Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?
Oleh Yow Hong Chieh - The Malaysia Insider

April 11, 2011KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan 
pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah 
ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini 
dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian 
kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah 
diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya 
umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan 
raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan 
peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh 
disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada 
Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan 
bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan 
menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis 
pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan 
atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang 
dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia 
tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis 
pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan 
sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan 
Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan 
berkurangan.

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di 
Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia 
masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan 
digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — 
sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan 
raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-terima-notis-awalkan-peperiksaan-petanda-pru-13/
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke