Hadis Abu Hurairah r.a: 
  
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Nabi Ibrahim adalah seorang nabi yang 
sama sekali tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga keadaan. Dua keadaan yang 
melibatkan Allah, iaitu ucapan Nabi Ibrahim:  Åöäøöí ÓóÞöíãñ  Yang bermaksud: 
Sesungguhnya aku sakit dan ucapan Nabi Ibrahim sendiri:  Èóáú ÝóÚóáóåõ 
ßóÈöíÑõåõãú åóÐóÇ  Yang bermaksud: Sebenarnya patung besar inilah yang 
memukulnya. Salah satunya adalah melibatkan diri Sarah. Sesungguhnya Ibrahim 
bersama Sarah pernah datang di wilayah seorang Raja yang diktator. Sarah adalah 
seorang wanita yang paling cantik. Nabi Ibrahim berkata kepada Sarah: 
Sesungguhnya jika raja yang diktator itu tahu bahawa kamu adalah isteriku, 
tentu beliau akan memaksaku untuk memiliki kamu. Jika beliau bertanya kepadamu, 
maka katakan kepadanya bahawa kamu adalah saudara perempuanku. Sesungguhnya 
kamu memang saudara perempuanku dalam Islam. Sesungguhnya di wilayah ini aku 
tidak melihat seorang muslim pun melainkan aku dan kamu. Ketika Nabi Ibrahim
 memasuki Wilayah Raja diktator tersebut ada seorang rakyatnya yang melihat 
Sarah. Beliau datang kepada Raja diktator tersebut dan melaporkan: Sesungguhnya 
telah datang ke wilayah kamu seorang wanita yang hanya patut menjadi milik 
kamu. Raja tersebut mengirimkan utusan kepada Sarah dan membawanya, lalu Nabi 
Ibrahim a.s mendirikan sembahyang. Ketika Sarah bertemu muka dengan Raja 
tersebut. Beliau tidak mampu menguasai tangannya untuk memeluk Sarah kerana 
tangannya tergenggam erat. Beliau berkata kepada Sarah: Berdoalah kepada Allah 
agar Allah melepaskan tanganku, aku tidak akan menyusahkan kamu, lalu Sarah 
berdoa. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada 
yang pertama. Raja mengulangi ucapannya, maka Sarah melakukannya. Raja 
menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama dan 
kedua. Raja berkata: Berdoalah kepada Allah agar dia melepaskan tanganku. Demi 
Allah aku tidak akan menyusahkan kamu. Sarah menurut saja. Kali ini
 tangan Raja tersebut terlepas. Lalu Raja tersebut memanggil orang yang membawa 
Sarah dan berkata: Sesungguhnya yang kamu bawa kepadaku adalah syaitan bukan 
manusia. Usirkan beliau dari wilayahku dan berikanlah Siti Hajar kepadanya. Abu 
Hurairah meneruskan kata-katanya: Sarah kembali dengan berjalan kaki. Ketika 
Nabi Ibrahim a.s melihatnya, beliau menyambutnya seraya bertanya: Bagaimana 
khabarmu? Sarah menjawab: Baik, sesungguhnya Allah telah mengunci tangan orang 
yang ingin berbuat jahat atau serong dan memberi seorang khadam (pelayan) 
   
  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4371
  

lawyer legal <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
   
  Tips untuk elak kejadian rogol dan menjaga maruah diri         Dr Lo' Lo' 
Mohd Ghazali 
Thu | Jul 12, 07 | 01:13:22 PM
      Malang bagi masyarakat kita, sejak akhir-akhir ini, nampaknya kejadian 
penganiayaan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita semakin berleluasa dalam 
negara. 
  

-->
  Penguatkuasa dalam negara seolah-olahnya tidak serius dalam menjalankan 
tanggungjawab membanteras gejala rogol, pencabulan dan sebagainya.
  

  Sehubungan dengan itu, untuk membantu diri anda, keluarga dan masyarakat, 
maka disenaraikan beberapa tips panduan yang berguna untuk diamalkan seperti 
berikut:
  

  Terhadap Kanak-kanak 
  Anak-anak kecil mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau 
penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau 
keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa 'cemburu' dan 
berhati-hati.
  

  Galakkan anak-anak untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang 
peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara-perkara 
yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku ke atasnya.
  

  Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu 
ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak di rumah atau 
Tadika/Sekolah.
  

  Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh 
sesiapa pun kecuali oleh ibu bapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang 
air.
  

  Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak-anak cuba dicerobohi.
  

  Jangan pandang remeh tanda-tanda ini takut nanti kita menyesal.
  

  Seboleh-bolehnya jangan benarkan anak-anak tidur di rumah orang lain kecuali 
sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan 
berhemah.
  

  Latih anak-anak untuk menjerit minta tolong jika ada gangguan atau 
pencerobohan terhadap dirinya.

  Pastikan kita berdoa dan ajar anak-anak berdoa mohon keselamatan serta 
perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah.
  

  Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air 
dari orang yang tidak dikenali.
  

  Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran 
atau ke kedai tanpa pengawasan.
  

  Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak-anak, jadi ibu perlu 
maklumkan pada anak-anak juga tentang perkara tersebut.
  

  Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu 
keselamatan anak-anak.
  

  

  Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja 
   
  1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau 
jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari 
dan jerit minta tolong.
  

  2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau 
basikal.
  

  3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk 
mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan 
sebagainya.
  

  4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, 
jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan 
mereka.
  

  5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila 
balik rumah.
  

  6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau 
muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan 
pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.
  

  7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, 
jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.
  

  8. Balik kerumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan 
singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak 
bermain-main.
  

  9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga 
atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali 
dengan keluarga terdekat.
  

  10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang 
bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol 
kamu.
  

  11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi. 
Jauhi bangunan yang tersudut.
  

  12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang 
diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan 
kehadiran pembantu wanita/jururawat.
  

  13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa 
tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol 
lelaki yang ada penyakit hati.
  

  14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin 
pakaian ataupun berehat atas katil.
  

  15. Jangan bermain dan bergurau dengan kawan lelaki dan membiarkan mereka 
menyentuh badan kamu.
  

  16. Orang lelaki termasuk bapa, abang atau saudara-mara tidak boleh menyentuh 
bahagian sulit kamu.
  

  17. Patuhi syari'at Allah, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang nescaya 
kamu selamat.
  

  18. Allah berfirman yang bermaksud ".....Jangan dekati zina". Jangan bergaul 
bebas atau melakukan perkara yang dilarang agama yang boleh membawa kepada zina 
dan lebih teruk jika dirogol.
  



       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 

Kirim email ke