Masjid Kg Bongek terletak di Rembau, di tepi jalan utama Seremban-Tampin. Kalau 
kita lalu Masjid Bongek sekarang ini kita akan lihat dari pekan Chengkau 
hinggalah sebelum Masjid Bongek tanah di tepi jalan utama sudah diratakan, 
beberapa rumah sudah dirobohkan, ada antaranya yang baru dibina. Ini adalah 
sebahagian daripada projek landasan keretapi berkembar.

Setakat yang saya lalu semalam 23 Oktober 2010, pagar dan tembok Masjid Bongek 
masih utuh, tetapi tanah-tanah untuk pelebaran jalan sudah sampai ke sempadan 
Masjid Bongek.

Adakah Masjid Bongek akan dirobohkan ? Kalau benar, sedih juga rasanya, kerana 
banyak sejarah tercatat di masjid ini. Sedih juga, kerana banyak rumah ibadah 
lain di Negeri Sembilan ini , terutamanya di Seremban yang terlibat dalam 
projek pelebaran jalan Seremban-Tampin, projek linkaran tengah Seremban tidak 
jadi dirobohkan kerana mendapat bantahan dan tentangan hebat penganut agama 
rumah ibadah tersebut.

Mungkin umat Islam tidak ada rasa cinta pada masjid, masjid lama di N.Sembilan 
ini yang banyak seni bina unik pun tidak dipelihara, kuliah-kuliah pun yang 
datang boleh dibilang dengan jari, sebab itu mereka tidak ada perasaan untuk 
mempertahankan mana-mana masjid atau surau yang akan dirobohkan atas nama 
pembangunan.

Kita bukan menghalang pembangunan, kita minta hanya dialihkan pembangunan ini 
ke tepi sedikit jika ianya melibatkan rumah ibadah, apatah lagi masjid. 
Takkanlah kita nak penganut agama berbaring di jalan raya untuk menghalang 
perobohan masjid ?

Entahlah, bukan salah pembangunan, salah umat Islam sendiri yang tak kisah.

Nak tengok Masjid Bongek sila ke pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/10/adakah-masjid-bongek-nak-diroboh-buat.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke