Pada 20 Jan 2011 dilaporkan empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung 
dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung 
Sabur, Pulau Banggi, Sabah, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki 
yang mengamuk menggunakan pedang samurai. 1 Mac 2011 pula seorang bapa nyaris 
cedera dilibas dengan sebilah parang oleh seorang guru di Kelantan. 

Kisah guru mengamuk di Sabah di 
http://waghih.blogspot.com/2011/01/guru-malaysia-dah-sakit-mental-mengamuk.html 

Apa sudah jadi dengan guru kita, sekolah kita, kementerian pelajaran, pelajar 
kita? Kita mengejar 5A UPSR, 8A PMR, 9A SPM, tapi berapa A dalam Kesihatan 
Mental, berapa A dalam Iman dan Amal ?

BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011 

KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang 
guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris 
cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin ketika lelaki terbabit, 
Mohamed Noor Salleh, 56, datang ke sekolah berkenaan di Rancangan Pembangunan 
Tanah Chuchuh Puteri di sini untuk mengadu tindakan guru itu yang didakwa 
mendenda anaknya selama dua hari berturut-turut.

Menurutnya, beberapa jam selepas itu, guru berkenaan tiba-tiba menyerangnya 
dengan parang panjang ketika dia minum di sebuah kedai makan bersama beberapa 
penduduk kampung.

"Saya pergi ke sekolah untuk bertanya mengenai hukuman guru berkenaan terhadap 
anak saya dan meminta pihak sekolah memberi penjelasan.

"Bagaimanapun, waktu petang ketika sedang minum, guru itu tiba-tiba datang 
menyerang saya dengan melibas sebilah parang, mujurlah tidak kena pada saya," 
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamed Noor, dia terselamat apabila sekumpulan 20 penduduk kampung 
datang membantu menenangkan guru terbabit yang juga warden asrama sekolah 
berkenaan.

Dakwanya lagi, insiden tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja apabila guru 
berkenaan memarahinya ketika mereka bertemu di pagar sekolah kira-kira pukul 
6.45 petang hari yang sama ketika dia dan isterinya datang menjemput anak 
mereka yang tinggal di asrama.

Ketika itu, dakwanya, guru lelaki berkenaan ditemani dua ahli keluarganya yang 
turut bertindak memarahinya.

Sehari sebelum kejadian itu, isterinya juga dimaki-hamun oleh guru berkenaan 
apabila datang ke sekolah bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya 
mendenda anak lelaki mereka yang belajar di tahun enam.

"Guru itu mencabar isteri saya supaya berjumpa dengan guru besar dan buat 
aduan, sebab itulah saya sendiri datang keesokannya untuk membuat aduan.

"Tetapi apabila saya datang ke sekolah, guru itu pula marah dengan tindakan 
saya dan menyerang saya dengan parang," dakwanya.

Berikutan tindakan guru terbabit, Mohamed Noor membuat satu laporan di balai 
polis berdekatan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Rahim Ab. Ghani 
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu sedang 
disiasat.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang berkata, 
pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan meminta laporan 
daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai terlebih dahulu sebelum 
mengambil sebarang tindakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke