Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang peniaga di Bazaar MAINS. Dia kata 
ada seorang pelanggan dari Senawang bukan main payah nak cari Bazaar MAINS , 
beberapa kali sesat tengah bandar Seremban nak cari Bazaar MAINS.

Tinjauan peribadi saya ketika turun padang ke Bazaar MAINS mendapati beberapa 
faktor yang menyumbang kepada kurangnya pengunjung ke Bazaar MAINS atau punca 
ramai orang Seremban sendiri tidak tahu kewujudan Bazaar MAINS ialah :

1. Jalan hadapan Bazaar MAINS ialah jalan sehala iaitu Jalan Dato Abdul Rahman. 
Sedangkan banyak jalan lain di Seremban ialah jalan dua hala. Ada baiknya pihak 
Majlis Perbandaran Seremban mempertimbangkan untuk menjadikan jalan ini dua 
hala , kerana tindakan menjadikan jalan ini sehala secara tidak langsung 
mematikan Bazaar MAINS. Jika alasan menjadikan jalan ini sehala untuk 
mengurangkan kesesakan jalan adalah tidak berapa logik kerana sekarang ini pun 
bandar Seremban begitu sesak , dan yang menyesakkan jalan Seremban ialah 
pemilik kenderaan yang meletak kenderaan sesuka hati di tengah jalan.

2. Faktor kedua ialah tiada langsung papan tanda dari mana-mana jalan utama 
yang menunjukkan Bazaar MAINS. Pihak Majlis Perbandaran Seremban dan JKR boleh 
memikirkan untuk meletak beberapa papan tanda untuk ke Bazaar MAINS. Bazaar 
MAINS yang terletak di tengah bandar Seremban ini ada potensi untuk dijadikan 
tempat tarikan pelancong seperti Pasar Seni , Pasar Budaya , Kedai Payang dan 
sebagainya.

3. Faktor ketiga ialah setiap malam jalan hadapan Bazaar MAINS ini iaitu Jalan 
Dato Abdul Rahman ini dijadikan tapak pasar malam , dimana sekitar jam 5 petang 
jalan ini akan ditutup. Ini juga secara tidak langsung bukan sahaja mematikan 
Bazaar MAINS malah boleh mengkuburkan terus Bazaar MAINS. Mungkin pihak Majlis 
Perbandaran Seremban boleh mempertimbangkan beberapa cadangan seperti menutup 
hanya separuh jalan sahaja , atau mengalihkan kedudukan pasar malam ini ke 
jalan lain , atau menghadkan setiap jalan di Seremban ini hanya satu malam 
sahaja di adakan pasar malam contoh hari Ahad di Jalan Dato Abdul Rahman , hari 
Isnin di Jalan Tunku Hassan , hari Selasa di jalan Dato Lee Fong Yee dan 
seterusnya. Barulah adil untuk semua peniaga di bandar Seremban.

4. Faktor keempat ialah memandangkan Bazaar MAINS ini kedudukannya ke dalam 
sikit dari jalan kerana ruang pejalan kaki yang luas , maka ianya tidak 
menggamit pengunjung. Kedai JUDI NOMBOR EKOR sebelah Bazaar MAINS ini lebih 
menonjol dan lebih kreatif kerana meletakkan papan tanda KEDAI JUDI yang lebih 
menonjol. Justeru itu MAINS Holding dicadangkan agar meletak papan tanda 
gergasi yang menonjol sikit yang boleh nampak dari Jalan Tunku Munawir dan 
Jalan Dato Bandar Tunggal untuk menyaingi papan tanda KEDAI JUDI sebelahnya 
(macam saya tulis huruf besar KEDAI JUDI ianya lebih menonjol dari bazaar mains 
)

5. Faktor kelima ialah kurangnya pejabat agensi kerajaan di Bazaar MAINS ini. 
Mungkin MAINS Holding boleh mempertimbangkan untuk meletakkan sebanyak mungkin 
pejabat agensi kerajaan di tingkat atas Bazaar MAINS seperti Kaunter Pusat 
Zakat , Kaunter Baitul Mal , Kaunter JKM , Klinik Baitul Mal , Pusat Kaunseling 
Baitul Mal dan sebagainya. Apabila ramai orang berurusan dengan agensi kerajaan 
di Bazaar MAINS secara tidak langsung mereka mengunjungi Bazaar MAINS.

6. Faktor keenam ialah tiadanya sistem siaraya yang berfungsi dengan sepenuhnya 
di Bazaar MAINS ini , tidak seperti di kebanyakkan pasaraya. Sistem siaraya 
dengan lagu nasyid, ceramah atau siaran Radio IKIM akan menggamatkan serta 
menyerikan suasana di Bazaar MAINS.

Saya percaya persatuan peniaga di Bazaar MAINS mempunyai banyak lagi cadangan 
yang mereka akan kemukakan kepada pihak berkaitan. Semoga Allah memudahkan 
usaha mereka dan memberi pahala serta ganjaran kepada pihak yang 
bertanggungjawab yang melaksanakannya.

Bukan Bazaar MAINS sahaja yang menghadapi masalah kurang sambutan. Seremban 
Plaza milik MARA dan Plaza Ampangan milik UDA juga mempunyai masalah lebih 
kurang serupa.

Kepada pengarah-pengarah, pak menteri, wakil rakyat , turunlah padang tengok 
apa masalah peniaga Melayu kita. Sama-sama kita bantu. Membina sebuah kompleks 
perniagaan adalah mudah dan menguntungkan tetapi untuk mempastikan kompleks 
perniagaan tersebut memberi menafaaat kepada para peniaga dan menguntungkan 
adalah satu tugas yang amat sukar tetapi tidak mustahil.

Sudi-sudi ziarah Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com 




      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke