===============================================

          Buletin Online e-Kedai.net
         Buku Terbaru Disember 2007
            30 Disember 2007

===============================================

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada beberapa hari lagi kita akan menempuh tahun baru 2008. Pasti ada
yang sudah mula mengagaskan azam bagi tahun 2008. Ada yang ingin
memantapkan kewangan, ada yang ingin melihat kerjaya baru, ada yang
ingin menjadi pelajar cemerlang dan banyak lagi.

e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda ingin memastikan tahun 2008
adalah tahun yang mesra buku dan mesra pelanggan. Yang pastinya, pihak
e-Kedai.net akan melihat ruang baru memberikan faedah yang lebih
kepada para pelanggan kami.

Pertambahan produk baru, pertambahan penerbit baru, pertambahan
judul-judul baru dan pasti menggembirakan Anda sebagai pelanggan kami.
PERTAMBAHAN DISKAUN dan FAEDAH buat semua pelanggan.

Kali ini pihak e-Kedai.net memperkenalkan beberapa lagi buku terbaru
daripada penerbit-penerbit terkenal negara. Daripada produk Islami
hinggalah produk novel.

Di bawah diperincikan buku-buku terbaru e-Kedai.net buat rujukan semua.

--------------------------------------------------------

a) Islam Yang Mudah

--------------------------------------------------------
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=974

Penerbit : PTS Islamika
Pengarang : Alias Othman & Dr. Anisah Abdul Ghani
Harga : RM 27.00
ISBN : 978-983-192-235-4;

Sinopsis

Buku ini memilih bagi membincangkan tiga isu praktikal yang berlaku
dalam masyarakat. Isu Hubungan Silang Jantina dalam 

masyarakat. Isu Hubungan Silang Agama dalam masyarakat dan Isu
Hubungan Silang Mazhab dalam masyarakat. Ketiga-tiga isu ini 

dibincangkan secara ringkas dengan mengemukakan hujah, sama ada ayat
al-Quran, hadis ataupun hujah syarak lain. Bahasa yang 

digunakan mudah difahami dan tidak terlalu terikat dengan laras bahasa
fikah klasik.

Perbincangan mengenai ketiga-tiga isu ini adalah relevan kerana ia
melibatkan isu yang dihadapi oleh semua individu dalam 

masyarakat, sama ada dia seorang Islam atau bukan Islam. Semua yang
membaca buku ini akan merasainya, walau pun tidak semua, 

tetapi sebahagian besar persoalan yang selalu menerjah benak kita
mengenai ketiga-tiga isu ini dijawab buku ini.

Dalam isu Hubungan Silang Jantina, bahagian ini menjelaskan konsep
aurat, batas-batas aurat yang berlainan jantina, 

sejantina, aurat antara keluarga mahram dan keluarga bukan mahram,
aurat anak-kanak dan wanita warga tua. Perkara yang 

menarik, buku ini membincangkan berkenaan aurat silang jantina antara
keluarga
bukan mahram, yang dapat dikatakan tidak pernah disentuh secara
langsung oleh mana-mana penulisan dalam bahasa melayu. Isu 

aurat silang jantina keluarga bukan mahram adalah isu yang jarang dan
kurang diambil perhatian oleh masyarakat.

Isu aurat pandang dan aurat sentuh adalah satu lagi isu yang jarang
disebut dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 

Masyarakat mungkin sensitif isu pendedahan aurat, tetapi isu memandang
dan menyentuh anggota aurat kurang diambil serius. 

Buku ini membincangkan hukum masalah ini dengan jelas, termasuk hukum
melihat adegan-adegan seks. Isu tabarruj pula asing 

bagi masyarakat Islam di Malaysia, malah istilah tabarruj itu sendiri
tidak pernah diketahui ataupun didengar oleh majoriti 

wanita Islam, sedangkan hukum haram bertabarruj jelas dinyatakan dalam
al-Quran. Dalam era kemunculan pereka-pereka fesyen 

busana muslimah yang tumbuh seperti cendawan di musim hujan ini, isu
tabarruj penting difahami oleh wanita Islam supaya 

mereka tidak terjebak ke dalam dunia tabarruj yang nyata melanggar
larangan Allah.

Pergaulan silang jantina dalam masyarakat hari ini sebenarnya
melampaui batasan. Anak-anak muda dan dewasa juga terlibat. 

Kesan buruk daripada pergaulan bebas ini ditandai oleh
hubungan-hubungan sumbang mahram dan perlakuan zina yang berleluasa 

dalam masyarakat. Bertepuk tampar antara jantina yang berlawanan sudah
menjadi perkara yang terlalu biasa. Ia seolah-olah 

bukan satu dosa lagi. Siapa pun tidak mampu menafikan hakikat ini.
Punca terbesar gejala negatif ini adalah kurang 

pengetahuan mengenai isu pergaulan silang jantina, ajnabi ataupun
mahram. Ramai yang kurang jelas dimanakah sebenarnya batas 

pergaulan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan Islam. Di samping itu,
terdapat juga golongan yang sempit pendiriannya 

mengenai isu pergaulan. Buku ini menjelaskan isu ini dalam kadar yang
mencukupi bagi panduan dalam pergaulan silang jantina 

dalam masyarakat.

Isu berkaitan hubungan silang agama dalam masyarakat adalah isu semasa
yang penting dan relevan dibincangkan. Banyak 

soalan-soalan yang ditimbulkan disebabkan oleh kekeliruan tentang isu
pergaulan silang agama dalam masyarakat. Bahagian ini 

menjelaskan isu-isu penting mengenai silang agama iaitu hukum
asal hubungan antara orang Islam dan bukan Islam. Ia menjelaskan hak
dan kewajipan imbal balik antara orang Islam dan bukan 

Islam. Diperjelaskan juga pandangan Islam mengenai isu-isu kejiranan,
perkahwinan, berkongsi hari raya, kediaman setempat dan 

serumah antara orang Islam dan bukan Islam. Bahagian ini juga menjawab
soalan-soalan mengenai hukum orang Islam mendoakan 

orang bukan Islam, menggunakan perkakas orang bukan Islam, memakan
binatang sembelihan bukan Islam dan hukum orang bukan 

Islam memakan daging akikah dan korban orang Islam.

--------------------------------------------------------

b) Bacakan Saya Satu Cerita

--------------------------------------------------------

Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=975

Penerbit : PTS One Sdn Bhd 
Harga : RM 49.90
ISBN : 978-983-3654-04-8;

Sinopsis :

Sebanyak 162 cerita baru untuk anak-anak yang sedang membesar. Karya
sekumpulan penulis tempatan yang kreatif ini disertai 

illustrasi bewarna yang menarik. Buku berkulit tebal yang mesti
dimiliki setiap keluarga

--------------------------------------------------------

c) Hendak Susah Ataupun Hendak Senang

--------------------------------------------------------

Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=976

Pengarang : Razzi Armansur
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
Harga : RM20.00
ISBN : 978-983-3586-39-4

Sinopsis

Semua orang mahu senang dan jika boleh tidak mahu susah. Dalam apa jua
bidang dan urusan, senang yang dicari, susah 

dihindari. Ia dapat diibaratkan seperti kata orang tua. "Asam garam
hidup." Perlukah hidup ada asam garam? Memang perlu dalam 

proses menjadi pandai dan bijak menangani hidup dan mencari susah
ataupun senang.

Bagaimana cara mendekati senang dan menghindari susah? Ada caranya di
dalam buku ini. Di dalam buku karya penulis terkenal 

Razzi Armansur anda akan menemui 53 panduan cara menghindari susah dan
mendekati senang dalam setiap urusan, bidang dan gaya 

hidup.

Dengan gaya bahasa dan stail penulisan yang bersahaja dan senang
dibaca, anda akan menemui fakta-fakta penting yang dapat 

membawa anda kepada senang dan pada masa yang sama dapat menghindari
susah.

--------------------------------------------------------

d) Opera Angkasa

--------------------------------------------------------

Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=977

Nazri M. Annuar
PTS Fortuna 
RM 21.00
978-983-192-152-4;

Sinopsis

Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains yang berlatarkan angkasa
lepas. Pada masa akan datang, manusia tinggal di pelbagai 

planet dan setiap gugusan planet dikenali sebagai `sektor'. Manusia
bergerak dari sektor ke sektor dengan kapal angkasa.

Arman dan krew kapal angkasanya sudah berminggu-minggu tidak ada kerja
penghantaran kargo. Mereka singgah di sektor Prima 

Putra kerana ada orang menghubungi mereka untuk menawarkan kerja.
Kerjanya mudah, menghantar pulang Faridah Hanum, anak 

saudara seorang senator, yang baru habis belajar di sekolah berasrama
penuh si sektor Aminuddin Baki.

Dalam perjalanan, ada orang mengekori mereka. Mereka ditahan
sekumpulan lanun. Rupa-rupanya Arman berhutang dengan mereka. 

Selepas Arman berjanji hendak melangsaikan hutang itu, kumpulan lanun
itu berlalu pergi. Dalam keadaan tertekan akibat hutang 

itu, Arman mendapat panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali.
Lelaki itu menawarkan Arman sejumlah wang yang lumayan 

untuk ditukarkan dengan Faridah Hanum.

Arman menerima tawaran itu. Kapal angkasanya menukar haluan. Mereka
tiba di sektor yang ditetapkan. Arman dan krewnya turun 

dari kapal angkasa untuk menyelesaikan urusan dengan lelaki yang
mahukan Faridah Hanum. Dalam perjalanan, Arman bertembung 

dengan perempuan tua yang datang menarik bajunya dan membebel mengenai
`empat pusaka kemusnahan'. Arman tidak mempedulikan 

perempuan tua itu. Selepas bertemu lanun yang mahukan Faridah Hanum
itu, Arman berubah fikiran. Dia kasihankan Faridah Hanum. 

Mereka lari dari situ. Kapal angkasa mereka dikejar kumpulan lanun itu
tetapi mereka berjaya melepaskan diri.

--------------------------------------------------------

e) aA + bB

--------------------------------------------------------

Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=978

Pengarang : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM 20.00
ISBN : 978-983-43217-9-6

Sinopsis

cinta itu, jotuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin 

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan
cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang 

membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup
bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa 

bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah
suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri
adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak 

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera
,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu
harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman
Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari 

itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu
sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade.
Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya 

bahasa basah dan santai.

======================================================

Beritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan?

======================================================

pihak kami amat berminat hendak mendengar sebarang komen mengenai
buletin bagi isu ini.

Hantarkan komen, soalan dan idea untuk keluaran seterusnya.

Emailkan kepada :

mailto:[EMAIL PROTECTED]

Maklum balas daripada Anda amat dialu-alukan

======================================================

Hak Cipta Terpelihara FN Business Solution 2007

======================================================




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke