Salam, 
Saya sertakan sedikit laporan berkaitan Seminar Agama anjuran bersama PGSM, JIM 
Petaling dan MBSA pada 29 Jun 2008. 
_________________

SEMINAR CABARAN SAUDARA BARU DAN MENGENALI AGAMA DUNIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan pertolongan daripadaNya , 
Seminar kita ini telah dapat diadakan dengan jayanya pada hari Ahad lepas 
dibangunan MBSA pada 29 Jun 2008. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan 
Peguam Syarie Malaysia (PGSM), JIM Daerah Petaling dan juga MBSA.

Seminar ini ia telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat umum di sekitar 
lembah klang dan juga sebilangan pelajar-pelajar universiti . Jumlah kehadiran 
yang dijangka adalah seramai 120-130 orang, Alh
amdulillah, kehadiran peserta pada hari tersebut berjumlah hampir 150 orang .


Ustaz Ridhuan Tee sedang menyampaikan ceramahnya bertajuk Cabran Berdakwah 
Terhadap Bukan Islam... semua orang mendengar dengan penuh kusyuk..

Presiden PGSM antara penyoal soalan kepada Ustaz Ridhuan Tee... 3 soalan sekali 
gus...

Program ini dirasmikan oleh Tuan Hj Zaid Kamarudin, Presiden JIM di hadapan 
Tuan Haji Zainul Rijal Abu bakar, Presiden PGSM, En Yazid Daud wakil MBSA dan 
juga Puan Nurhidayah Hashim selaku Pengarah 1 Seminar. 
Hj Zaid Presiden JIM sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Dari kiri adalah En Yazid- wakil MBSA, Tn Hj Zainul -Presiden PGSM, Tn Hj Zaid 
-Presiden JIM dan Puan Nurhidayah- Pengarah Program/Exco PGSM


Secara umumnya, seminar ini mendapat maklum balas yang sangat baik di mana 
ramai yang menyokong dan mencadangkan agar program sebegini sebagai lanjutan 
dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Ramai memberi respon bahawa seminar 
sehari ini dirasakan begitu singkat untuk membicarakan cabaran saudara barudan 
tidak memadai dengan satu seminar sahaja. Peserta juga memberi respon positif 
terhadap penceramah yang dijemput. Semua pembentang kertas kerja telah 
menjayakan seminar ini dan menepati objektif seminar. Tuan Haji Ridduan Tee, 
Ustaz Fitri Abdullah, Haji Nicholas dan Tuan Haji Abd Waleed telah berjaya 
memberikan penjelasan yang baik dan jelas kepada peserta.

Ustaz Firti sedang menyampaikan ceramah mengenai agama Hindu.
Jawatankuasa telah merakam kesemua ceramah yang ada dan dijangka dapat 
dikeluarkan CD berkaitan seminar ini tidak berapa lama lagi. Ramai juga yang 
telah memberi maklum balas membuat tempahan CD yang akan dikeluarkan nanti. 
En Musa Awang Setiausaha PGSM menerima cenderahati sebagai moderator dari Hj 
Isa (Pengarah Bersama)
Program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah. Pihak PGSM dan JIM 
Petaling serta MBSA wajar bergabung lebih rapat demi kesejahateraan dan 
perancangan program di masa akan datang. Pihak penganjur merakamkan setinggi 
penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan dan telah memberikan 
kerjasama sehingga Seminar ini berjaya diadakan.

Puan Nurhidayah Hashim
Pengarah Program
Bagi pihak PGSM dan juga JIM 
_______________- 
Sila layari :
http://peguamsyarie.blogspot.com/
http://jualbukuonline.blogspot.com/


      

Kirim email ke