Kesian pelajar perempuan di bawah ini. Rasanya pelajar bukan Islam jika tengok 
dari baju sekolah yang dipakai. Mercun meletup dalam baju sekolah dibaling oleh 
pelajar sekolah rendah dari dalam bas sekolah. JAKIM minta tolonglah, hentikan 
budaya entah ajaran sesat mana bulan Ramadhan ialah bulan main mercun, terutama 
mercun bola. Keluarkanlah Fatwa Haram Main Mercun, kerana banyak mudarat. Ulas 
perkara ini secara mendalam dalam Khutbah Jumaat. 

Kita ada 1 Jumaat sahaja lagi sebelum Idil Fitri.

Minta maaflah adik-adik dan abang-abang polis, nampaknya kena kerja lebih 
tangkap penjual mercun ini. Tak apa, insyaAllah dapat pahala, lebih-lebih lagi 
dalam bulan puasa. Anggaplah kerja menangkap penjual mercun ini sebagai Jihad 
paling utama.

Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian yang membanteras penjualan mercun dengan 
kebaikan di akhirat nanti.

***************************
Meletup dalam baju 
Sinar Harian 29 Ogos 2010 

BANDA HILIR - Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah dekat 
sini, cedera di bahagian perut selepas menjadi mangsa mercun yang dilemparkan 
individu tidak bertanggungjawab ketika pulang dari sekolah. 

Lebih mengejutkan, mercun yang dipercayai dibaling budak-budak ‘nakal’ itu 
dikatakan termasuk ke dalam pakaian seragam sekolahnya sebelum meletup. 

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana mercun berkenaan tidak meletup kuat 
tetapi menyebabkan bahagian perutnya melecur, manakala pakaian seragam 
sekolahnya terbakar sedikit. 

Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kelmarin beberapa meter 
daripada kawasan sekolahnya. 

“Saya dan seorang lagi rakan berjalan ke luar sekolah untuk mencari bahan-bahan 
tugasan kumpulan sebaik sekolah tamat pada pukul 12.35 tengah hari. 

“Sewaktu berjalan, saya sedar sebuah bas sekolah lalu dan seorang murid sekolah 
rendah membaling sesuatu ke arah kami. Tiba-tiba rakan saya menjerit mengatakan 
baju saya terbakar,” katanya. 

Menurut mangsa, pada mulanya dia tidak menyangka objek yang dibaling itu adalah 
mercun, tetapi dia sedar selepas terasa panas dan pedih di bahagian perut, 
sebelum bertindak berlari masuk semula ke dalam kawasan sekolah.

“Saya dapat bayangkan jika mercun tersebut meletup kuat, tidak tahulah apa akan 
berlaku pada saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam. 

Dia kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada gurunya dan guru tersebut 
menghubungi ibunya yang semasa itu sedang bekerja, sebelum ibunya membawanya ke 
klinik untuk mendapat rawatan.

“Ini pengalaman teruk bagi saya. Walaupun tidak mendapat kecederaan serius, 
tetapi saya selalu membayangkan jika mercun yang dibalingnya jenis meletup 
kuat," katanya.

Dia bagaimanapun tidak berniat melaporkan kejadian kepada polis kerana tidak 
pasti individu yang membaling mercun itu, termasuk nombor pendaftaran bas 
sekolah terbabit.

“Mungkin dia tak berniat membalingnya pada saya, tetapi nasib saya kurang baik 
apabila ianya masuk ke dalam baju saya. 
“Saya harap sesiapa pun lebih berhati-hati jika mahu bermain mercun atau bunga 
api," katanya.

Menurutnya, dia berhasrat untuk menyimpan pakaian sekolah yang rosak itu 
sebagai kenangan dan menyifatkan pakaian tersebut menyelamatkan dia dari cedera 
lebih teruk.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8117881.asp  

29 Ogos, 2010 15:50 PM
Bom Buatan Meletup, Dua Melecur Hampir Seluruh Badan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Dua pekerja siber kafe melecur hampir 
seluruh badan apabila sebuah kotak yang mengandungi bom buatan sendiri meletup 
depan sebuah unit rumah di tingkat bawah Apartment Desa Tun Razak, Cheras di 
sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja 
wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang 
dijumpai di hadapan rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata 
sebelum itu, isteri kepada majikan tersebut menemui sebuah kotak yang di 
atasnya diletakkan dua biji limau barli, ketika membuka pintu rumah.

"Wanita itu kemudiannya bertanya kepada suaminya tentang kotak tersebut namun 
suaminya berkata tidak tahu apa-apa mengenainya...

"Jiran-jiran mereka juga tidak tahu menahu mengenai kotak itu...wanita itu 
kemudiannya bertindak membuka sedikit kotak tersebut dan mendapati ada bau 
minyak tanah sebelum memanggil dua pekerjanya untuk mengangkat kotak 
berkenaan," kata Abdul Rahim kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata dua pekerja itu kemudiannya membuka kotak tersebut sebelum ia 
meletup dan mengenai kedua-dua mangsa.

Katanya, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia 38 tahun 
(lelaki) serta 51 tahun (wanita) itu melecur teruk sebanyak 70 peratus dan 
dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Hasil pemeriksaan di dalam kotak tersebut, polis menemui beberapa biji mercun 
bola dan minyak tanah...wanita tersebut bersama suami dan tiga anaknya tidak 
cedera kerana ketika itu mereka dipercayai berada di dalam rumah.

"Menurut penghuni rumah terbabit, mereka tidak bermusuh dengan sesiapa... kita 
sedang menyiasat motif sebenar kejadian sama ada ia berpunca dari dendam, 
khianat atau sebaliknya," kata beliau.

Katanya, akibat letupan kuat itu, cermin tingkap di lima rumah dalam deret yang 
sama turut pecah.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=524849 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke