Kenapa tanah adat di N.Sembilan ini boleh diambil dengan mudah, murah dan 
banyak dari orang Melayu dalam projek pembinaan landasan keretapi berkembar 
tetapi tidak diusahakan untuk diambil tanah adat ini dengan mudah dan murah 
untuk dijadikan kampung tersusun yang feadahnya akan dapat kembali kepada lebih 
ramai orang Melayu anak N.Sembilan?

Artikel saya sebelum ini mengenai isu ini : Rumah Pertamaku, mana cerdik pandai 
di N.Sembilan di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/rumah-pertamaku-mana-cerdik-pandai-di.html 

Kampung tersusun di pekan Merlimau 
Sinar Harian 30 Mac 2011 

SUNGAI RAMBAI - Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup 
rakyat, termasuk menyediakan kediaman lebih selesa bagi keharmonian rakyat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman 
berkata, menyedari kawasan Merlimau banyak kemudahan, Kerajaan Negeri bakal 
mewujudkan penempatan kampung tersusun berhampiran pekan Merlimau. 

Menurutnya, cadangan itu sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk di kawasan 
Merlimau memiliki rumah sendiri menerusi projek penempatan tersusun seluas 
kira-kira 16 hektar. 

“Projek ini bersesuaian dengan Merlimau yang banyak keistimewaannya termasuk 
institusi pengajian tinggi (IPT). 

“Secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan di kawasan perindustrian 
Merlimau dan R&R Sungai Rambai,” katanya pada Majlis Penutupan Tilawah 
Pendidikan Khas Zon Merlimau, di sini, kelmarin. 

Hadir sama, Penyelia Kanan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan 
Pelajaran Negeri, Yusof Jalamudin; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 
Penghulu, Nor Hayati Abu Bakar dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 
(PIBG) sekolah berkenaan, Bahari Ahmad. 

Hassan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia 
dan Sukan negeri berkata, dalam usaha ke arah mencapai matlamat Melaka Maju 
sepenuhnya banyak lagi projek yang menyumbangkan kepada sumber ekonomi bakal 
dilaksanakan. 

“Projek ini bukan hanya memberi keuntungan kepada rakyat, malah dapat menarik 
pelancong asing ke negeri ini,” katanya.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8920426.asp 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke