Ini ialah gambar sebuah surau yang dalam pembinaan di sebuah kampung di Kuala 
Terengganu. Surau ini di bina oleh ahli keluarga dan sumbangan sesama ahli 
keluarga. Ianya dibina kerana tiada surau dibina dalam kawasan taman perumahan 
tersebut. Surau lain banyak berhampiran. Tetapi lebih selesa untuk membina 
surau yang berhampiran setiap taman. Surau ini dibina tanpa mengharapkan derma 
atau sumbangan kerajaan. Duit dikumpul di kalangan ahli keluarga , dan dibina 
sendiri. Orang Terengganu , boleh dikatakan setiap keluarga pandai buat rumah , 
jadi tak perlu upah orang buat rumah atau surau. Tak macam di Negeri Sembilan , 
susah untuk melahirkan tukang buat rumah atau kontraktor untuk setiap keluarga.

Berlainan dengan suasana di Negeri Sembilan , taman perumahan yang baru banyak 
, rumah canggih-canggih dan cantik , tetapi surau tak ada. Sedangkan surau amat 
penting untuk mendirikan solat jemaah setiap waktu. Bila taman-taman perumahan 
dan kampung-kampung didirikan solat jemaah akan turunlah banyak rahmat ALLAH di 
kawasan tersebut dan keberkatan.

Oleh itu mana-mana taman , kampung dan lain-lain tempat yang belum ada surau 
itu , menjadi tanggungjawab penduduk di taman dan kampung berkenaan untuk 
berkorban wang ringgit dan tenaga untuk mendirikan surau dengan tidak 
mengharapkan sumbangan dari jutawan , korporat dan kerajaan. Bagaimanapun 
sebarang sumbangan adalah dialu-alukan dari mereka semua. Tapi tak perlulah 
tunggu tabung pembinaan surau hingga ratusan ribu baru nak dirikan surau.

Kalau sebelum ini kerajaan menggalakkan setiap rumah melahirkan seorang 
professional , peguam , hafiz dan sebagainya. Kenapa tidak kerajaan Negeri 
Sembilan menggalakkan setiap rumah melahirkan seorang kontraktor atau tukang 
buat rumah. Dengan ini kita tidak perlu bergantung kepada pekerja asing serta 
akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping menjimatkan kos.

Seperkara lagi di Terengganu ni , susah nak tengok orang hidup merempat , atau 
menyewa rumah orang, ini adalah kerana ibu bapa yang ada tanah akan 
membahagikan tanah mereka kepada semua anak-anak mereka untuk satu tapak rumah 
, dan mereka membina sendiri rumah , walaupun bukan rumah canggih , tetapi 
mereka tidak hidup merempat. Berbeza dengan kita di Negeri Sembilan , banyak 
tanah adat , tetapi tidak boleh dibahagi-bahagikan dikalangan adik beradik , 
akhirnya hidup merempat , menyewa rumah orang atau berebut-rebut mendapat rumah 
mesra rakyat atau dulu dipanggil rumah murah.

http://waghih.blogspot.com 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to