Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba 
yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka 
mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di 
hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan 
syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu 
berhati-hati kerana takut kepada-Nya"
*(QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan 
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 
'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib 
I/37) 

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia 
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, 
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah 
SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada 
orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim 
meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya 
Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung 
saf-saf"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib 
I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh 
dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya 
itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama 
ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal 
wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

P.S: Jika anda sedang fikirkan untuk membangun Sistem baru, atau menaik taraf 
Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda.

Servis yang saya sediakan...

   1. Naik taraf Sistem lama
   2. Membaikpulih Sistem sedia ada
   3. Membangun Sistem baru
   4. Membantu projek pelajar

Lihat profile saya: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke