Dato' Ishak Baharom sudah kembali ke rahmatullah, beliau adalah seorang ulamak, 
rakyat dan pejuang Islam.

Setelah dipecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut. 

Malah, jika ditanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangat yang masih 
mengingati nama beliau?

Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli tentang 
beliau?

Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah 
hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang ketua kampung yang pernah 
berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.

Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap 
Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di 
Malaysia, iaitu AJL.

Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi disertai 
tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam 
bidang seni yang kononnya sukar dicari ganti.

Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia?

Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?

Ulamak dimatikan, ilmu berkurangan.

Dalam nas hadis, banyak ditemukan petanda yang menyebut bahawa salah satu 
tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas.

Bagaimanakah ilmu boleh hilang?

Antara cara ilmu itu hilang atau diangkat oleh Allah ialah dengan cara 
mematikan ulamak dan bijak pandai.

Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian 
manusia tidak akan hilang.

Yang akan hilang adalah ilmu agama.

Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan 
ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya.

Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.

Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang 
dipelajarinya bersama jasadnya.

Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat 
rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak.

Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa.

Hukum-hakam ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya.

Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan 
para ulamak.

Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia?

Siapa sedar akan hakikat ini?

Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai 
yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni?

Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif 
tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis 
pastinya mereka tahu.

Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak?

Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak tersebut?

Ketahuilah saudaraku, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat 
mula memuja-muja artis.

Renung-renungkan...


TeMaN: Quiz, bila Dato' Ishak Baharom meninggal? siapa nama artis tersebut?


P.S.: Savvy Sandwich: Sandwich for Savvy Peopleā„¢ - Segar, enak and Halal, 
Muslim produk, keluaran Bumiputera, sejak 2005 - facebook.com/SavvySandiwch


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke