Setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan gejala sakit mental makin 
serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah medan terbaik untuk 
menyedarkan masyarakat. Ubahlah konsep khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah 
bukan Membaca Teks Khutbah. Jabatan Agama bukan main lagi pantau khatib yang 
tak baca teks khutbah yang Halal tetapi tidak memantau ramai orang gila, mualaf 
pula tu yang tertekan hingga hendak membunuh diri di Negeri Sembilan.

Analisis isu setiap 5 orang ada 1 orang sakit mental di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html 

Tertekan ditinggalkan isteri
Sinar Harian 3 April 2011 

KUALA PILAH – Episod duka menyelubungi seorang bapa tunggal setelah 
ditinggalkan isteri sejak 2001 dan kini terpaksa menjaga lima anaknya secara 
sendirian.

Akibat dari itu dia mengalami kemurungan yang disebabkan tekanan hidup hingga 
bertindak drastik cuba membunuh diri dan mencederakan dirinya sebanyak enam 
kali.

Osman Nathan Abdullah, 47, seorang mualaf kini menguruskan sendiri anaknya 
termasuk menghantar anak ke sekolah di samping perlu melakukan kerja rumah.

"Saya tiada tempat untuk mengadu dan perasaan negatif mendorong saya melakukan 
perkara di luar batasan.

"Saya pernah menelan racun tikus dan menelan pil dalam kuantiti yang banyak. 
Malah, saya juga pernah cuba untuk terjun bangunan dan Allah SWT masih 
menyayangi saya untuk terus tabah meneruskan hidup," katanya yang pernah 
memasuki hospital di sekitar Segamat, Seremban dan Kuala Pilah.

Menurutnya, pengalaman berada di Wad Psikiatri memberi seribu kenangan yang 
sukar dilupakan.

"Sepanjang berada di sana, saya hanya diberikan ubat tanpa menerima bimbingan 
kaunseling mahupun aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan.

"Oleh kerana itu saya masih bersikap negatif lalu mendorong mencederakan diri 
dengan mengelar tangan. Saya tidak berasa sakit kerana tindakan itu melegakan 
sekali gus menghilangkan tekanan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Osman mengakui kurangnya pendedahan mahupun maklumat 
mengenai penyakit kurang siuman dan kemurungan menyebabkan stigma masyarakat 
masih lagi di tahap rendah.

"Kebanyakan individu yang ditemui menganggap saya orang gila yang boleh 
mencederakan sesiapa sahaja. Sedangkan saya hanya mengalami kemurungan dan 
tidak akan mencederakan orang lain selain diri sendiri.

"Stiga masyarakat sebegini hanya menambahkan lagi tekanan kepada saya. 
Bagaimana saya hendak pulih sekiranya semua orang di sekeliling memandang sinis 
kepada saya," katanya.

Justeru itu, Osman amat berharap agar mana-mana pihak dapat memahami penyakit 
kemurungan ini malah tidak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan 
tersebut.

"Selain itu, saya juga berharap agar pihak hospital mahukan badan bukan 
kerajaan (NGO) dapat memberi perhatian terhadap nasib golongan seperti ini agar 
tidak tersisih.

"Kami bukan hanya mahukan ubat tetapi inginkan tempat meluahkan perasaan bagi 
mengurangkan rasa tekanan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini 
terjadi," katanya yang pernah menghantar surat aduan kepada salah sebuah 
hospital dekat sini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8932664.asp 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke