Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’

KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak 
berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara 
menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam 
Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan 
keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis 
kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” 
sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam 
nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan 
sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, 
kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu 
apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah 
jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia 
boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu 
menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas 
sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya 
kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi 
ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar 
dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita 
yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu 
membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana 
dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga 
terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” 
jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada 
bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah 
kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah 
dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau 
paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen 
jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci 
membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa 
berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil 
siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 
April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan 
Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini 
membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari 
Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih 
disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-sarbaini-keluarga-tak-puas-hati-nak-tahu-kisah-sebenar/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke