Ni satu lagi projek bijak kerajaan, pasang 566 kamera canggih untuk rakam 
pemandu laju konon. Ya memang canggih, tapi BODOH. Kamera bukan ada otak, 
samseng jalanraya ada otak, mereka dah tahu ada kamera canggih, mereka pakailah 
topeng, cat muka dan sebagainya. Akhirnya duit rakyat juga yang lebur 
juta-juta. Siapa yang dapat projek pasang kamera canggih ni?

Lagi satu, nak pasang kamera bukan main canggih, TAPI lampu isyarat kat 
Malaysia ni manjang rosak saja, timing tak betul, padam dan sebagainya. Itu 
yang ada lampu isyarat, yang banyak simpang sibuk tak ada lampu isyarat apa 
CERITE? 

Kamera canggih ni dapat KE rakam pemandu lori dan bas yang bawa laju waktu 
malam di jalan Segamat-Kuantan yang selalu banyak kes kemalangan maut tu?

Kamera canggih Konon, SIAPA UNTUNG?

************* 
566 kamera canggih rakam pemandu laju
Berita Harian 26 April 2011 

Teknologi Jerman mampu imbas wajah, kenderaan lebih 100km/j 

KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering 
mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini 
mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh 
merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu 
melebihi 100 kilometer sejam.  

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem 
Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan 
Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di 
seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/566kameracanggihrakampemandulaju/Article
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke