Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai 
antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG ini. Akibat tidak faham 
fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan 
ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral 
anak-anak jagaan kita.

Justeru itu demi kebaikan anak-anak jagaan kita (Ibu Bapa) dan anak-anak 
didikan kita (Guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal 
penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam 
suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian dari pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli 
PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan 
adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah 
yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman 
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu 
pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan 
kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat 
(school home community partnership). 

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi 
Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah 
berkenaan.

MATLAMAT PIBG

1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan 
murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada 
memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam 
kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran 
itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau 
institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara 
memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu 
memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang 
perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah 
atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya 
membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan 
jasmani.

BATASAN
PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang 
berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan 
guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan 
profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.
 
PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisma atau instrumen bagi 
tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan diantara 
dirinya dengan Pengetua/Guru Besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran 
Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan 
Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan 
sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem 
persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. 

Sumber Rujukan :
http://www.semukhsin.edu.my/pibg-rpc.htm 
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_105_3883_735.pdf 
http://pkukmweb.ukm.my/~istilah/perlembagaan.htm 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to