assalamu3alaikum:

RUKYAH DAN HISAB - MATLA' SYAR'IYYAH ATAU MATLA' ASSABIYYAH?


Setelah hampir sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa, menggapai
segala fadhilat yang ada di bulan Ramadhan, bertungkus lumus sujud ke
hadhrat Ilahi dan mencari satu malam yang mempunyai kelebihan 1000
bulan, sekarang kita sedang melangkah untuk meninggal bulan yang mulia
ini. Tidak lama lagi Syawal akan menjelang. Umat Islam akan menyambut
Eidul Fitri tanda kemenangan. Ramai yang sudah bercakap mengenainya,
tidak kurang juga yang tak ambil peduli. Yang pasti, kita akan
menyaksikan sekali lagi perpecahan umat Islam di dalam merayakan Hari
Kemenangan ini. Sudah sekian lamanya dunia Islam menyambut 1 Syawal
tidak secara serentak walaupun Allah menciptakan bumi ini dengan bulan
yang satu. Sesetengah dari kaum Muslimin pula langsung tidak mengambil
kisah, hanya menurut apa sahaja yang `ditetapkan' ke atas mereka tanpa
ada perasaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang Fiqh dan
kesatuan umat Islam di dalam menyambut Syawal, mahu pun Ramadhan.

Pembaca yang budiman, sesungguhnya perbezaan permulaan bulan antara
dunia Islam adalah kerana adanya perbezaan pendapat tentang  kaedah
syara' untuk menetapkan awal Ramadhan dan Syawal, samada kaedah rukyah
atau kaedah hisab (Falak). Faktor seterusnya adalah perbezaan dari
segi memilih matla' (tempat terbit anak bulan), sama ada menerima
pakai Kaedah Satu Dunia Satu Matla' atau Kaedah Matla' Tempatan.
Melihat kepada dunia Islam hari ini yang tidak diperintah oleh seorang
Khalifah, maka kita menyaksikan matla' Assabiyyah dan Wataniyyah
digunapakai di dalam menentukan permulaan Syawal ini. Justeru,
terjadilah perpecahan yang tak berkesudahan. Permasalahan ini
sebenarnya ada penyelesaiannya jika kita berpegang kepada hukum syara'
yang kuat berasaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, bukannya berpegang
kepada kaedah yang ditetapkan berasaskan prinsip assabiyyah dan
wataniyyah. Semoga perbincangan di dalam Sautun Nahdhah kali ini akan
bermanfaat kepada mereka yang rindukan perpaduan umat Islam seluruh
dunia di bawah naungan syariat Islam berdasarkan Sistem Khilafah.

Rukyah atau Hisab (Astronomi)?

Persoalan paling asas yang perlu dipecahkan ialah, menentukan kaedah
yang paling benar untuk menentukan Takwim Islam, adakah kita menerima
pakai kaedah Rukyatul Hilal atau Kaedah hisab (astronomi). Bila kita
meneliti hujah tentang rukyah dan hisab, kita akan berkesimpulan
bahawa rukyah adalah satu-satu tariqah (jalan) untuk permulaan Taqwim
Islam. Perkara ini dapat dibuktikan sebagai berikut:

Hujah Pertama : pengamal kaedah hisab menyandarkan hujah mereka dengan
keumuman ayat-ayat Al-Qur'an. Antaranya, firman Allah, "Dialah yang
menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan ditetapkan
manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan waktu." [TMQ Yunus (10):5]. Pengamal
kaedah hisab menyatakan bahawa puasa Ramadhan boleh ditetapkan dengan
memperhatikan perjalanan bulan berdasarkan mafhum ayat ini. Mereka
menyatakan bahawa diciptakan matahari dan bulan agar kita mengetahui
bilangan tahun dan bulan. Atas dasar ini, kita juga boleh menentukan
bila masuknya bulan Ramadhan dengan cara perkiraan (hisab). Sebenarnya
ayat ini dan ayat-ayat yang hampir sama maknanya, tidak sama sekali
menunjukkan perintah untuk memulai puasa Ramadhan dengan hisab. Ayat
ini hanya berhubungan dengan kegunaan diciptakan matahari, bulan dan
manzilah-manzilahnya (kedudukan), yakni untuk mengetahui bilangan
tahun dan waktu.

