begitu juga, di antara apa yang disebut sebagai "perubatan alternatif"
itu, jurangnya terlalu besar, dan tidak semuanya sahih. Ada yang merupakan
suatu yang pelik yang tidak diasaskan hukum fizikal/alam, semata-mata
suatu yang tidak lebih daripada versi moden bidang kepawangan lama (atau
druid) dengan diselabui istilah-istilah berbau saintifik semata-mata.
Suatu usaha yang terancang dan bersungguhan hendaklah dilakukan oleh
pengamal bidang-bidnag berkaitan bagi mentashih dan "regulate" bidang
masing-masing, agar dapat disisihkan mana yang intan dan mana yang kaca,
seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

Sekali lagi saya harus pertekankan bahawa bukan tujuan saya untuk
meremehkan "perubatan alternatif"; sebaliknya saya hanya mahu meletakkan
beberapa asas agar cara penilaian kita menjadi rasional dan berdasarkan
dalil yang nyata dan bukannya hanya telahan hati semata-mata. Apapun,
seperti yang saya sebutkan tadi, pada saya apajua kaedah yang digunakan
ialah "perubatan arus perdana", asalan ada sandarannya dan memberikan
kesan yang diharapkan (seperti yang berlaku contohnya di negeri Cina,
Russia dan Jerman). Yang sebaliknya hanyalah "quack" semata-mata,
bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengabui mata
masyarakat dan mengaut untung sebanyak mungkin daripada kesengsaraan
mereka.

Sebelum saya akhiri, elok juga saya sebutkan di sini bahawa antara doktor
homeopati yang tersohor di negara ini ialah almarhum Dr Burhanuddin
al-Helmi,
seorang pemimpin ummah dan pejuang Islam yang amat disegani.

Wassalam.

Ainullotfi al-Fikri

--------------------------------------

On Wed, July 11, 2007 12:33 pm, azlan zanzali wrote:
Alternative medicine has existed for thousands of years, while modern
medidcine has a shorter history.

Azlan


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke