Dari Blog Singalautmetro TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED
DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya. Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti. Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya. Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji. Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya. (Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini) Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2011/04/tentang-allahyarham-ahmad-sarbani.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: islah-net-dig...@yahoogroups.com islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/