Pendapat dari Hujah Pertama ini lemah dari dua sisi, (i) Dari segi
Takhsis (nas khusus) : Ayat ini umum dan berlaku kaedah usul, al-`am
yabqa fi `umumihi ma lam yarid dalil at-takhsis (suatu dalil yang
bersifat umum tetap pada kemumumannya, selama tidak ada dalil yang
mengkhususkannya). [Dr. Muhammad Husain Abdullah, al-Wadhih fi Ushul
al-Fiqh, hal. 318]. Dalam kes penentuan awal Ramadhan, ada nas jelas
yang menyatakan bahawa penentuan awal dan akhir Ramadhan harus
berdasarkan rukyah bukan dengan hisab. Riwayat ini merupakan
pentakhshis (mengkhususkan) keumuman ayat-ayat di atas. Rasulullah
bersabda:


"Berpuasalah kalian apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah
(berEidul Fitri) kalian apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu
tertutup dari (penglihatan) kalian, maka sempurnakanlah (genapkanlah)
bilangan bulan Sya'ban itu 30 hari." [HR Bukhari dari Abu Hurairah].

Banyak lagi hadis lain yang melarang umat Islam untuk memulakan puasa
atau Hari Raya, kecuali setelah melihat anak bulan, namun jika tidak
kelihatan maka digenapkan bulan menjadi 30 hari. Atas dasar inilah
penggunaan hujah dari lafaz umum ditolak dan hujah dari Hadis yang
bersifat khusus iaitu teknik rukyah diterima berasaskan kaedah "wajib
membawa umum menuju khusus bila ditemukan dalil yang lebih khusus"

(ii) Dari Segi Nas Yang Sorih (jelas): Pengamal hisab menetapkan
kesahihan hisab berasaskan kepada mafhum surah Yunus (10):5. Padahal
ada nas sorih yang menjelaskan tentang rukyah. Dalam keadaan seperti
ini -mafhum bertemu dengan nas sorih-, menurut ulama usul, mafhum
harus dikalahkan bila ada nas sorih yang menentangnya. Oleh itu,
mafhum bolehnya hisab yang diambil dari surah Yunus (10):5 harus
ditinggalkan dan harus mengikuti nas/hadis sorih riwayat Bukhari dan
Muslim di atas.

Hujah Kedua : pengamal hisab juga menyandarkan pendapatnya pada hadis,
"Sesungguhnya kami ini adalah umat yang ummi, tidak kami menulis dan
tidak kami menghisab." [HR Bukhari]. Berdasarkan hadis ini mereka
menyatakan bahawa `illat (sebab tasyri') dilakukan rukyah adalah
kerana pada waktu itu kaum Muslimin tidak mengetahui Ilmu hisab
(astronomi). Jika mereka telah mengetahui hisab tentunya hisab
diperbolehkan untuk mengganti rukyah. Pendapat inipun sebenarnya
sangat lemah. Ini adalah kerana Hadis ini adalah hadis berbentuk
akhbariyyah (pemberitahuan). Hadis ini menerangkan keadaan generasi
pada masa itu yang ummi, bukannya `ummi' yang boleh dijadikan illat
syariat untuk menerima hisab (astronomi). Tambahan pula hisab yang
digali dari hadis ini didasarkan pada `mafhum' hadis. Padahal mafhum
bila bertentangan dengan nas yang sorih, maka mafhum harus dikalahkan.
Mafhum kebolehan hisab tentu akan bertentangan dengan makna sorih yang
ditunjukkan oleh hadis-hadis yang berbicara tentang rukyah.

Hujah Ketiga : Pengamal kaedah hisab juga menyandarkan pendapat mereka
dengan hadis riwayat Imam Muslim, "Sesungguhnya bulan itu ada 29 hari,
maka janganlah kalian berpuasa hingga melihatnya. Apabila mendung
menutupi kalian, maka perkirakanlah.". Mereka menyatakan bahawa
`perkirakanlah' di sini ertinya hitunglah (hisab), yakni bolehnya
menetapkan awal Ramadhan dengan hisab. Pendapat ini pun juga lemah.
Jika kita perhatikan nas-nas hadis lain, dapat disimpulkan bahawa
`faqdurûlahu' (maka perkirakanlah) bukan bererti merujuk pada
perhitungan astronomi (hisab), melainkan artinya adalah
`sempurnakanlah (genapkan) bilangan bulannya'. Sebagaimana riwayat
menyebutkan, "Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan
berbukalah kalian kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian
tersamar (terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya'ban
menjadi 30 hari". [HR. Bukhari 4/106 dan Muslim 1081, dari Abu
Hurairah ra]. Banyak lagi hadis lain yang senada, umpamanya riwayat
Muslim, "Berpuasalah kerana melihat hilal, dan berbuka (berhari
raya)lah kerana melihat hilal, jika mendung, maka perkirakanlah
(faqdurulahu) (bulan Sya'ban) 30 hari" menjelaskan makna yang sebenar
tentang `perkirakanlah' yakni `sempurnakanlah/genapkanlah 30 hari',
bukannya mengikut perhitungan astronomi (hisab).

Hujah Keempat : pengamal kaedah hisab cuba menyelewengkan makna
`lirukyatihi' (melihatnya). Mereka menjelaskan kita tidak boleh secara
melulu memberi maknanya `melihat dengan mata kasar'. Namun kata ra'a
(melihat), dapat diertikan berfikir. Oleh kerana itu, mereka
menyatakan bahawa riwayat-riwayat yang mencantumkan lafaz ra'a, boleh
diertikan dengan memikirkan, atau diertikan bolehnya menetapkan awal
Ramadhan dengan hisab. Pendapat ini juga lemah. Bila kita perhatikan
keseluruhan nas hadis sangat jelas, bahawa rukyah di sana memang
bererti `melihat dengan mata kasar', bukan hisab. Ini jelas dari
kata-kata Rasulullah "jika terhalang awan/mendung, maka sempurnakanlah
hitungan menjadi 30 hari". Lafaz ini dengan jelas menunjukkan bahawa
rukyah di dalam nas tersebut bererti melihat dengan mata kasar, bukan
hisab. Sebab bila lafaz ra'a diertikan dengan hisab, maka apakah
mendung (awan) boleh mengganggu perhitungan? [Imam an-Nawawi, Syarah
Shahih Muslim, jld. 7I, hal. 192.]. Dan di dalam kitabnya, Imam Ibnu
Hajar menjelaskan bahawa hisab tidak dilakukan di zaman Nabi, dan
mereka menggunakan rukyah, bagaimana mungkin lirukyatihi diterjemah
kepada berfikir? [Fath al-Baari Bisyarhi Shahih al-Bukhari, jld. 5,
hal. 126-127].

Wahai kaum Muslimin! Hadis-hadis Rasulullah tentang permulaan bulan
ini mengandungi pengertian (dalalah) yang jelas (sorih) bahawa sebab
syar'i untuk kita mula berpuasa dan berhari Raya (Eidul Fitri) adalah
dengan melihat anak bulan (rukyatul hilal) dan tidak ada kaedah lain
lagi. Perhitungan astronomi (hisab) tidak bernilai apa-apa, jika tidak
dibuktikan dengan rukyah dengan penglihatan mata. Sebab perhitungan
astronomi tidak memiliki nilai syar'i dalam penetapan puasa (awal
Ramadhan) mahupun berbuka (akhir Ramadhan). Kerana sebab syar'i untuk
menetapkan 1 Ramadhan dan 1 Syawal hanyalah berdasarkan rukyatul hilal
dengan penglihatan mata, bersesuaian dengan hadis-hadis Rasulullah

Jika seorang Muslim telah melihat hilal untuk bulan Ramadhan mahupun
Syawal, maka wajib atas seluruh kaum Muslimin untuk berpuasa ataupun
berbuka (ber-Eidul Fitri). Tidak ada bezanya antara satu negara dengan
negara lainnya, atau antara seorang Muslim dengan Muslim lainnya.
Sebab rukyatul hilal oleh siapa saja dari kaum Muslimin, merupakan
hujjah bagi orang yang tidak melihat hilal. Kesaksian seorang Muslim
di sebuah negara tidak lebih utama dibandingkan dengan kesaksian
seorang Muslim di negara lain. Tidak perlulah berhujah berdasarkan
perasaan assabiyyah dan wataniyyah yang telah direkayasa oleh kaum
kuffar ke atas kaum Muslimin, yang telah membuatkan kaum Muslimin di
Syria memulai puasa, sementara orang-orang di Jordan belum, di
Indonesia telah berhari raya manakala di Malaysia belum. Padahal di
antara negara-negara tersebut hanya terdapat batas-batas sempadan
palsu yang telah digariskan oleh kaum kafir penjajah, yang masih wujud
dan terus dipertahankan oleh para penguasa Muslim.

Satu Dunia - Satu Matla' atau Berbeza Matla'?

Persoalan berikutnya adalah tentang matla' (tempat terbitnya bulan).
Mengenai ikhtilaaful mataali' (perbezaan matla') ­yang digunakan
sebahagian orang sebagai alasan (untuk berbeza dalam berpuasa dan
ber-Eidul Fitri), ia merupakan manath (fakta untuk penerapan hukum)
yang telah dikaji oleh para ulama terdahulu, yang tentunya sesuai
dengan perkembangan yang ada pada waktu itu. Faktanya, kaum Muslimin
saat itu memang tidak dapat menyebarkan berita rukyatul hilal ke
seluruh penjuru wilayah Islam yang amat luas dalam satu hari, kerana
sarana komunikasi yang terbatas. Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad
tidak menerima hujah perbezaan matla' kerana penetapan puasa dan hari
raya hanyalah dikira berdasarkan sampainya berita tentang rukyatul
hilal, tanpa diperhatikan matla'nya. 'Ulama Syafi'iyyah menyatakan
bahawa bila satu kawasan melihat bulan, maka daerah dengan lingkungan
24 farsakh (sekitar 120 km) dari pusat rukyah boleh mengikuti hasil
rukyah daerah tersebut. Sedangkan daerah di luar radius itu boleh
melakukan rukyah sendiri, dan tidak harus mengikuti hasil rukyah
daerah tadi [Syeikh Abdurahman al-Jaziri, al-Fiqh `Ala al-Madzhahib
al-Arba'ah, jld. 1, hal. 550]. Mereka menyandarkan hujjah berdasarkan
riwayat dari Kuraib.

Diriwayatkan dari Kuraib bahawa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk
menemui Muawiyyah di Syam. Kuraib berkata, "Aku memasuki Syam lalu
menyelesaikan urusan Ummul Fadl. Ternyata bulan Ramadhan tiba
sedangkan aku masih berada di Syam. Aku melihat hilal (bulan sabit)
pada malam Jumaat. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir
bulan Ramadhan. Ibnu Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut
persoalan hilal. Dia bertanya, `Bila kamu melihat hilal?' Aku
menjawab, `Kami melihatnya pada malam Juma'at.' Dia bertanya lagi,
`Apakah kamu sendiri melihatnya?' Aku jawab lagi, `Ya, dan orang-orang
juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu pula Muawiyyah.' Dia
berkata lagi, `Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu.
Maka kami terus berpuasa hingga kami menyempurnakan bilangan tiga
puluh hari atau hingga kami melihatnya.' Aku lalu bertanya, `Tidak
cukupkah kita berpedoman pada rukyah dan puasa Muawiyyah?' Dia
menjawab, `Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah طµظ„ظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡
ط¹ظ„ظٹظ‡ ظˆط³ظ„ظ… telah memerintahkan kepada kami'." [HR Muslim,
at-Tirmidzi dan Abu Dawud]

Hadis ini mereka gunakan sebagai sandaran kesahihan matla'. Padahal
bila kita meneliti lebih lanjut pendapat para pengamal matla', kita
akan dapati sesungguhnya pendapat mereka adalah lemah. Ini didasarkan
kepada beberapa sebab:

Pertama : sebenarnya dalil yang mereka gunakan adalah ijtihad Ibnu
`Abbas, bukannya hadis yang diriwayatkan secara marfu' (sanadnya
bersambung kepada Nabi). Walaupun hadis ini secara lafziyyah
seakan-akan menunjukkan marfu', yakni perkataan Ibnu `Abbas, "Tidak,
(sebab) demikianlah Rasulullah طµظ„ظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¹ظ„ظٹظ‡ ظˆط³ظ„ظ…
telah memerintahkan kepada kami", namun bila kita bandingkan
riwayat-riwayat lain yang juga diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas sendiri,
maka terlihatlah bahawa perkataan Ibnu `Abbas itu adalah hasil ijtihad
beliau sendiri. Ibnu `Abbas sendiri banyak meriwayatkan hadis marfu'
yang bertentangan dengan hadis riwayat dari Kuraib di atas. Seperti
riwayat dari Ibnu `Abbas dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam,
"Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian
kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar
(terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya'ban menjadi 30
hari." [HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra]. Atas dasar ini,
jelas bahawa hadis dari Kuraib adalah ijtihad peribadi Ibnu `Abbas
pada waktu itu. Ijtihad sahabat tidak layak digunakan sebagai dalil
untuk menetapkan hukum. [Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, jilid 3
hal. 254-255], kerana hukum wajib diambil dari dalil Al-Qur'an dan
As-Sunnah. Bila ada pertentangan di antara hadis Nabi dan ijtihad
sahabat, maka sudah semestinyalah kita wajib mengambil hadis Nabi.
Walaubagaimanapun, sahabat tetap mendapat satu ganjaran di atas
ijtihadnya.

Kedua : hadis tentang perintah rukyah bersifat umum, dan khithab
(seruannya) berlaku bagi seluruh kaum Muslimin. Kata shûmû lirukyatihi
adalah lafaz umum. Ertinya, bila satu daerah telah melihat bulan, maka
wilayah yang lain harus berpuasa kerana hasil rukyah daerah tersebut.
Imam asy-Syaukani menyatakan, "Sabda Nabi ini tidaklah dikhususkan
untuk penduduk satu daerah tertentu tanpa menyertakan daerah yang
lain. Bahkan sabda beliau ini merupakan khitab (seruan) yang tertuju
kepada siapa saja di antara kaum Muslimin yang khitab itu telah sampai
kepadanya. Apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka
(dianggap) seluruh kaum Muslimin telah melihatnya. Rukyah penduduk
negeri itu berlaku pula bagi kaum Muslimin lainnya."

Imam asy-Syaukani menyimpulkan, "Pendapat yang layak dijadikan
pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal,
maka rukyah ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain."
[Lihat pula pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fâth
al-Bârî; bab Shiyâm]. Oleh kerana itu bila saja penduduk suatu negeri
melihat hilal, maka wajib atas seluruh negeri berpuasa kerana sabda
Rasulullah طµظ„ظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¹ظ„ظٹظ‡ ظˆط³ظ„ظ…, "Berpuasalah kalian
kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihatnya." Ucapan ini
umum mencakup seluruh umat manusia. Jadi siapa saja dari mereka
melihat hilal di manapun tempatnya, maka rukyah itu berlaku bagi
mereka semuanya [Sayyid Sabbiq, Fiqh as-Sunnah, jld. 1, hal. 368].
Syaikh `Abdul `Aziz bin Baz menjelaskan masalah ini ketika ditanya
apakah manusia harus berpuasa jika matla'nya berbeza? Beliau menjawab,
"yang benar adalah bersandar pada rukyah dan tidak menganggap adanya
perbezaan matla' kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam
memerintahkan untuk bersandar dengan rukyah dan tidak merinci pada
masalah itu. Nabi tidak mengisyaratkan kepada perbezaan matla' padahal
beliau mengetahui hal itu." [Tuhfatul Ikhwan, hal. 163].

Ketiga : penolakan Ibnu `Abbas ra terhadap rukyahnya Mu'awiyyah boleh
difahami, bahawa arus maklumat rukyah saat itu memang tidak cepat
tersiar ke negeri-negeri kaum Muslimin yang lain. Ini boleh difahami
kerana, alat-alat pengangkutan (kenderaan) dan telekomunikasi pada
saat itu sangat terbatas dan lambat. Akibatnya, maklumat rukyah di
satu daerah kadang-kadang baru sampai sehari atau lebih. Melihat
keadaan ini, Rasulullah طµظ„ظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¹ظ„ظٹظ‡ ظˆط³ظ„ظ… dan para
sahabat membiarkan daerah-daerah yang jauh untuk tidak terikat dengan
hasil rukyah penduduk Madinah mahupun Mekah, mahupun negeri-negeri
yang lain, kerana halangan-halangan jarak. Imam asy-Sya'rani
menuturkan, "Para sahabat ra tidak memerintahkan suatu negeri untuk
mengikuti hasil rukyah penduduk Madinah, Syam, Mesir, Maghribi, dan
sebagainya." [Imam asy-Sya'rani, Kasyf al-Ghummah `An Jami' al-Ummah,
jld. 1, hal. 250.]

Pada saat ini, sarana komunikasi yang ada di seluruh dunia sudah
terlalu canggih untuk menyebarluaskan berita rukyatul hilal ke seluruh
penjuru dunia hanya dalam beberapa saat sahaja. Oleh kerana itu, kaum
Muslimin wajib mula berpuasa ataupun ber-Eidul Fitri pada saat
mendengar berita penetapan rukyatul hilal dari daerah mana pun di muka
bumi ini. Tidak ada bezanya samada rukyah ini ditetapkan melalui
penglihatan langsung, ataupun melalui berbagai alat optik yang dapat
memperbesar dan mendekatkan objek (seperti teleskop). Yang penting
adalah hilal telah disaksikan oleh kaum Muslimin, tidak kira dari
matla' mana sekalipun.

Keempat : perbezaan matla' jika ditinjau secara `aqli pun adalah
sangat janggal. Daerah yang terletak dalam satu garis bujur seharusnya
boleh memulakan puasa atau hari raya pada hari yang sama. Ini adalah
kerana, daerah yang terletak dalam satu garis, sejauh manapun jaraknya
tidak akan berbeza atau berselisih waktu. Namun, faktanya dengan
adanya negara-negara bangsa, daerah-daerah yang terletak satu garis
bujur mula berpuasa atau berhari raya tidak serentak, padahal secara
astronomi seharusnya mereka akan bermula secara bersamaan. Sebagai
contoh, Kota Damsyik berada di garis longitud 36؛ 18' T, dan Masjid
Nabawi di Madinah berada pada 39؛ 36' T yang mana secara geografi,
waktu Masjid Nabawi lebih cepat selama 3؛ 18' (50 minit sahaja) dari
Kota Damsyik. Hakikatnya, bagi daerah-daerah di dunia yang berbeza
dari segi garis longitudnya, selisih waktu terjauh tidak sampai
sehari. Maksudnya, negara-negara tersebut tidak mungkin mengalami
selisih waktu lebih dari sehari. Jadi bagaimana mungkin mereka
menyambut 1 Ramadhan atau 1 Syawal pada hari yang berbeza? Dengan kata
lain, adanya matla' memungkinkan suatu daerah berbeza dengan daerah
lain, bagaimanapun, secara astronomi mustahil terjadi perselisihan dan
perbezaan pendapat dalam menentukan 1 Ramadhan atau Syawal. Kenyataan
seperti ini membuktikan bahawa kaedah matla' ini tidak layak dipakai.

Tambahan lagi, jika benar-benar diambil kaedah matla' dan 24 farsakh
(120 km) ini, maka jika di Johor nampak anak bulan, di Kedah tidak
sepatutnya berpuasa, jika anak bulan nampak di Terengganu, maka Melaka
tidak seharusnya berhari raya dan jika anak bulan nampak di Golok atau
Tak Bai (selatan Thai) maka umat Islam di Rantau Panjang (Kelantan)
dan sekitarnya sepatutnya berhari raya. Tetapi ternyata tidak demikian
halnya. Kenapa? Kerana sempadan negara bangsalah (nation state) yang
sebenarnya dijadikan ukuran, bukannya matla', tetapi mereka berdalih
berpegang kepada pendapat Imam Syafie'! Walhal Imam Syafie sendiri
tidak pernah membeza-bezakan umat Islam berdasarkan sempadan negara.
Jelas bahawa para pemerintah kaum Muslimin menetapkan 1 Ramadhan atau
Syawal bukannya berasaskan sempadan matla' atau mengikut jejari
lingkungan matla' mereka, namun mereka menentukan permulaan puasa dan
hari raya hanya berasaskan sempadan Negara Assabiyyah semata-mata.
Inilah yang mendukacitakan kita, syara' hanya dijadikan dalih (bukan
dalil) di dalam menetapkan tarikh puasa dan Eidul Fitri.

Dalam sejarah pernah dinukilkan bahawa para khalifah dari Kekhilafahan
Utsmaniyyah telah mengambil pendapat madzhab Hanafi yang menyatakan,
"Perbezaan matla' tidak diakui. Penduduk Timur wajib terikat dengan
hasil rukyah penduduk Barat, jika rukyah berhasil mereka tetapkan
berdasarkan cara-cara yang telah ditentukan." [al-Darr al-Mukhtar wa
Radd al-Muhtar, jld. 2, hal. 131-132]

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Tidak adanya kesatuan rukyatul hilal hanyalah
salah satu dari sekian banyak masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin
kerana lenyapnya negara Khilafah Islamiyyah, yang mengatur urusan kaum
Muslimin dengan hukum Islam, serta menyatukan mereka di bawah panji
Laa ilaaha illa Allah Muhammad Rasulullah. Kaum Muslimin wajib
mengikatkan diri dengan hukum syara', baik dalam mengawali puasa
Ramadhan mahupun Eidul Fitri, serta dalam segala aktiviti mereka,
sekalipun penguasa mereka tidak menerapkan hukum syara'. Sebab tidak
ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dalam perkara maksiat kepada AI
Khaliq. Oleh kerana itu, apabila berita rukyatul hilal untuk bulan
Ramadhan telah sampai kepada kalian dari tempat mana pun juga di muka
bumi, maka kalian wajib berpuasa. Begitu pula apabila berita rukyatul
hilal untuk bulan Syawal telah sampai kepada kalian dari penjuru mana
pun jua di muka bumi ini, maka kalian wajib ber-Eidul Fitri. Haram
hukumnya berpuasa pada Hari Raya.

Sesungguhnya pemecahan mendasar terhadap seluruh masalah kaum Muslimin
hari ini berada di tangan kaum Muslimin itu sendiri. Yaitu mereka
wajib berusaha secara bersungguh­-sungguh, mengikut jalan kenabian
bersama para pengembang dakwah yang ikhlas untuk melanjutkan kembali
kehidupan Islam, dengan jalan menegakkan kembali negara Khilafah
Islamiyyah, membai'at seorang Khalifah yang akan mempersatukan kembali
negeri-negeri mereka, dan menerapkan syariat Allah ط³ط¨ط­ط§ظ†ظ‡
ظˆطھط¹ط§ظ„ظ‰ ke atas mereka. Hanya Khalifahlah yang akan mengangkat
segala perselisihan umat Islam serta menyelesaikan ribuan masalah kaum
Muslimin di dunia saat ini, sekaligus m

Akhir Tinta. Wassalamu3alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke