Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat 
kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. 
Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak 
mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. 
Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah 
dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah 
pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya 
berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya 
menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis 
nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward 
Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah 
menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh 
sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, 
Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat 
sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi 
bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. 
(Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi 
kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. 
Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya 
menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan 
adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang 
kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, 
puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang 
jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep 
Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy 
yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah 
menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. 
Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan 
begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila 
seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang 
hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa 
niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang 
sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang 
kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, 
mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, 
sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer 
Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), 
sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian 
oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa 
anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan 
diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain 
(Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi 
luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang 
membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena 
mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa 
syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang 
meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad 
& Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan 
agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya 
lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga 
hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

p.s: If you have been thinking about to develop a new Software, oryou have been 
considering upgrade your existing Software, I want the opportunity to help you.

Service I offer...
1) Upgrading an old system
2) Fixing existing system
3) Develop a new system
4) Help on student project
View my profile: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf


      



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke